BERITA yang agak mengejutkan yang aku terima.
Program Fastaqim Selangor yang dijadualkan 21 Jan 2018 akan bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor rupanya tidak mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor.
Azmin Ali dikhabarkan tidak meluluskan program yang bakal dibuat oleh Pas Selangor kerana sikap dendam Azmin terhadap Pas yang dikatakan Pas akan meletakkan calon mereka di kerusi MB sendiri pada PRU14 akan datang.
Azmin terasa tergugat dengan Pas dan tidak berpuashati kerana Pas akan menentang beliau di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.
Inilah sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak gentleman langsung dalam berpolitik.
Sedangkan baru memerintah negeri sudah begini caranya membalas dendam, adakah kita mahu biarkan Azmin terus berkuasa bersama DAP pada penggal akan datang.
Sedar lah....
Konco-konco ku
Friday, January 19, 2018
KERAJAAN NEGERI BATAL FASTAQIM PAS SELANGOR
Tuesday, January 16, 2018
HARGA IKAN KEMBUNG RM3 SEKILO, INI SEBAB TUN M NAK JADI PM
Monday, January 15, 2018
PENGUATKUASA DI BAWAH KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN MELAMPAU
Sunday, January 14, 2018
MAHFUZ OMAR HINA SULTAN PAHANG TINDAKAN BIADAP - SHAHAR
KETUA ARMADA SERTA 30 AHLI PPBM KLANG KELUAR PARTI, MASUK UMNO
Saturday, January 13, 2018
'AH LONG' TAK KENAL ADAM ROSLY
Seorang lelaki yang didakwa sebagai ah long yang memberi pinjaman RM555,165 kepada Datuk Adam Rosly Abdullah bagi membeli sebuah rumah di Kampung Melayu, Ampang dekat sini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia tidak mengenali Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang itu.
Malah, Tan Hang Yuan, 31, berkata, dia tidak pernah menjalankan perniagaan memberi pinjaman atau menjadi ejen kepada mana-mana ah long.
Hang Yuan yang merupakan pengurus pemasaran di sebuah kolej swasta berkata, dia juga tidak pernah berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Adam Rosly.
“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dipinjamkan dan saya tidak pernah menjadi pihak pemberi pinjaman kepada Datuk Adam Rosly.
“Malah, tanda tangan di dalam dokumen perjanjian yang tertera nama saya dan Datuk Adam adalah bukan tanda tangan saya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan hari kedua terhadap Adam Rosly.
Adam Rosly, 31, yang diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi pernyataan palsu dan empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lalu.
Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, pada pukul 9 pagi dan 12.15 tengah hari, 10 Februari 2017 serta pukul 9 pagi dan 2 petang, 22 Februari tahun sama.
Pertuduhan memberi pernyataan palsu dikemukakan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 manakala pertuduhan mengemukakan dokumen palsu mengikut Seksyen 89 akta sama yang masing-masing membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh Sulaiman mengenai bagaimana salinan kad pengenalan saksi itu boleh berada dalam simpanan Adam Rosly, Hang Yuan menjawab dia tidak tahu perkara itu.
Saksi pendakwaan kelima itu juga mendakwa tidak pernah memberikan salinan kad pengenalannya kepada mana-mana pihak untuk sebarang tujuan.
Yang turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah seorang peguam, Mohammad Salahuddin Abdul Ghani, 33, yang menyediakan dokumen perjanjian persetujuan antara tertuduh dengan pemberi pinjaman.
Perbicaraan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung esok.
Wednesday, January 10, 2018
PRU14: PELUANG TERAKHIR DAP AMBIL MALAYSIA
Pertemuan tertutup LGE dgn pemimpin utama DAP merumuskan PRU14 adalah peluang keemasan dan terakhir utk menawan politik Malaysia. Faktor UMNO yg dilihat "lesu" berbanding PRU13 memberikan semangat utk DAP melaksanakan pelbagai strategi bersama parti org Melayu bagi mengalahkan BN.
Tempoh beberapa bulan sebelum PRU14 dianggap "medan perang" bagi DAP dan LGE mahukan semua pemimpinnya bekerja keras dan tetap berhati-hati dengan parti yg dikuasai org Melayu.
2. Pertemuan ini diadakan pada 7/1/2018 di Hotel Holiday Villa Subang selepas Konvensyen Pakatan Harapan (PH). Selain LGE, ahli CEC dan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor dan Kuala Lumpur seramai 75 org tlh terlibat dlm perbincangan ini.
3. Intipati perbincangan:-
3.1 Tan Kok Wai menyatakan DAP tetap dgn slogan "Malaysia Malaysian" dan tidak akan berganjak sama sekali. DAP tetap memperjuangan hak sama rata utk semua kaum di Malaysia.
3.2 Gobind Singh menyatakan tidak berpuas hati atas perlantikan Tun M sebagai calon PM kerana bimbang akan _"back fire"_ kpd DAP nnt. LGE mengakui dan tahu akan perkara ini, tetapi DAP terpaksa ketika ini demi utk mengaburi mata kaum Melayu dan menunjukkan bahawa DAP bukan parti dominam dlm PH.
3.3 LGE turut memaklumkan Tun M telah menandatangani satu surat yg menyatakan akan memberi laluan kpd DSAI utk mengambil alih jawatan PM andaikata PH dapat menubuhkn kerajaan. Surat tersebut turut ditandatangani oleh LGE, Mat Sabu dan DSWA sebagai saksi.
3.4 LGE juga menyatakan bahawa sekiranya PH berjaya menubuhkan kerajaan, DAP mesti diberikn kementerian seperti dibawah dan telah persetujui oleh Majlis Presiden iaitu:-
- TPM 2
- KDN
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pendidikan
- MITI
- KPKT
- MOF
3.5 Selain itu, LGE mengarahkan 100 hari terakhir sebelum 17 Mei 2018 (Jangkaan DAP waktu PRU14), sebagai "medan perang" yg amat mencabar utk DAP. Ini merupakan satu peluang yg DAP ada dan seandainya gagal maka selepas ini tiada lagi harapan utk menawan Malaysia.
3.6 Bagi LGE, ketika ini jentera UMNO tidak bergerak seperti yg dijangka, tidak seperti sebelum PRU13 dimana ketika itu UMNO terlalu aktif membawa org tertentu (bekas ahli DAP) utk menyerang DAP, tetapi kini UMNO nampak "lesu" dan peluang ini perlu diambil oleh DAP.
3.7 Bagi LGE tidak perlu risau ttg Tun M dan TSMY kerana DAP telah _"lock"_ mereka. Selepas ini mereka akan berkempen utk DAP dikawasan luar bandar dan FELDA.
3.8 LGE juga mahu agenda DAP berjalan seperti yg dia katakan dan ingat "inilah peluang kita yg terakhir utk rampas Malaysia" walaupun terpaksa bergabung dgn musuh- musuh kita. Harus juga diingat, walaupun DAP dlm satu gabungan dlm PH, tapi DAP harus sentiasa berwaspada dgn mrk ini kerana tidak boleh dipercayai 100 peratus.
Tuesday, January 9, 2018
DAP BERI AMARAN KEPADA PAN
Mungkin selepas ini PAN akan lebih tahu, parti yang mana mempunyai paling banyak kuasa di Pakatan Harapan.
walaupun DAP hanya mendapat 35 kerusi dari jumlah keseluruhan , namun PAN harus menerima hakikat bahawa DAP bakal bertanding di lebih 51 kerusi di PRU 14 yang akan datang.
jadi ini secara jelas arahan untuk memastikan PAN menutup mulut mereka atau kerusi-kerusi yang diserahkan kepada mereka akan diambil alih oleh mana-mana parti yang lain di dalam Pakatan Harapan.
Sumber: Barisan Berani
Monday, January 8, 2018
PAKATAN HARAPAN: PEMBANGKANG PALING MUNAFIK DI DUNIA
Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membuktikan kepada dunia bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling teruk di dunia.
Sejak tertubuhnya parti pembangkang utama sekitar 60-70 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin daripada parti-parti ini layak untuk menerajui pembangkang dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada blok pembangkang.
Begitu juga dengan PKR, PAN dan PPBM yang merupakan serpihan daripada parti besar di negara ini yang turut tidak dapat menampilkan calon untuk memimpin negara ini yang lahir daripada kilang mereka sendiri.
Yang mereka tampilkan sebagai 'harapan' mereka adalah individu yang lahir daripada kilang UMNO iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Selama mana parti-parti ini tertubuh dan menjadi pembangkang di negara ini adakah mereka tidak dapat menampilkan seorang calon yang lahir daripada kilang mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri sendiri.
Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang melahirkan pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya parti pembangkang yang lain!
Sikap dan sifat hipokrit Pakatan Harapan juga terbukti apabila meletakkan Tun Mahathir; individu yang mereka kecam selama mana beliau bersama UMNO sebagai pemimpin paling korup di Malaysia dan mengamalkan pemerintahan secara diktator sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Zuraida Sedih, Kecewa Tun M Jadi Calon PM
MAHATHIR PM KE-7: TERKUBUR KEADILAN, TERPENJARA ANWAR
Friday, December 22, 2017
STADIUM SHAH ALAM DI TUKAR NAMA KEPADA PKNS ARENA
Sejak keluarnya kenyataan Selangor bakal bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pelbagai reaksi yang diberikan penyokong Selangor khususnya tidak kurang penyokong lawan amnya.
Ironinya, penyokong Selangor masih bercerita tentang Stadium Shah Alam yang sebenarnya telah dijenamakan sebagai PKNS Arena.
@NajibRazak HANTAR MESEJ JELAS KEPADA DUNIA #KN #S14 #BAITULMAQDIS #SELAMATKANPALESTINE
PROSIDING FINMA BUKTIKAN KELEMAHAN PENGURUSAN JP MORGAN, BUKAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB
Thursday, December 21, 2017
RUMAH URUT BERIBU-RIBU, RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT TIADA DI SELANGOR
SKANDAL TANAH PKPS – MASA SUDAH TIBA UNTUK RAKYAT SELANGOR BUKA MATA
Pada 27 Ogos 2017, Ketua Aktivis SAMM, Chegu Bard telah membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal tanah PKPS seluas 2,000 ekar di Ijok yang bernilai RM1.181billion. Skandal ini dikatakan melibatkan Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan, penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang juga penyokong kuat Dr. Mahathir.
Menurut Chegu Bard, tanah-tanah tersebut pada asalnya telah diserahkan kepada dua buah syarikat (Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd.) yang mempunyai kaitan dengan Khairuddin sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan rakyat sebelum Selangor dikuasai PKR dan DAP.
Walau bagaimanapun, akibat beberapa isu yang tidak diselesaikan termasuk kegagalan menjelaskan bayaran-bayaran pampasan yang sepatutnya, projek ini mula berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga memaksa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan drastik untuk mendapatkan semula tanah-tanah tersebut melalui satu notis rampasan.
Tidak lama selepas itu, pihak syarikat telah mencabar notis tersebut di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan keputusannya (dibuat pada 22 Okt. 2013) memihak kepada kerajaan negeri. Oleh kerana tidak dapat menerima keputusan tersebut, pihak syarikat telah mengemukakan kes ini di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Mahkamah Rayuan dan sekali lagi, keputusannya tetap berpihak kepada kerajaan negeri (keputusan dibacakan pada 17 Feb. 2014).
Ketika pertikaian ini dilihat seakan-akan sudah selesai, pihak syarikat memilih untuk melanjutkan rayuan mereka ke tahap tertinggi dengan mengemukakannya di Mahkamah Persekutuan. Namun, apabila Azmin Ali mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Tan Sri Khalid, kes ini telah ditarik balik dan diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Kerajaan negeri direkodkan menandatangai perjanjian penyelesaian ini pada 17 Mei 2016.
Menurut Chegu Bard, perjanjian penyelesaian di luar mahkamah ini dibuat dalam situasi yang mencurigakan serta berat sebelah sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Azmin Ali.
Antara perkara penting yang dibangkitkan oleh Chegu Bard ialah tindakan kerajaan negeri beralah sekaligus menyerahkan pemilikan tanah-tanah berkenaan kepada syarikat-syarikat tersebut sedangkan berdasarkan dua keputusan mahkamah sebelum ini kerajaan negeri sudah pun mendapat hak dan pemilikannya semula.
Lebih mengejutkan, sebaik sahaja keputusan settle out of the court ini dibuat, pihak syarikat telah menjual keseluruhan tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., anak syarikat pemaju hartanah gergasi, Ecoworld dengan nilai RM1.181 bilion sekaligus meranapkan segala impian dan harapan rakyat Selangor untuk mendapatkan rumah-rumah mampu milik yang sepatutnya dibina di atas tanah-tanah tersebut.
Selain pendedahan-pendedahan ini, Azmin Ali juga gagal menjelaskan dua lagi keraguan yang besar. Pertama, kenapa, berdasarkan perjanjian penyelesaian itu, kesemua tanah tersebut hanya boleh dijual kepada syarikat Paragon Pinnacle sahaja, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak atau syarikat lain? Rujukan lanjut, klik SINI.
Kedua, kenapa kedua-dua syarikat (Mujur Zaman dan LBCN) hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany sahaja bagi membantu dalam urusan penjualan tanah-tanah tersebut? Siapakah peguam-peguam yang berkerja dengan firma ini? Berdasarkan pendedahan yang dibuat pada 24 November 2017 oleh penganalisa politik dan ekonomi, Lim Sian See, SINI antara peguam yang berkhidmat dengan Daim and Garmany ialah Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah yang kesemuanya merupakan pemimpin PKR baik di peringkat pusat mahupun negeri.
Silang hubung semua perkaitan ini secara langsung memberikan gambaran, atau setidak-tidaknya bayangan bahawa wujud kepincangan, helah dan muslihat yang melingkari isu ini sejak dari awal dan dilakukan dalam pengetahuan Azmin Ali sendiri sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Justeru secara keseluruhan, bagi memahami isu ini, berikut ialah intipati-intipati yang perlu diberikan perhatian:-
Jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah sebanyak 2,000 ekar.
Tanah-tanah ini diserahkan kepada syarikat Mujur Zaman dan LBCN sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan.
Kedua-dua syarikat mempunyai kaitan dengan Khairuddin A. Hassan (rapat dengan Azmin)Kedua-dua syarikat gagal menyelesaikan beberapa perkara termasuk pembayaran pampasan kepada pihak-pihak yang terlibat.
Kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar notis rampasan tanah susulan kegagalan kedua-dua syarikat mematuhi syarat pembangunan projek yang diberikan.
Pihak syarikat mencabar notis ini di Mahkamah Tinggi tetapi kalah (22 Okt. 2013) lalu membawanya ke Mahkamah Rayuan, juga kalah (17 Feb. 2014)Pihak syarikat mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Azmin Ali mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23 Sept. 2014menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Kajang Move.
17 Mei 2016, kerajaan negeri menandatangani perjanjian penyelesaian kes di luar mahkamah di Mahkamah Persekutuan. Kes ditarik balik.
Antara isi kandungan perjanjian ialah, kedua-dua syarikat hanya boleh menjual tanah-tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle (anak syarikat Ecoworld yang rapat dengan DAP) dan hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany yang mempunyai kaitan rapat dengan PKR sebagai peguam perantara jual beli.
Sehingga kini Azmin Ali gagal memberi penjelasan berhubung isu ini.
So, bersihkah pentadbiran Azmin? Anda nilaikanlah sendiri.
Darul Ehsan Leaks
GURU PASTI PAKSA MURID TAHUN 4 HISAP PAYUDARA
PETALING JAYA: Seorang guru wanita dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) telah didakwa menjadikan salah seorang pelajarnya yang berusia empat tahun sebagai tempat pemuas nafsu.
Menurut laporan dari Free Malaysia Today (FMT) kejadian terbabit terjadi di pusat asuhan di Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu.
Gurut tersebut dikatakan melakukan perbuatan tidak bermoral itu di pusat asuhan terbabit pada 8 Julai yang lalu.
Ibu bapa kanak-kanak terlibat telah membuat laporan polis setelah anak mereka menceritakan perbuatan gurunya itu ketika mangsa ingin mandi.
Menurut laporan polis yang dibuat guru terbabit menyuruh pelajar berkenaan menghisap payudaranya sambil dia melakukan perkara yang sama kepada mangsa.
Guru tersebut juga didakwa menghisap kemaluan pelajarnya itu sambil melakukan s3ks ringan.
Selain dari melaporkan kepada pihak polis, ibu bapa pelajar itu turut memberitahu pihak pengurusan tentang hal tersebut supaya guru yang terlibat diambil tindakan.
Menurut ibu kepada mangsa, perbuatan guru berkenaan telah meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan fizikal dan mental anaknya.
TUJUH TAKTIK KHUSUS YANG DILAKUKAN MAHATHIR SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI
Wednesday, December 20, 2017
PROJEK KEBUDAYAAN SELANGOR SYOK SENDIRI DAN GAGAL - BUDIMAN
AZWAN SERAH BUKTI RASUAH MENTERI BESAR SELANGOR
'Kekayaan Luar Biasa'
Azmin sejak menjadi Menteri Besar telah memiliki kekayaan luar biasa dan kemewahan melampau seperti mana yang dikatakan kepada wartawan oleh Azwan. Ini terbukti apabila sebelum ini semasa menjadi ADUN dan Ahli Parlimen biasa kekayaan beliau tidak kelihatan namun setelah menjadi MB kekayaannya amat luar biasa hingga melimpah ruah kepada anak buah mereka.
------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Pengacara dan personaliti televisyen, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pagi tadi.
Kehadiran Azwan adalah bagi menyerahkan bukti dan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan negeri Selangor.
Azwan hadir sekitar jam 10 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna berwarna hitam.
“Ini kali pertama saya di sini, jadi saya tak boleh nak komen banyak.”
Bagaimanapun ketika ditanya pemberita berapa banyak dokumen yang beliau ingin serahkan kepada SPRM, Azwan menunjukkan fail dokumen yang dibawanya, sambil berkata: “Betapa tebalnya fail ini menunjukkan betapa seriusnya saya dalam menangani isu ini. Diharapkan ini (dokumen) dapat membantu,” katanya.
Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan kerajaan negeri.















