Konco-konco ku

Wednesday, January 7, 2015

PASMA TAK SETUJU PAS KELANTAN, BN PUSAT BEKERJASAMA BANGUNKAN KELANTAN!!

SEPERTI biasa, ada sahaja halangan daripada puak pakatan yang tidak senang apabila ada usaha murni yang ingin dijalinkan antara UMNO dan PAS. Pasti ada pihak yang tidak setuju langsung dengan perpaduan antara dua parti Melayu terbesar ini.

Walaupun Menteri Besar Kelantan dari PAS dan Perdana Menteri Malaysia dari BN telah sebulat suara dan bersetuju untuk membangunkan negeri Kelantan selepas banjir besar ini, ada juga suara-suara daripada golongan kiri PAS iaitu Pasma yang menolak pertolongan daripada BN.

Walaupun DAP telah menyatakan hasratnya untuk tidak menolong kerajaan Pas Kelantan jika Hudud akan tetap diteruskan, dan mengugut Kelantan tidak akan membantu mereka ketika mereka dalam bencana, masih ada juga golongan kiri Pas yang menyokong.

Mula dipersalahkan Pas Kelantan sudah dibeli oleh BN. Dikatakan yang Pas Kelantan sudah murtad dan lari daripada siasah sebenar perjuangan Pas.

Cuma nak tanya apa sebenar matlamat perjuangan Pas?

Adakah matlamat Pas hanyalah ingin menjatuhkan UMNO semata-mata?

Adakah matlamat Pas hanya mahukan mereka memerintah Malaysia tanpa memikirkan nasib rakyat?

Persoalan demi persoalan mula timbul selepas bencana besar di Kelantan.

Mungkinkah selepas ini dua parti agung Melayu & Islam di Malaysia akan kembali bergabung atas nama MELAYU & ISLAM?

Segalanya tidak mustahil apabila semakin lama semakin menjadi-jadi sikap kiasu DAP yag turut juga terpalit sama kepada PKR.

Sama-samalah kita berdoa dan berserah kepada Allah semoga perpaduan antara parti atas nama Melayu dan Islam ini menjadi kenyataan. Amin.


3 comments:

  1. PASMA ni ikut ajaran apa? Sebenarnya yang asobiyah ini adalah puak PAS sendiri, terutama PASMA itu. Selama ini PAS menuduh UMNO mengamalkan asobiyah kerana UMNO membela bumiputera, kononnya itu adalah perkauman. Sedangkan apa yang UMNO buat adalah wataniyyah iaitu sayangkan bangsa, itu tak salah dari segi Islam, yang salah adalah asobiyah, sebenarnya asobiyah ini lain, dia taksub bukan sahaja kepada bangsa, tetapi juga kepada puak atau kumpulannya. Macam Arab Jahiliyah dahulu, mereka asobiyah bukanlah kerana mereka taksub kepada Arab itu sendiri, tetapi mereka taksub kepada puak mereka seperti perkelahian antara Aus dan Khazraj di Madinah sebelum puak itu memeluk Islam, kedua-duanya adalah Arab, tetapi mereka taksub kepada puak maka mereka bergaduh selama beratus tahun sesama Arab, apakah itu boleh kita katakan perkauman dan sayangkan bangsa? Ini ketaksuban mereka itu bukannya kepada bangsa, tetapi kepada puak.

    Perkara asobiyah jahiliyah ini bukannya berlaku dalam UMNO, tetapi dalam PAS sebenarnya, dalam PAS, pengikut mereka diracuni dengan konsep wala' iaitu mendengar dengan patuh kepada puak mereka, sampaikan perkara salah pun mereka patuh juga, macam bila pemimpin mereka kata pergi merusuh, maka berduyun-duyunlah mereka pergi merusuh, itulah asobiyah jahiliyah tulen yang ada dalam PAS sekarang ini.

    Sekarang lihatlah pendirian dan sikap serta sifat asobiyah PAS dicerminkan oleh PASMA sendiri, malahan ada pimpinan PAS yang tak sertai PASMA pun bersikap asobiyah juga macam Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Kedah, dia sendiri menentang perpaduan sesama Islam antara UMNO dan PAS, kerana dia lebih pentingkan politik, jiwa asobiyah tebal dalam diri orang-orang macam inilah.

    Oleh itu, apa yang PAS tuduhkan kepada UMNO selama ini adalah sebenarnya sifat dan diri PAS itu sendiri yang asobiyah, malahan PAS kata nak menegakkan hukum Islam, tetapi PAS sendiri menggalakkan orang melanggar hukum, macam isu rusuhan, ceramah maki hamun, fitnah dalam Harakah dan tok guru PAS sendiri yang alim dan warak yang mencampur adukkan ceramah agama dengan maki hamun politik, apakah itu mencerminkan perjuangan Islam dalam PAS?

    Sedarlah bahawa UMNO bukannya asobiyah, walaupun UMNO memperjuangkan Melayu / Bumiputera, tetapi tiadalah UMNO menindas kaum-kaum lain di negara ini. Malahan setiap kaum diberikan peluang melalui perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional untuk membela nasib kaum masing-masing.

    Di dalam Barisan Nasional, walaupun partinya berasaskan kaum, tapi bukanlah bermakna parti-parti berkenaan asobiyah. Ini kerana hanya kaum itu sahajalah yang mengerti apakah keperluan kaumnya, jadi melalui parti yang berasaskan kaum itulah mereka memperjuangkan keperluan kaum masing-masing dalam permaufakatan Barisan Nasional selama ini.

    Sedarlah bahawa konsep yang diamalkan oleh Barisan Nasional selama ini adalah konsep terbaik, iaitu setiap kaum diberikan ruang dan peluang untuk mengetengahkan keperluan kaum masing-masing dari kaum yang terbesar hinggalah kaum terkecil, semuanya punya peluang dan ruang yang sama.

    Sedarlah semua.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
  2. En. Mohamad,

    PASMA tidak assobiyah,kerana dia sanggup berkawan dgn DAP dn sanggup juga diperkotak katikan oleh DAP.sehingga memporak perandakan Pas.Mereka lebih sayang pada DAP berbanding dgn bangsa mereka.

    ReplyDelete
  3. PASMA tu apa...tak faham lah...? Bukan TV Pasma ke..!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...