Konco-konco ku

Tuesday, June 23, 2015

PASMA, TEAM KALAH AJK PAS AKAN BENTUK PARTI GABUNGAN BARU BERSAMA NGO!!

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain membentuk parti Islam baru menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, hanya satu parti baru saja yang akan dibentuk selepas ini bagi membentuk pakatan baru selepas PAS menamatkan hubungan dengan DAP.

"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baru untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi dipetik kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.

 Phahrolrazi menjelaskan, parti baru itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan sebuah media arus perdana hari ini, tetapi juga dengan PKR.

"Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.

"Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya," katanya.

G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah baru yang menurut mereka memberikan harapan baru kepada Malaysia selepas kegagalan PAS.

Mereka sedang giat berbincang dengan pelbagai pihak, termasuk NGO dan tokoh-tokoh perseorangan, untuk bersama-sama dalam perjuangan lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia itu.

PasMa merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.

Phahrolrazi berkata, walaupun sebuah parti baru akan dibentuk, PasMa akan tetap kekal sebuah NGO. 

2 comments:

  1. Ya...dan pastinya kemudian parti akan berada dibawah telunnuk dap dan mainan pkr...hehe....inilah contoh melayu baru yg baik.....takbeer...

    ReplyDelete
  2. PASMAabuk,
    Pas yg berdekat wujud pon tak mampu tadbir negeri dengan sampurna inikan PASMAabuk, hujung hidupnya mati kena liwat ler....

    ReplyDelete

comment please.....