Konco-konco ku

Friday, September 26, 2014

PRK SELANGOR: SIAPA BERSEDIA UNTUK BERUNDUR??

SELEPAS Azmin Ali diangkat menjadi Menteri Besar yang baru dan diperkenankan oleh Sultan walau tidak berapa dipersetujui oleh kepimpinan parti terutama daripada PKR dan DAP, muncul pula berita panas yang sedang menjadi buah mulut rakyat Selangor.

Permainan politik Selangor oleh pakatan tidak habis di sini sahaja.

Selepas perebutan kerusi MB, selepas perebutan kerusi Exco Selangor, kini KEMUNGKINAN besar ada pemimpin daripada parti dalam pakatan yang bakal mengosongkan kerusi terbabit.

Nama yang disebut-sebut antaranya adalah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang di pegang oleh bekas MB, Khalid Ibrahim dan juga kerusi Parlimen Pondan yang dipegang oleh Pengarah Kajang Move, Rafizi Ramli.

Khabar angin ini bertiup kencang beberapa hari lalu.

Mereka dikhabarkan didesak oleh kepimpinan PKR sendiri untuk mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada pemimpin PKR lain untuk berkhidmat.

Sedia maklum, Khalid memang didesak untuk meletakkan jawatan kerana Khalid bukan lagi ahli PKR dan telah dipecat.

Rafizi pula didesak oleh beberapa pemimpin PAS kerana PAS baru sedar yang permainan Kajang Move adalah hasil idea beliau untuk menghuru-harakan Selangor.

Tapi mengikut analisa yang dibuat, besar kemungkinan Khalid Ibrahim yang bakal mengosongkan kerusi sedia ada kerana sudah dibuang, diterajang oleh kepimpinan PKR.

Apa-apa pun sama-sama kita saksikan apa lagi game yang bakal dimainkan.

2 comments:

  1. Gila lah pakatan haramjadah ni main politik
    serupa dajjal. Elok padan muka rakyat selangor.. mau UBAH sgt.. lu org UBAH lah.. negeri lain tgh sibuk aman damai utk berkhidmat utk rakyat, PRharamjadah sibuk dgn permainan politik gila dan kamaruk kuasa.!

    ReplyDelete
  2. padan lah muka aku...kah...kah...kah...

    ReplyDelete

comment please.....