Konco-konco ku

Thursday, July 28, 2011

YA ALLAH...ENGKAU PELIHARALAH PEMAIN-PEMAIN MALAYSIA UNTUK KEMENANGAN MALAM INI...


Hari yang dinantikan sudah tiba. Maka tanpa ragu-ragu hari ini 28 Julai 2011 berlangsunglah perlawanan antara Malaysia (Harimau Malaya) dan Singapura (Singa Berpura-pura). Semoga pasukan Harimau Malaya memperoleh kejayaan di padang sendiri. Walau pun kalah di tempat lawan namun kita masih mempunyai harapan dengan dibintangi oleh pemain-pemain kita sendiri tanpa mengharapkan pertolongan negara luar. Jika Malaysia berjaya maka terbuktilah yang Malaya tidak ketandusan pemain-pemain berbakat besar yang boleh diketengahkan. Walaupun Safiq Rahim tidak bermain namun ini tidak mematahkan semangat juang kita. Semoga Safee Sali akan menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol untuk terus mara.

"INILAH BARISAN KITA, YANG IKHLAS BERJUANG,"

No comments:

Post a Comment

comment please.....