Konco-konco ku

Wednesday, April 29, 2015

#PRKPERMATANGPAUH | PEMUDA PAS PULAU PINANG HANYA BERMUKA-MUKA DEPAN MEDIA - PASMA

SELEPAS Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengadakan sidang media pagi tadi berkenaan kenyataan U-Turn dalam sokongan mereka kepada Nek Jah, barisan Pemuda Pas Pulau Pinang terus dihentam dari pelbagai pihak.

Jika yang menghentam daripada pihak BN boleh terima lagi namun yang agak pelik apabila hentaman dan kutukan datangnya daripada parti Pas sendiri.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pas, PasMa baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan berhubung tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang yang dikatakan hanya bermuka-muka dihadapan media.

Perkara sebenarnya adalah, Pemuda Pas Pulau Pinang tidak turun pun berkempen untuk Nek Jah di Permatang Pauh dan lebih teruk tidak akan membuka markas atau bilik gerakan mereka di Permatang Pauh kerana memang mereka BOIKOT Nek Jah sebagai calon ReCycle.

Perbalahan lebih besar bakal tercetus akan datang kerana pertembungan pendapat antara golongan ulamak dalam Pemuda Pas dan golongan liberal dalam Pemuda Pas sendiri.

#PRKROMPIN : CUKAI GST HARAM, CUKAI CGT HALAL - TUAN IBRAHIM

SENANG jadi pembangkang. Agak tak puas hati dengan satu-satu perkara yang dibuat kerajaan, maka dihentamnya cukup-cukup. Tetapi apabila mereka nak buat perkara yang lebih kurang sama maka terus dihalalkan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, calon Timbalan Presiden Pas baru-baru ini berceramah di Rompin memberitahu kepada ahli Pas Rompin bahawa jika Pas memerintah Malaysia maka GST akan dihapuskan kerana HARAM.

Pas akan memperkenalkan Cukai CGT yang halal kerana pendapatan negara bakal dijangka lebih tinggi iaitu RM3 bilion berbanding GST hanya RM2.3 bilion sahaja.

Jadinya apa beza Pas dengan Umno sekarang yang masih juga akan mengenakan cukai kepada rakyat malah dengan kutipan yang tinggi yang juga bermakna kutipan cukai daripada rakyat juga akan lebih tinggi. Mungkin bukan 6% cukai yang dikenakan kepada rakyat malah 20% cukai bakal dikenakan kepada rakyat jika Cukai CGT diguna pakai.

Jadi seperti HarakahDaily.net 'Pengutip cukai berada di dalam neraka'.

Pemimpin Pas dahulu akan kena masuk dalam neraka. Bukan begitu?

#PRKPERMATANGPAUH | PAS KEMBALI BUAT U TURN SOKONG NEK WAN

PERKARA yang sudah dijangka sejak dari azali. Namun tidak sangka akan secepat ini Pas akan buat U-Turn semata-mata mahu mengekalkan calon penentang hudud di Permatang Pauh.

Sudah berbakul-bakul cacian yang dilemparkan oleh puak ulamak Pas kepada PKR namun akhirnya Pas Permatang Pauh sebulat suara membuat pusingan U dengan menyokong calon PKR, Nek Wan.

Tahniah kepada Pas kerana telah berjaya membentuk jati diri ahli mereka yang sedia munafik dan tidak berpendirian tetap. 

Benarlah kata orang-orang lama, Pas menggunakan Hudud hanya sebagai modal kempen bagi meraih undi dan sokongan orang Melayu.

Namun apabila tiada kepentingan demi meraih undi menggunakan modal Hudud, maka ditinggalkan hudud tersebut dengan mencapai hasrat dan nafsu mereka sendiri.

Perjuangan Pas, perjuangan sia-sia.

Tuesday, April 28, 2015

#PRKROMPIN : HUDUD TIDAK PENTING BERBANDING GST - PEMUDA PAS

SUHAIZAN Kayat, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia baru-baru ini mengatakan bahawa isu GST lebih penting berbanding Hudud. Dalam ceramah-ceramah kempen PRK Rompin pemimpin Pas kerap membangkitkan isu semasa seperti GST dan kurang pemahaman tentang hudud.

Umpamanya Suhaizan bersetuju bahawa Hudud tidak penting dalam kempen di Rompin. Malah Mat Sabu juga berceramah di atas pentas baru-baru ini mengatakan bahawa Hudud biarlah pihak pimpinan tertinggi laksanakan.

Hudud tidak memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi GST amat menyusahkan rakyat kata Mat Sabu dalam ceramahnya. Kini penolakan Hudud turut dipelopori oleh pemimpin tertinggi Pas yang liberal.

Apa kata Dewan Ulamak Pas Pusat?

#PRKROMPIN : KETUA DEWAN ULAMAK PAS PAHANG TOLAK CALON PASMA

PAGI-pagi dihidangkan dengan topik hangat yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik yang menghentam beberapa individu dalam Pas yang lebih liberal dan tidak menghormati golongan ulamak sebagai pemimpin.

Mokhtar Senik dalam laman facebooknya berkata, 'Jika orang Pas mat, adakah Pkr akan mandikan dan Dap akan kebumikan?'

Scroll down ke bawah lagi terbaca status-status yang dimuat naik oleh beliau yang secara konsisten menghentam puak liberal dalam Pas.

Turut menjadi mangsa hentaman beliau adalah Saari Sungib (Adun Hulu Kelang) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).

Tulisannya juga agak kasar dan penuh perlian tajam kepada puak liberal dan Pasma yang sudah hilang hormat (wala') kepada kepimpinan ulamak dalam Pas.

Patut lah Mokhtar ni tak nampak masa penamaan calon tempohari. Rupanya BENCI dengan Broker & Barua dalam Pas yang hadir.

Malah, sudah pasti beliau juga tahu bahawa calon Pas di Rompin hanyalah boneka kepada Pasma.

Monday, April 27, 2015

#PRKROMPIN : CALON PAS ROMPIN RELA JADI KAMBING HITAM PASMA

Semalam, Datuk Phahrolrazi Zawawi Presiden PASMA mengumumkan PASMA bakal diumumkan sebagai PARTI politik seraya itu mengesahkan dakwaan TG Hadi Awang wujudnya "Jemaah Buat Onar" (JEBON) didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Oleh disebabkan itu PAS terperangkap dengan JEBON dari ahli partinya sendiri dengan pengumuman Datuk Phahrolrazi Zawawi itu yang dilihat oleh segelintir pemerhati politik dimana ini sebagai "counter attack" apabila Naib Presiden PAS atau Mat Sabu dihalang oleh Pemuda PAS Pahang dari memasuki beberapa kawasan berkempen di sekitar #PRKRompin untuk menghalang JEBON (PASMA dan ANUARINAS) terus meracuni para pewakilan PAS yang bakal mengundi pada Muktamar Agung PAS ke-61 pada Jun 2015 nanti.

DSR sempat berbual bual di sebuah warung di sekitar Bandar Tun Razak pagi tadi dan bersembang orang orang diwarung tersebut.

"Calon PAS antara calon yang terbaik untuk diketengahkan akan tetapi kini hanya sebagai 'kambing hitam' oleh ramai ahli PAS sendiri kerana mereka terpaksa berhempas pulas oleh sebab percayakan dengan pucuk pimpinan tetapi tidak disangka golongan PASMA jelas mengsabotaj PRK kali ini" Kata Rahim seorang Ahli PAS dari Kelantan yang menjadi jentera di PRK disini. Baca lagi di SINI.

#PRKROMPIN : TEAM PASMA HADIR KE ROMPIN HANYA UNTUK KEMPEN PEMILIHAN PAS

SELEPAS 6 hari dari penamaan calon PRK Rompin, jentera Pas masih lagi agak kurang agresif di Rompin berbanding di Permatang Pauh sekarang ini.

Ketiadaan kepala jentera daripada Pas pusat membuatkan kempen Pas di Rompin hambar dan tiada 'kick'. Nampaknya tumpuan Pas lebih terarah kepada kemenangan Nek Wan di Permatang Pauh.

Namun, ada beberapa agent PasMa yang kerap mengikuti calon Pas Rompin dalam siri kempennya menemui pengundi-pengundi sekitar Felda Keratong dan Bandar Rompin.

Hakikat yang sebenarnya adalah agent lantikan PasMa ini hanyalah untuk menemui perwakilan Pas di Rompin supaya mengundi wakil atau calon PasMa bagi pemilihan Pas yang akan datang.

Nampaknya team PasMa ini serius mahu menumbangkan Hadi Awang dan team UG dalam pemilihan akan datang kerana Hadi Awang dilihat sudah tidak kisah dengan gabungan pakatan antara PKR dan DAP.

Saturday, April 25, 2015

#PRKPERMATANGPAUH | TERBUKTI KERUSI PERMATANG PAUH HANYA UNTUK KELUARGA ANWAR!!

SEBELUM mengomel dengan lebih panjang. TAHINIAH kepada Nenek Jijah dari Kajang kerana berjaya sekali lagi membonekakan ahli PKR untuk bertanding sekali lagi di Permatang Pauh menggantikan suaminya.

Terbuktilah yang kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kerusi milik kekal bagi keluarga Anwar Ibrahim.

Jika bukan Anwar sudah pasti Wan Jijah. Jika Anwar dah dilepaskan, maka Wan Jijah akan letak jawatan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk suaminya.

Begitulah nasib pengundi Permatang Pauh. Tak pernah serik pulak tu terus tertipu dengan permainan politik kroni dan nepotisme dalam PKR.

Ternyata PKR hanyalah untuk anak beranak Anwar sahaja.

Cuma nak tanya Wan Jijah, apa cerita Kajang?

Friday, April 24, 2015

#PRKROMPIN : CUKUPLAH PAS MEMFITNAH ARWAH TAN SRI JAMALUDDIN JARIJIS!!

CUKUP-cukuplah Pas memfitnah dan mengadu-domba tentang perkara yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarijis dalam ceramah politik di Rompin. Itu antara amaran yang diberikan oleh Dato' Hasan Arifin, calon BN Parlimen Rompin ketika ditemui.

Mengulas tentang satu artikel sebuah portal yang mengatakan Pas akan menggunakan pentas ceramah mereka untuk mendedahkan skandal arwah Tan Sri JJ dalam kempen mereka kali ini untuk merampas kerusi Parlimen Rompin daripada BN.

Nampaknya Pas tiada isu untuk difitnah di dalam kempen Rompin kerana beberapa isu besar atau nasional tidak terasa kehangatannya di sini.

Penduduk Rompin lebih memerlukan BN dan mengharapkan Dato' Hasan yang juga pernah menjadi Adun Bukit Ibam dan Timbalan Menteri Besar Pahang supaya dapat menyelesaikan beberapa masalah penduduk Felda dan kawasan kampung serta beberapa isu berkaitan Orang Asal.

Dato' Hasan seorang yang low profile dan gemar membantu menjadi sandaran pengundi di sini, malah Orang Asal juga amat mengenali calon BN ini kerana kerap mengunjungi dan bertanya khabar mereka walaupun bukan sebagai wakil rakyat.

InsyaAllah. Barisan Nasional akan menang dengan tambahan majoriti yang diharapkan.

Thursday, April 23, 2015

#PRKROMPIN : MB KELANTAN DIPINGGIRKAN PASMA

ZALIM betul team PasMa! Melihat pada hari penamaan calon PRK Parlimen Rompin nampaknya mereka sudah menunjukkan belangnya apabila secara terang terus meminggirkan salah seorang daripada team ulamak, Ustaz Ahmad Yaakob, MB Kelantan.

Kenapa dibiarkan seorang diri dan di bawah seorang yang mempunyai kedudukan utama di Kelantan. Antara MB Kelantan dan Adun Sungai Limau mana lagi besar?

Tapi seperti biasalah, geng PasMa terus membisu apabila dilontarkan isu ini.

Cuma nak tanya pada ahli Pas, beginikah layanan ahli PasMa kepada seorang Menteri Besar Pas Kelantan?


#PRKROMPIN : PAS UMPAMA CENDAWAN SELEPAS HUJAN. - TAN SRI ISA SAMAD

"PAS umpama cendawan selepas hujan. Hadir hanya apabila ada pilihanraya namun apabila diperlukan menyorok hingga lupa tanggungjawab." kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam ucapan Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, Felda Keratong 10 petang tadi.

Benar lah apa yang dikatakan oleh Pengerusi Felda tersebut. Bukti telah banyak dan terlalu ramai wakil rakyat daripada Pas hanya pandai cakap namun apabila ada rakyat yang meminta pertolongan terus ditujunya kepada Pusat Khidmat UMNO Bahagian.

Situasi yang sama dimana juga. Tidak dinafikan yang Pas hanya popular dengan fitnah yang direka sedangkan untuk berkhidmat kepada rakyat setempat sunyi sepi.

Namun apabila datangnya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, mulalah mereka berbondong-bondong hadir konon hendak membantu. Dengan ceramah-ceramah fitnah yang dilemparkan hampir setiap malam tetapi pada akhirnya tidak kemana.

Begitu juga di Rompin sekarang ini, pelbagai ragam manusia dilihat. Jika sebelum PRK Rompin, tiada pun ceramah yang dibuat jika ada pun hanya sekitar 20 orang yang hadir mendengar ceramah namun kali ini atas bantuan kerajaan negeri Kelantan, diimportnya jentera Pas menggunakan berpuluh-puluh buah bas.

Hakikat yang sebenar, BN masih lagi mendapat tempat dihati penduduk Rompin.

Wednesday, April 22, 2015

#PRKROMPIN : PAS MULAKAN KEMPEN DENGAN FITNAH!

TIDAK menghairankan jika Pas memulakan kempen PRK Rompin dengan fitnah. Belum pun 24 jam penamaan calon, mereka sudah mula menabur fitnah di kawasan Rompin ini.

Ratu fitnah utama sudah tentu Nurul Izzah yang belajar ilmu fitnah daripada bapanya, raja segala fitnah.

Ini belum lagi tempoh 14 hari masa yang diperuntukkan untuk berkempen.

Nak tau fitnah apa yang Pas dan parti sekutunya mainkan? Moh datang Rompin....


#PRKROMPIN : PAS ROMPIN MINTA AHMAD AWANG GANTI HADI AWANG!!

DALAM kemeriahan semasa majlis penamaan calon pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, rupanya ada cerita belakang yang kedengaran.

Beberapa orang ahli Pas Rompin telah menemui calon Presiden Pas, Ahmad Awang selepas proses pengumuman penamaan calon diumumkan oleh Pengarah Pilihanraya PRK Rompin.

Ahmad Awang yang lewat tiba ke dewan penamaan calon telah didatangi oleh lebih kurang 5 orang ahli Pas Rompin semasa dalam perjalanan ke dewan tersebut. Kumpulan ahli Pas Rompin ini meminta supaya Ahmad Awang menerima pencalonan beliau sebagai Presiden Pas bagi menggantikan Hadi Awang.

Mereka mengadu kepada Ahmad Awang bahawa Hadi Awang sudah jauh terpesong dalam matlamat utama Pas untuk memerintah Malaysia dan merapatkan hubungan sesama rakan dalam pakatan. Mereka juga menambah, Hadi Awang juga kelihatan semakin mesra dengan UMNO atas beberapa isu khususnya Hudud dan tidak pernah menghentam UMNO dalam siri ceramah beliau.

Ahmad Awang yang juga bekas Naib Presiden Pas diminta untuk mengeratkan kembali hubungan antara Pas dengan PKR, DAP. Memandangkan Hadi Awang sudah ditolak oleh akar umbi dan Husam Musa lebih ditolak kerana antara pengasas PasMa.

PRK Rompin bakal menyaksikan pertandingan antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon BN, Datuk Hasan Arifin.

#PRKROMPIN : GENG PASMA TIDAK HADIR SEMASA PENAMAAN CALON!!

MAT SABU, Hatta Ramli, Khalid Samad, Husam Musa, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof dan beberapa pemimpin Pas Pusat tidak kelihatan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sejak pagi tadi. Mereka dikatakan memboikot calon Pas bagi PRK Rompin kerana calon yang dipilih bukan daripada calon pilihan mereka sendiri.

Calon Pas Rompin adalah salah seorang penyokong kuat Hadi Awang dan golongan Ulama' manakala calon pilihan Mat Sabu adalah salah seorang ahli PasMa Pahang namun tidak dipersetujui oleh Presiden Pas dan Dewan Ulama' Pas Pusat (DUPP).

Dikatakan Mat Sabu tidak akan menyokong calon Pas Rompin kerana kecil hati dengan tindakan Pas dari golongan Ulama' yang tidak akan turun membantu gerak kerja pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala Hatta Ramli masih berdendam dengan calon Pas Rompin kerana beliau adalah suspek dalam kes bakar kereta beliau semasa krisis antara golongan Ulama' dan golongan Anwarinas dalam Pas baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Hadi Awang dan team Ulama' Pas Pusat hadir bagi memberi sokongan moral kepada calon yang bertanding dan mengharap akan dapat mengurangkan undi walaupun KALAH.

Tuesday, April 21, 2015

PAS ROMPIN SEDIA TERIMA CALON BN SEBAGAI AHLI PARLIMEN ROMPIN!! #PRKROMPIN

PERKHABARAN yang amat mengejutkan daripada Rompin yang dikhabarkan oleh seorang sahabat anak jati Rompin bahawa Pas Rompin juga merestui dan bersetuju jika Datuk Hasan Arifin, calon BN diangkat menjadi Ahli Parlimen Rompin.

Mengikut perkhabaran beliau lagi, Pas Rompin terpaksa meletakkan Ketua Pemuda Pas Pahang sebagai calon hanya kerana ingin mencukupkan syarat sahaja atas desakan daripada Pas Pusat yang tetap mahukan Pas Rompin bertanding walau sudah diketahui akan kalah teruk.

Rupanya perlantikan Ketua Pemuda Pas Pahang sebagai calon mendapat tentangan hebat daripada akar umbi Pas Rompin sendiri kerana dikatakan beliau terlalu muda untuk bertanding.

Sebaliknya ada suara daripada beberapa AJK Pas Pahang yang mahukan Ketua Pemuda Pas Pahang ini kalah teruk dan akan tercalar imejnya kerana mahu menukar Ketua Pemuda Pas Pahang dengan orang lain.

Lain macam politik Pas Pahang ni rupanya. Hebat dalam bab cantas mencantas ni.

Rakyat Rompin juga tahu tentang perkara ini kerana mereka semua tidak kenal pun calon Pas dan tiba-tiba hendak bertanding dan langsung tidak pernah melawat dan menziarahi mereka.

Ternyata, calon Pas Rompin ini hanyalah menjadi boneka yang boleh dikawal oleh Pas Pusat. Malah DAP Pahang juga masih tidak kelihatan di Rompin kerana dikatakan memboikot Pas akibat tidak menarik balik RUU Hudud di Parlimen.

Untuk rekod, Datuk Hasan Arifin adalah bekas Adun Bukit Ibam semasa Rompin masih dalam Parlimen Pekan dahulu, jadi tidak menjadi masalah untuk beliau kembali berkhidmat kerana rata-rata penduduk setempat sudah kenal sangat dengan calon BN ini.

InsyaAllah, Datuk Hasan Arifin akan menang dengan majoriti yang bertambah.

Monday, April 20, 2015

DATO' HASAN ARIFIN PENERUS LEGASI KEMAJUAN ROMPIN!! #P091

MENYELINGKARI sejarah dalam Parlimen Rompin tidak akan habis bercerita sehari. Bermula dari pekan kecil atau pekan koboi yang dikelilingi tanaman pertanian seperti kelapa sawit di bawah Felda dan beberapa ekar pokok getah yang ditinggalkan, sehinggalah ke Pulau Tioman antara lokasi percutian menarik dalam Malaysia.

Parlimen Rompin yang dibahagikan kepada 3 Dun; Dun Muadzam Shah, Dun Bukit Ibam dan Dun Tioman memberikan seribu pengalaman sepanjang menyelusuri jalan beratus kilometer.

Khidmat dan bakti arwah Dato' Seri Jamaluddin Jarijis yang terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih baru-baru ini mengejutkan rakyat Malaysia khususnya bagi rakyat di Parlimen Rompin.

DATO' HASAN ARIFIN, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang juga mantan Timbalan Menteri Besar Pahang menggalas tugas Allahyarham Dato' Seri JJ telah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Rompin.

Anak jati Kuala Rompin ini begitu dikenali oleh penduduk sekitar Rompin atas jasa bakti beliau selama menjadi Adun Rompin (1982-1990) dan Adun Bukit Ibam (1990-2004).

Antara jasa terbesar Dato' Hasan Arifin adalah pembangunan Bandar Baru Kuala Rompin yang kini telah menjadi pusat bandar yang maju dalam Parlimen Rompin. Malah pembangunan pelancongan di kawasan Pulau Tioman dilihat semakin mendapat tempat dimata dunia.

Bagaikan sireh pulang ke gagang. Begitulah umpamanya Dato' Hasan Arifin kepada Parlimen Rompin yang dahulunya Rompin ini hanyalah salah satu DUN di dalam Parlimen Pekan.



Friday, April 17, 2015

PAKATAN KHALID-HADI!! 5 ADUN PKR SELANGOR SOKONG KHALID JADI MB!!

PERTEMUAN yang dirancang di Jakarta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Presiden PAS, Hadi Awang memaparkan bibit-bibit kebangkitan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semula setelah perbincangan rapi dengan Hadi Awang.

Perbincangan ini juga turut dipersetujui oleh beberapa pemimpin Pas Selangor dan akan menyokong Khalid Ibrahim untuk merampas kembali kerusi Menteri Besar daripada Azmin Ali.

5 Adun daripada PKR juga dikatakan sudah bersetuju untuk menyokong Khalid Ibrahim menduduki semula kerusi MB dan menolak Azmin kerana beliau dilihat terlalu berpolitik hingga mengenepikan tuntutan rakyat terutama dalam isu air dan lebuhraya Kidex.


TERKINI!! 50 AHLI PKR BATU PAHAT KELUAR PARTI!


Terkini!

Seramai 50 ahli PKR cabang Batu Pahat termasuk Ketua Penerangannya, Mohd Hafizi Jamhari keluar daripada parti itu untuk menyertai UMNO.

Borang diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Thursday, April 16, 2015

AKTIVIS PKR TUNTUT NAIK GAJI, MB PKR LUPA BUDI!!

KESIAN? SEDIH? Agak kelakar apabila Ekhsan Bukharee, Guru KAFA yang menuntut kenaikan gaji guru KAFA yang juga merupakan aktivis mahasiswa PKR yang kerap bersama-sama PKR dalam demo dan ceramah anjuran PKR.

Namun hakikatnya tidaklah seharum yang diharapkan apabila JANJI TINGGAL JANJI.

Sedangkan aktivis mahasiswa yang banyak jasa kepada PKR pun menidakkan segala tuntutan inikan pula rakyat biasa yang terang-terangan menentang PKR.

Jadinya, apa kelebihan menjadi aktivis mahasiswa yang merusuh kehulur hilir sedangkan tuntutan yang tidak seberapa tidak boleh dimakbulkan oleh pentadbiran negeri Selangor.

Jika bertanya kepada rakan-rakan Ekhsan Bukharee siapa yang tidak kenal. Merupakan sahabat baik kepada Adam Adli dan Wanji. Kerap menghadiri ceramah-ceramah politik dan pernah juga menjadi penceramah untuk menghasut rakyat menyokong PKR.

Tetapi inilah balasan yang diberikan kepada beliau.

Jadi, mana yang PKR kata NEGERI BERKEBAJIKAN???

Tuesday, April 14, 2015

WALAU DAH SEMBUR RIDSECT DALAM BAS, SELANGOR NO.1 KES DENGGI DI MALAYSIA!!!

SATU masa dulu, Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersama Exco Kesihatan Selangor, Dr. Daroyah pernah menyembur racun serangga di dalam bas dengan harapan supaya kes denggi di Selangor akan menurun. Namun hakikatnya bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam statistik terbaru (1 Januari 2015 - 11 April 2015) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor baru-baru ini, kesan ke atas semburan Ridsect dalam bas yang dilakukan oleh MB Selangor tidak membawa kepada penurunan kes denggi di Selangor.

Malah lebih malang Selangor menduduki ranking tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia dengan jumlah kes 20,986 kes dan 58 kematian seluruh negeri Selangor.

Daerah Petaling yang merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor merangkul tempat pertama dalam kes denggi ini dengan 9,917 kes bersama 23 kematian sepanjang tahun 2015 ini.

Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor. 

Sedang ranking pelaburan jatuh kepada ranking ke-4 di Malaysia. Rakyat Selangor harus berbangga kerana Selangor masih lagi menjuarai ke Denggi dalam Malaysia.

Ini namanya pemimpin yang rakus. Demi keuntungan hingga lupa tentang kesihatan dan keselamatan rakyat negeri Selangor.

Masih sokong pakatan di Selangor? Tunggu ada ahli keluarga anda mati kerana denggi....