Konco-konco ku

Thursday, January 22, 2015

MELAMPAU!! ZAMANI SLAM DIBULI POLIS DALAM LOKAP!!!

Rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani mendendangkan lagu berjudul Gerimis Mengundang kini tersebar meluas dilaman sosial.

Tinjauan aku dilaman sosial mendapati rata-ratanya pengguna membantah penyebaran rakaman tersebut kerana ia dikatakan mengaibkan penyanyi tersebut.

Pada 21 Januari 2015, Zamani Slam dan rakan wanitanya ditahan oleh pihak polis kerana ‘disyaki’ memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat.

Ketika serbuan pada jam 12.30 awal pagi itu, pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, turut menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Hasil ujian awal air kencing mendapati Zamani positif dadah morfin, manakala rakan wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine

*Tapi memang tak patut anggota polis ni rakam ketika Zamani masih bergari...

Walau dia bersalah, Zamani Slam masih ada maruah.. Tak patut diperlakukan sedemikian rupa...


4 comments:

  1. Ingat baik baik. apabila seseorang diaibkan, aib yang lebih dahsyat akan menimpa pada orang tersebut. Terutamanya ketika sakaratul maut sudah hampir. Pernah tak tengok orang yang sedang sakaratul maut tetiba melancap depan orang ramai sambil berkata yang beliau pernah mengaibkan seorang pemuda didepan orang ramai dipasar malam. Habis melancap, terus meninggal dunia. Satu kampong copkan keluarganya sebagai keturunan melancap.

    ReplyDelete
  2. Tunggu cerita sebenar..mungkin dia dgn rela nak berlagu ..maklum jiwa dah kacau atau over excited di pengaruhi ....... Kita tak tahu..yg nampak hanya berlagu sebelum dan selepas kita tak tahu ..mungkin mungkin ( sperti andaian yg dia di aibkan) lepas berlagu dia tergolek sakan gelak...atau saja minta diviralkan ..ya jiwa kacau...so tunggu penjelasan dari KPN...iktibar jgn menghampiri perkara yg memusnakan allah murka ..mana tau dia bayar cash....

    ReplyDelete
  3. sayangnya...suara best, maintain lak tu, tp jadi macam ni. Sama macam Saleem, jamal... Allah bagi anugerah, tapi x dijaga dan dimanfaatkan dengan baik... what a shame

    ReplyDelete
  4. Sepatutnye Zamani menyaman pihak yang melakukanye begini...hargailah insan yang bertaraf legend ni...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...