Konco-konco ku

Sunday, December 23, 2012

NAJIB TAKUT UMUM NAMA CALON ATAU ANWAR YANG HILANG TELUR NAK PILIH CALON??

BAHANG pilihanraya 13 kembali dirasai selepas DS Najib Razak baru-baru ini telah bersoloroh dalam media bahawa PRU-13 akan diadakan dalam bulan Februari atau sebelum Tahun Baru Cina atau mana-mana tarikh yang dianggarkan sesuai.

Puak pakatan terus berdolak dalih berkenaan dengan calon yang ingin dibawanya. Maka untuk menutup malu sendiri, Anwar dan sekutunya DAP telah mengarahkan cybertroopers pakatan supaya mencabar Najib untuk mengumumkan nama calon BN secepat mungkin.

Sorry Anwar dan DAP, Najib tak sebodoh Nik Aziz yang terus ditipu walau akar umbi PAS tidak menyokong kepimpinan pusat PAS. Najib lebih bijak dari Nik Aziz dengan membawa nama-nama calon BN ke SPRM terlebih dahulu supaya calon yang dibawanya betul-betul 'winnable-candidate'.

Secara tak langsung, Anwar dan DAP sudah mula terkencing dalam seluar. Jika Najib akan hantar nama ke SPRM sudah tentu calon yang dibawa oleh Anwar dan DAP perlu dihantar ke SPRM juga untuk pembersihan. Ada berani ke Anwar dan DAP??

Sudah tentu semua calon yang akan dibawa Anwar dan DAP akan tersangkut dan tidak boleh jadi calon kerana kebanyakan mereka memang ada harta yang melampau walau baru memerintah 4tahun. Kita ambil contoh mudah; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Mak Lampir yang dahulu hanya ada kereta Myvi sebuah, kini setelah bergelar Yang Berhormat kenderaan yang ada telah bertambah sebanyak 4 buah kenderaan mewah. Ada berani ke??

Jelas yang sebenarnya bukan Najib yang takut nak adakan pilihanraya. Sebenarnya Anwar dan DAP yang tak ada telur nak hantar nama kat SPRM. Nama calon dari BN telah siap untuk didedahkan namun hanya tunggu puak pakatan yang sehingga kini masih belum mencalonkan calon-calon yang layak.

DAP CEMARKAN SURAU DEMI TOLAK HUDUD!!

Dunia dah berubah? Biasanya tempat2 begini dihiasi dengan bulan. Sedar tak sedar PAS akan jadi bahan sejarah. 

Nak jadi PM dah terlepas, mau tak mau sokong la apa saja walau pun menggadai ugama dan bangsa sendiri demi dendam kesumat. 

Sana sini ceramah tegak ISLAM tegak Hudud tiada keiklasan kepada Hudud dan Negara Islam.

Penipuan dan pembohongan demi kuasa politik dalam PAS yang jadi korban orang kampung yang percaya bulat2.

BANJIR DATANG LAGI!! KHALID GAGAP MENYOROK DALAM SELUT!!

SUDAH lebih 4 tahun puak pakatan memerintah negeri Selangor dan selama itu jugalah tiada penyelesaian yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah banjir yang semakin teruk. Apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah kepimpinan Khalid Gagap dan kroni DAP nya?

Kalau dulu semasa kerajaan BN memerintah Selangor, setiap kali banjir datang dikatakan bala dari tuhan supaya rakyat memilih kerajaan pilihan Allah iaitu pakatan. Tapi kini apa dah jadi? Apabila banjir datang masa pemerintahan pakatan mereka kata banjir ini adalah rahmat dari Allah.

Cakap, bangkang, bantah memang senang tapi sistem kerja untuk membangunkan negeri tak semudah yang disangka. Menguruskan negeri bukan semudah bercakap fitnah maki hamun di atas pentas. Rakyat sudah muak dengan ceramah hasutan pakatan walaupun telah menjadi kerajaan.

Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang telah berjaya diambil alih namun tiada sebarang perubahan yang baik berlaku. Para pemimpin pakatan berterusan menebar benih fitnah kepada BN bagaikan BN ini tiada pernah melakukan kebaikan. 

TUKAR KERAJAAN!! RAMPAS PUTRAJAYA!!

Tapi sedarkah pemimpin pakatan yang bersuara? Mengurus pentadbiran kerajaan tak semudah bercakap di atas pentas. Cakap sepatah, sorak selangkah! 

Kerajaan apakah ini jika tak tau nak menyelesaikan masalah? Harta telah dirampas. Manifesto 2008 bukan lagi janji. Kebajikan rakyat terus diabaikan.....

TAK SANGGUP CERAI ISTERI PUNCA FAUZI SHAARI KELUAR PAS!!

BARU 7 bulan berkecimpung dalam politik PAS, ke hulur dan ke hilir diusung untuk menyampaikan ceramah mengutuk kerajaan, tapi kini Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terpaksa mengaku yang beliau sudah tidak sanggup lagi bersama parti konon Islam itu.

Semata-mata mahu menjadi calon di Larut, Perak, Datuk Fauzi Shaari tidak sampai hati hendak melafazkan cerai terhadap isteri kesayangannya jika terpaksa keluar PAS suatu hari nanti. Ini bukan mainan tetapi betul-betul.

Sudah banyak mangsa yang terdiri dari ahli PAS yang tidak sanggup mengorbankan isteri semata-mata kerana politik sempit dan kuno PAS yang menyusahkan ahli-ahlinya.

Aku pun tak nak mengulas panjang sebab tak pernah masuk PAS macam Fauzi Shaari. Tapi kalau nak tanya pengalaman boleh sebab ramai bekas ahli PAS yang dok cerita pasal kes bai'ah ni. Kalau tak percaya lagi? Boleh tanya pada Hasan Ali, Akhil Hayy, Zul Nordin dan sebilangan pemimpin PAS yang pernah bersama Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.

Saturday, December 22, 2012

TERKINI DARI PENJARA KAJANG!! SAFWAN ANANG & @ABBY_ABADI112 TERUS BERKUMPUL!!


Sekumpulan mahasiswa dan aktivis berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang, Kajang malam ini bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi hari ini.

Kumpulan itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa matlamat mereka berkhemah bukan bermaksud untuk memprotes, tetapi bagi memaklumkan kepada umum bahawa hukuman yang dikenakan ke atas sahabat mereka adalah tidak munasabah.

"Saya dan rakan-rakan akan berkhemah malam ini sehingga hari Isnin iaitu hari sama Umar akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan.

“Kami sebagai sahabat Umar turut bersolidariti bersamanya walaupun berada di luar penjara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Safwan menambah, Adam Adli dan Abby Abadi merupakan antara beberapa individu yang hadir memberikan sokongan.

"Sokongan Abby yang susah payah datang benar-benar buat kami terharu.

"Kami benar-benar tidak menyangka terharu orang ramai termasuk beberapa ahli PSM yang prihatin sudi bersama kami dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Sehingga jam 10.45 malam tadi, jumlah orang yang hadir beri sokongan telah meningkat 100 orang, ujar Safwan.-SH

Thursday, December 20, 2012

ANGKA DOMINAN 13 KERUSI TAMBAHAN DAP PRU-13 TAHUN 2013!!! KAITAN DENGAN YAHUDI!!

KERUSI tambahan yang dituntut oleh DAP baru-baru ini semasa Konvensyen DAP Kebangsaan telah berjaya membuka sedikit topeng penguasaan kaum Cina Chauvanist ini dalam Malaysia. Bukan tidak mahu beri kuasa langsung kepada kaum lain tetapi memandangkan kaum Melayu pakatan sendiri yang masih berdiam diri, tidak mustahil Malaysia ini akan terus diperintah oleh kaum bukan bumiputra.

Angka 13 yang cukup dominan dan sinonim dengan nombor kegemaran bangsa Yahudi (boleh rujuk sini). Bagi bangsa Yahudi yang bertuankan Dajjal, nombor 13 adalah tuah bagi mereka dan merupakan nombor kemenangan bagi mereka. 

Jadi tidak hairan bagi JB untuk menilai sejauh mana penafian yang dibuat oleh Anwar dan DAP yang mengatakan mereka tiada kaitan langsung dengan Israel dan Yahudi! Bukti telah jelas lagi nyata siapa penyokong perjuangan mereka yang sentiasa menyokong dari belakang.

Tinggalkan dahulu perkara mistik tersebut kepada para ilmuan. 

Dalam pembahagian kerusi parlimen untuk pakatan pula dapat dilihat yang DAP akan menguasai lebih banyak kerusi berbanding rakan parti yang lain kerana akan bertanding 90 kerusi dan JB percaya DAP akan menang kesemua kerusi tersebut.

Manakala PKR dan PAS pula dilihat menghadapi saingan yang sengit kerana terpaksa bertanding ke atas kawasan Melayu dan menentang UMNO. JB menjangkakan PKR dan PAS tidak akan menang kesemua kerusi malah JB percaya kurang dari separuh sahaja kerusi yang berjaya dimenangi kerana orang Melayu masih percaya pada UMNO.

PKR dan PAS hanya menjadi alat DAP untuk memecahkan undi kaum Melayu sedangkan mereka dengan senang akan bersorak gembira kerana MCA, MIC, GERAKAN dan parti komponen BN lain dilihat terlalu lemah untuk memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan.

Kesimpulan yang JB boleh buat adalah DAP akan menguasai pakatan dan menjadi kuasa majoriti dan dominan dalam pentadbiran pakatan sehingga suara Melayu Islam dalam pakatan tak akan didengari kerana hanya minoriti yang menumpang kejayaan DAP.

Boleh fikirkan kesannya? Siapa yang untung siapa yang rugi?

In Sha Allah...JB akan ulas lagi jika berkesempatan...

DAP ITU PARTI CINA & MELAYU MEMANG TAK LAYAK DALAM DAP!! - @ANWARIBRAHIM


Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dalam mengulas keputusan pemilim CEC DAP, secara berterus berterus terang memberikan faktor berikut yang menyebabkan tiada calon menang dalam pemilihan berkenaan:-

Semua maklum dan perlu diakui bahawa DAP adalah parti Cina; dan DAP tidak punya pemimpin Melayu yang punya dokongan dan impak dari segi kepimpinan.

Baca petikan berikut yang dipetik dari portal rasmi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Media Selangorku:-

KHALID SAMAD PENING LAGI! KELAB MALAM VOYAGE MASIH DALAM PARLIMEN SHAH ALAM!!

KHALID SAMAD, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga YDP PAS Shah Alam terus menafikan yang Setia Alam tidak termasuk dalam Parlimen yang dimenanginya. Dan penafian sekeras-kerasnya telah dinyatakan dalam laman The Mole baru-baru ini.

Untuk pengetahuan YB Khalid Samad, Setia Alam masih dalam Parlimen Shah Alam dan merupakan sempadan antara parlimen Shah Alam dan parlimen Kapar. Boleh check lokaliti dan kedudukan Setia Alam dalam peta persempadanan SPR.

Khalid mengatakan yang MBSA tak pernah meluluskan sebarang pembukaan kelab malam di Shah Alam. Yang menjadi kemusykilan adalah kelab malam yang dibuka tanggal 12-12-12 baru-baru ini telah mendapat perhatian umum dan bunting telah siap dipasang di tiang TNB dalam kawasan Setia Alam.

Jadi kesimpulan yang JB boleh buat adalah kelab malam tersebut adalah kelab haram dan tidak mendapat lesen dari MBSA. Maka, tidak mustahil jika Khalid benar mahu menjaga parlimennya, tolong tutup kelab malam Voyage tersebut!!

MAIK - KEPUTUSAN JEMAAH ULAMA' KELANTAN MENGENAI MASALAH KAFIR MENGKAFIR


Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :- 

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)

2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang  
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.

3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
      (UMNO- Barisan Nasional).

4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
       (UMNO- Barisan Nasional).

5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan  
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
       orang Pas.

8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
      tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1).  Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2).  Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3).  Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -  
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4).  Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6).  Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7).  Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
       Iman Besat Masjid Muhammadi.

8).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan   
      (JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

(Isi kandungan surat MAIK ini telah ditaip semula oleh penulis Mohd Asri Mohd Zain bagi memudahkan pembaca membacanya dengan lebih jelas)

PRESIDEN UMNO TOLONG SINGKIRKAN PARASIT-PARASIT UMNO YANG MEROSAKKAN!!!

KITA terima pandangan pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan juga penyokong-penyokong untuk memberikan  fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.

Demi kemenangan parti,semua orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib `winnable candidate’.

Baca lagi di SINI.

ANWAR DEDAH SAKIT PINGGANG HANYALAH LAKONAN!!


ANWAR sekali lagi telah membuktikan yang beliau hanyalah pelakon hebat di Malaysia. Jika dulu di dalam penjara dia pura-pura berlakon sakit pinggang hingga terpaksa disorong dengan kerusi roda, kini semuanya telah terbongkar.

Kalau benar yang Anwar sakit pinggang, dia tak akan larat 'bermain' dengan CHINADOLL, tak akan larat MELIWAT!! Kini elok pulak pinggang dia siap bergelek atas pentas ala-ala Rajinikan!!

Sah!! Anwar terkantoi buat kali yang keberapa ribu kali!!


DAP RASIS!! KAKITANGAN AWAM MELAYU BAKAL DIBUANG JIKA DAP MEMERINTAH!!

BETAPA rasisnya sikap DAP ni. Apabila tercetusnya satu-satu isu berkenaan dengan bangsa Melayu maka ada lah beberapa orang kaum rasis yang berpusat di DAP akan mengeluarkan percakapan yang berbaur perkauman. 

Walau hidup di Tanah Melayu, namun Melayu terus dihimpit dengan tekanan melampau dan fitnah liar dari pihak yang anti-Melayu.

Baru-baru ini, kita digegarkan sekali lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP yang begitu tidak senang dengan kakitangan awam terutama Melayu. Maka untuk meruntuhkan sikap keyakinan rakyat kepada pekerja sektor awam ini, mereka dari DAP telah membuat fitnah dengan mengatakan kakitangan tangan awam Melayu rosak kerana RASUAH!!

Imej kakitangan awam Melayu dihancurkan dengan sebegitu rupa dan turut mendapat persetujuan dari rakan subahat mereka PAS dan PKR. GAPS melalui pengerusinya ada mengeluarkan kenyataan media. Baca di bawah ini.


Kenyataan Media GAPS 
Dap menghina kakitangan awam 
Tahun lepas seorang pemimpin kanan Dap berkata, Dap akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang melayu. Kelmarin seorang pemimpin Dap pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang melayu. 
Dap telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. Dap sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah. 
GAPS berpendapat Dap memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India - rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama ! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman. 
Rasullullah pernah mengingatkan “Setiap umat punya cabaran, dan dugaan bagi umatku ialah harta". Harta adalah penyebab rasuah. Rasullullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa. 
Pas sebagai rakan kongsi Dap dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin Dap berdasar kan hadis Rasullullah ini. 
GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis. 
Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasa nya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. Dap wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah. 
GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna. Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka. 
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wednesday, December 19, 2012

KERAJAAN DAP PENANG HANCURKAN KUBUR ISLAM UNTUK BANGUNKAN RUMAH URUT!!


Selepas menolak Melayu di dalam Parti DAP, sekali lagi mereka menolak Melayu . Malangnya , orang Melayu yang ditolak DAP adalah orang-orang Melayu yang sudah meninggal dunia di tanah kubur Orang-orang Islam di Pulau Pinang. 

Ini Simbolik apa lagi wahai DAP?! 

Pendedahan Pisau.Net Regim DAP Pulau Pinang yang kita semua tahu chauvanis ultrakiasu dan rasis hari ini sekali lagi bertindak menindas umat Islam .

Terkini kerajaan regim ini telah meluluskan agar 10-15 kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Boundry dihancurkan demi menurut kehendak pemaju perumahan Syarikat Marvellous Land Sdn Bhd membina tembok.

Walaupun pelbagai bantahan dan rayuan pihak waris, pihak majlis berperbandaran tidak mempedulikan sebaliknya mendapat kebenaran dan kelulusan daripada MPPP yang Ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP.

Satu bantahan sekali lagi dibuat dikawasan perkuburan itu,tidak ada seorang pun wakil daripada PAS atau PKR hadir untuk membela nasib waris tanah kubur ini.

Mereka semua khabarnya menyorok dibelakang abang besar YB gengster tong gas Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow.

Apa lagi yang Guan Eng tak puas hati kat Penang? Dah puas halau Melayu, mayat dan kubur Melayu pun nak dihalaunya. Supaya tiada bukti yang Melayu pernah tinggal di Pulau Pinang ni...

posted from Bloggeroid

HIMPUNAN TERBESAR RAKYAT SELANGOR DESAK KERAJAAN NEGERI TUNAI JANJI!!


Nampaknya semakin hampir PRU ke-13, semakin “tenat” keadaan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim apabila semakin hebat “diserang” rakyat Selangor yang bangkit.

Baru-baru ini Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan Khalid “Gagap” diserang lagi oleh ribuan ibu tunggal di beberapa kawasan di negeri itu yang bertindak memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar itu.

Ekoran itu, Khalid dan kerajaan pimpinannya kini berhadapan dengan lebih 5,000 saman dari ibu-ibu tunggal di seluruh Selangor dengan tuntutan hampir mencecah RM27 juta termasuk jumlah tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan lagi ibu tunggal pada November lalu.

Dianggarkan bahawa hampir 30,000 orang ibu tunggal di seluruh Selangor termasuk dari kaum Cina dan India akan turut bertindak terhadap Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor kerana gagal memberikan elaun bulanan sebanyak RM100 sejak Pakatan Haram memerintah pada Mac 2008.

Sebelum itu juga, Kerajaan Negeri dan Khalid juga telah disaman oleh ribuan rakyat Selangor yang tinggal di flat, pangsapuri dan kondominium atas dakwaan pihak berkuasa dan Menteri Besar itu gagal menunaikan janji memberikan 20 meterpadu air percuma kepada mereka.

Menurut rakyat yang dianiaya itu, mereka juga berhak mendapat air percuma tersebut memandangkan mereka tinggal dan menetap di Selangor meskipun menggunakan meter pukal di kediaman masing-masing.

Secara logiknya, jumlah penggunaan air di kediaman yang menggunakan meter pukal sepatutnya dibahagikan dengan jumlah unit kediaman di rumah-rumah flat, pangsapuri dan kondominium tersebut.

Inilah “bahana”nya bila hanya tahu buat janji manis manifesto dan taburkan pada rakyat, tapi tidak menunaikan apa yang dijanjikan itu.

Kalau menurut Islam dan hadis Rasulullah SAW, golongan yang berkata-kata dan memberikan janji tapi tidak mengotakan apa yang dikatakan atau dijanjikan itu, maka mereka adalah tergolong dari golongan munafik dan pembohong!

Kalau yang berjanji itu Elizabeth Wong, Ronnie Liu atau Teresa Kok, saya tidaklah terlalu mendesak memandangkan mereka itu semuanya golongn kafir yang tak tahu apa-apa mengenai Islam.

Tapi, yang jelasnya mereka yang berjanji dengan manifesto itu ialah Khalid “Gagap” dan para pemimpin PKR dan PAS yang beragama Islam! Takkanlah mereka tidak tahu hukum menipu dan tidak menunaikan janji?

Kalaulah Pakatan Haram Selangor menyifatkan manifesto itu bukanlah sesuatu yang boleh diiktiraf sebagai janji, jadi apakah yang sesuai untuk dikatakan tentang status manifesto itu? Pembohongan dan “janji manis beracun”?

Kalaulah setiap pemimpin politik “dihalalkan” untuk menabur manifesto “bulan dan bintang” dan “dihalalkan” untuk tidak melaksanakan manifesto berkenaan, budak kecil di tadika pun boleh buat manifesto yang lebih hebat dan mampu memikat undi rakyat!

Misalnya, saya boleh membuat manifesto untuk memberikan 1,000 liter petrol percuma kepada rakyat, beri RM10,000 kepada setiap keluarga setiap bulan, sebuah kereta mewah Lamboghini setiap graduan dan sebuah rumah banglo berkeluasan 10 ekar untuk setiap keluarga.

Malah jika parti saya menang dan berjaya membentuk kerajaan, maka seluruh rakyat Malaysia tak perlu bekerja dan akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM50,000 seumur hidup! Menarik, bukan?

Begitulah nasib rakyat bila ditipu “hidup-hidup” oleh para pemimpin Pakatan Haram pada setiap kali musim Pilihanraya berlangsung di Malaysia. Mereka tak habis-habis dan langsung tidak rasa bersalah menawarkan pembohongan yang tidak mampu mereka tunaikan.

Pembohongan demi pembohongan para pemimpin DAP, PAS dan PKR semakin terserlah di setiap negeri yang dijajah oleh Pakatan Haram. Malangnya masih ada mereka-mereka yang dungu dan masih sanggup menyokong puak-puak Pakatan Haram ini.

Persoalannya, sampai bilakah kita sanggup membiarkan rakyat di negara ini ditipu, dikhianati dan dianiaya oleh para pemimpin Pakatan Haram ini? Mahu percayakan mereka lagi pada PRU ke-13 nanti? Nauzubillahi min zalik!

Sumber: Mykmu.net

posted from Bloggeroid

WANITA DICAMPAK DARI BAS SELEPAS DIROGOL!!


Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.

Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.

Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari."Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata."Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas.Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi."Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk."Pelajar perempuan untuk juga menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas."Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.

Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.

Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka  melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.

Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya.

Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi emmastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 18, 2012

DEEPAK SANGGUP JILAT BONTOT ANWAR DEMI BAYAR HUTANG JUDI!!


Watak peniaga karpet yang kaya raya bernama Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand muncul sekali dengan berita gempar mengenai kes penjualan tanah membabitkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Raja Ropiah Raja Abdullah menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke 66 baru-baru ini.

Secara ringkas peniaga bujang berusia 40 tahun itu mendakwa beliau bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada tahun 2007 dengan nilai RM13 juta dengan jaminan bank RM72 juta untuk bon tanah dari Raja Ropiah, yang telah dianugerahkan perjanjian penswastaan RM100 juta untuk pembangunan sebuah pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Tuntutan yang dibuat oleh Deepak adalah berbentuk kes sivil dan biarlah pihak mahkamah menetapkan keadilan bagi pihak yang terbabit.

Biarlah mereka berdua sahaja menyelesaikan perbalahan urusan perniagaan yang dimeterai tanpa mengheret mana-mana pihak yang langsung tidak kena mengena dengan hal tersebut atau mensabitkan dengan lain-lain perkara yang tidak berkaitan.

Bagaimanapun yang menjadi pelik lagi ganjil mengapakah peniaga berbangsa India itu membuat kenyataan media berhubung perkara tersebut sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula? 

Tidakkah itu satu perkara yang bakal mengundang persoalan tentang motif dan niat tersiratnya?

Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang jika tidakdaa angin atau lebih mudah difahami, ada tangan yang menggoyangkannya.

Siapa sebenarnya karektor yang bernama Deepak ini dan apakah wataknya dalam permainan wayang politik pembangkang?

Beliau mendakwa mengenali isteri Perdana Menteri, sekitar tahun 2004 apabila Datin Seri Rosmah Mansor berkunjung ke kedainya untuk membeli karpet.

Ada juga yang mengatakan Deepak tidak mengenali Datin Seri Rosmah secara langsung tetapi telah diperkenalkan oleh salah seorang kenalan rapat beliau iaitu Mumtaz Jaafar.

Manapun versi yang hendak diyakini, yang penting ialah Deepak telah menggunakan peluang dan ruang berkenalan dengan isteri pemimpin tertinggi negara untuk kepentingan perniagaan dan peribadinya.

Beliau sering menggunakan kaedah 'name dropping' atau berlakon mengenali rapat seseorang yang berpengaruh untuk bermegahan atau mencari peluang perniagaan.

Malah melalui persahabatannya dengan Datin Seri Rosmah, Deepak diperkenalkan pula dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mungkin inilah yang dibayangkan sebagai kemuncak kariernya daripada seorang peniaga karpet di Jalan Tuanku Abdul Rahman kepada menjadi jutawan hasil persahabatan dengan isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri?

Tidak semua rakyat Malaysia mendapat peluang keemasan sebegini tetapi Deepak mampu mencapainya.

Begitulah yang terjadi seterusnya apabila Deepak mengeksploitasi sepenuhnya hubungannya dengan Seri Perdana.

Beliau dikatakan sering menggunakan nama Datin Seri Rosmah malah Perdana Menteri untuk melobi kontrak-kontrak kerajaan sehingga dikatakan berjaya membekal karpet kepada Seri Perdana, Seri Satria dan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

Perniagaannya berkembang sehingga mampu memiliki sebuah kilang karpet yang besar berharga jutaan ringgit di Jalan Chan Sow Lin dan meluaskan aktiviti perniagaan dalam bidang hartanah, pembinaan, pembekalan dan sebagainya.

Begitulah liciknya watak ini yang tahu bagaimana memanipulasi Perdana Menteri dan isterinya untuk kepentingan peribadi menjadi beliau seorang jutawan dalam tempoh yang singkat.

Apabila Perdana Menteri dan isteri mendapat tahu bahawa si Deepak ini telah menjaja nama baik secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka, hubungan yang sedia terjalin dengan baik diputuskan segera untuk mengelakkan daripada terus dipergunakan.

Keputusan yang diambil Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib adalah amat tepat sekali bagi menyelamatkan nama baik mereka.

Deepak menggelupur kepanasan dan panik kerana baginya Datin Seri Rosmah dan suami dianggap penyelamat atau 'saviour' untuk menimbun harta selama ini.

Kebetulan pula beliau mengambil pinjaman bank untuk membesarkan empayar perniagaannya hasil exploitasi nama Perdana Menteri dan isteri. 

Saluran komunikasi dengan Datin Seri Rosmah yang tidak lagi dinikmati oleh Deepak bermakna peluang beliau untuk terus bernaung di bawah individu yang berpengaruh sudah tertutup.

Kini Kuwait Finance House telah menyamannya sebanyak RM170 juta di atas hutang yang masih belum dilangsai Deepak.

Dengarnya Maybank juga turut menghambatnya untuk jumlah hutang sebanyak RM30 juta lagi.

Hidup Deepak sudah tidak keruan, ke mana lagi beliau ingin mengadu nasib dan membela hutang piutangnya yang semakin menimbun.

Pada masa yang sama Anwar Ibrahim yang terkenal dengan parasit yang akan menghinggap kepada mana-mana individu yang bermasalah apatah lagi jika hutang sudah mengelilingi pinggang mula mengatur langkah untuk menjerat Deepak.

Dua tahun lamanya Anwar menggenen Deepak untuk masuk perangkap yang telah disediakan.

Kali ini nampaknya mangsa yang sudah terhimpit dengan krisis kewangan yang kronik tidak mempunyai pilihan lain.

Pertemuan diatur untuk bertemu anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah dahulu tapi Deepak pada saat-saat akhir kecut perut dan membatalkan temujanji.

Anwar masih tidak mahu mengaku kalah, tropi yang amat bernilai ini mesti dimilikinya dengan apa jua cara pun, 'by hook or by crook'.

Akhirnya dengan perantaraan seorang kroni rapat Anwar sejak zaman beliau menjadi Menteri Kewangan lagi, Dato' Ravi Dharan, Deepak berjaya diyakinkan untuk bertemu Ketua Umum PKR itu.

Bukan sekali, tetapi beberapa pertemuan telah berlaku antara Deepak dan Anwar, namun seperti yang dijangkakan siapa akan mengaku berak di tengah jalan?

Seperti situasi membuat janji dengan Sang Syaitan terlaknat, Anwar menjanjikan Deepak untuk menyelesaikan masalah beban hutangnya yang sehingga kini telah mengusutkan fikirannya siang dan malam.

Syarat yang diletakkan oleh Anwar mudah saja - Deepak perlu menurut skrip yang disediakan oleh pembangkang untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan wanita Monggolia, Alantuya Shaariibuu. 

Itu saja yang perlu dilakukan oleh Deepak untuk membebaskan dirinya daripada buruan bank yang benar-benar menghantui hidupnya.

Walaupun terpaksa mengkhianati persahabatannya dengan isteri Perdana Menteri yang terjalin pada satu ketika itu, namun ini semuanya tidak bermakna kepada Deepak kerana wala'nya adalah kepada wang ringgit.

Beliau akan sanggup melakukan apa sahaja demi wang hatta menikam sahabat yang banyak membantunya mendaki tangga kejayaan dalam perniagaan.

Kini Deepak menjadi ayam sabung Anwar yang akan dilepaskan ke dalam gelanggang untuk bertarung politik bagi pihak Ketua Pembangkang itu.

Hidup mati Deepak sekarang di dalam tangan Anwar, di panggil mari dihalau pergi - begitulah penghujung nasib seorang individu yang rela menggadaikan nilai kemanusiaan dan prinsip hidup demi sesuap rezeki.

RENDAH SUNGGUH MARTABAT MELAYU DALAM DAP!!


Pemilihan bagi Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) yang berakhir semalam menunjukkan kesemua calon-calon Melayu gagal dipilih untuk memenuhi 20 slot jawatankuasa tersebut hanya menunjukkan bertapa kuatnya semangat perkauman bagi DAP.

DAP telah ditubuhkan atas rasa angkuh dan sifat 'kiasu' mereka terhadap kaum Melayu. Ini adalah antara rahsia yang telah diketahui rakyat dimana DAP masih lagi menyemai semangat perkauman dari parti PAP di Singapura. Selagi semangat kiasu mereka masih membara, selagi itulah DAP tidak boleh dijadikan kawan, apatah lagi untuk memimpin rakyat.

Jadi, DAP adalah parti yang mengamalkan semangat perkauman. DAP adalah parti bagi kaum Cina dan untuk kaum Cina. Beberapa Singh dan India yang 'sesuai' diberikan jawatan khas bagi parti tersebut hanyalah 'hiasan' untuk menutup perjuangan mereka yang sebenarnya. Bagi Melayu DAP pula, kaum yang mempunyai hak untuk menghentikan semangat perkauman dari parti tersebut, tidak dibenarkan untuk bersuara.

Jika kita benar-benar lihat bagaimana DAP berfungsi, kita dapat lihat bahawa:

Kaum Cina tidak akan memberikan sebarang peluang mahupun penghargaan atas segala apa yang telah diberikan kepada mereka, jika mereka terpaksa berada di bawah. DAP lebih rela diketuai oleh pemimpin Cina yang bodoh, daripada terpaksa berkerja di bawah pemimpin Melayu yang lebih berpelajaran, berpengalaman dan bekerja keras.

Oleh itu, percayalah, tiada satu pun Cina DAP yang akan mengundi untuk mana-mana pemimpin Melayu.

Ahmad Ton, Naib Pengerusi DAP Johor adalah antara yang tidak diundi untuk memegang jawatan CEC dalam pemilihan baru-baru ini, adalah antara yang telah menyokong DAP berdekad lamanya - 36 tahun. Walaupun tidak dipilih, Ahmad Ton masih lagi percaya dengan slogan Malaysian-Malaysia DAP. 

Untuk 'menjaga hati' DAP, Ahmad Ton berkata bahawa kekalahannya mungkin berpunca daripada masalah angin ahmar yang dihidapinya dan juga perwakilan masih tidak dapat memahami konsep Malaysian-Malaysia. 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum Cina sememangnya kaum yang sentiasa bekerja keras, namun mereka tidaklah sepandai yang disangkakan. Sebab itulah mereka masih bermasalah untuk menguasai Bahasa Kebangsaan walaupun negara ini telah 55 tahun merdeka. Jadi, tidak dapat memahami konsep Malaysian-Malaysia sejak DAP ditubuhkan pada tahun 1966 adalah perkara biasa. 

Jika Ahmad Ton dikatakan telah memalukan bangsa melayu, bagaimana pula dengan Zulkifli Mohd Noor? Zulkifli menyalahkan Tunku Abdul Aziz atas kegagalannya untuk mengekalkan jawatan di CEC. Zulkifli berkata bahawa tindakan Tunku Aziz meninggalkan jawatan tersebut adalah sebab mengapa kuasa Melayu di DAP semakin menghilang.

Penulis pasti semua tertanya-tanya akan 'kuasa' Melayu di DAP. Sejak bila Melayu mempunyai sebarang kuasa di DAP?

Untuk meneruskan perjuangan bagi melihat kerajaan yang berfungsi dengan baik, Tunku Aziz akhirnya mulai sedar dan bertindak keluar dari DAP. Namun, Zulkifli dan Ahmad Ton, dan juga calon-calon Melayu DAP yang kalah seperti Dr. Ariffin S.M. Omar, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Sulaiman Syed Ibrahim, Roseli Abd. Ghani, Harun Ahmad dan juga Melayu DAP yang lain, tidak kisah untuk menjadi sampah kepada tuan-tuan kiasu mereka. 

Jika PAS dikatakan sebagai anjing kepada DAP, Melayu DAP pula dilihat sebagai anjing-anjing yang menjilat kaki DAP. Melayu DAP kini telah jatuh dan mereka masih mengorek untuk jatuh labih ke bawah.

GEMPAR!! PEMBANTU PERIBADI MP KAPAR MATI DIBUNUH SAMSENG??


Pembantu peribadi MP Kapar (PKR) S. Manikavasgam telah mati dibunuh. MP berkenaan yang lebih dikenali sebagai Mike, merupakan MP PKR yang sering vokal mengkritik pentadbiran Negeri Selangor dibawah MB TS Khalid Ibrahim.

Laporan FMT menyebut mangsa C. Nachimuthu, 53, mati akibat hentakan di kepala ketika menunggang motosikal pagi tadi.

Monday, December 17, 2012

ANTHONY LOKE HINA ISLAM!! PAS TERUS MEMBISU SERIBU BAHASA!!

ADUH!! Pedih sungguh kata-katamu wahai pencemar keharmonian agama di Malaysia. Negara yang sedang aman dan damai digegarkan dengan ucapan dan kata makian yang merendahkan lagi agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia. 

Dimana suara PAS dalam isu ini? Senyap lagi?

Hairan dengan tindakan Anthony Loke yang secara terang menghina Islam namun tiada apa-apa tindakan atau tindak balas dari kepimpinan PAS yang konon nya menjaga Islam di Malaysia. Malah PAS juga pernah mengaku yang mereka telah mentarbiah pemimpin dalam DAP untuk menerima Islam.

Tarbiah apa yang dilaksana oleh puak PAS ni sehingga sekarang pemimpin DAP tidak pernah faham dan tidak pernah menerima Islam sebagai salah satu agenda politik sekutu kuat pakatan mereka ini.

Sekali lagi PAS dikeldaikan oleh DAP. PAS terkunci mulutnya sekali lagi.

Boleh bayangkan apabila benar pakatan dapat memerintah Malaysia. Siapa yang benar-benar berkuasa?

Jangan memperjudikan nasib Islam semata mahu mencuba pemerintahan yang baru.

NAIB PRESIDEN MIC LETAK JAWATAN!!

PANAS!! Naib Presiden MIC, Datuk SK Devamany mencabar Naib Presiden PKR, N. Surendran supaya menunjukkan bukti yang mendakwa 300,000 rakyat Malaysia kaum India masih tidak mendapat kad pengenalan. Jika benar seperti yang didakwa oleh N. Surendran, maka Ahli Parlimen Cameron Highland itu dengan sendirinya akan meletakkan jawatan nya dalam MIC.

Wooo!! Cabaran yang berani dari pemimpin MIC. Ada berani ke Surendran? Kalau tak berani jangan suka-suka je main letak seramai 300,000 orang kaum India tak kad pengenalan. Tuduhan berat tu.

GEORGE TOWN - Naib Presiden MIC Datuk SK Devamany sedia meletak jawatan jika pakatan pembangkang dapat membuktikan dakwaan 300,000 masyarakat India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri. 
Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja bermain dengan angka yang tidak wujud serta fakta palsu bagi mengelirukan rakyat dan menyemarakkan rasa benci mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). 
"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini hari ini. 
Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas. 
Beliau berkata jika pakatan pembangkang ikhlas membantu, isu itu sepatutnya dibawa ke saluran yang betul dan dibincang bersama pemimpin MIC untuk diselesaikan secara muafakat. 
Devamany, yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, turut membidas kenyataan Surendran baru-baru ini bahawa 70 peratus masyarakat India berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan isi rumah purata RM700 sebulan. 
Beliau melihat kenyataan itu satu tuduhan liar bermotif politik bagi meraih sokongan rakyat. 
"Ia bermakna 1.4 juta masyarakat India di negara ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya minta pemimpin pembangkang cakaplah perkara yang benar. Kita berpolitik bukan kerana hendak menang sahaja tetapi mahu membangunkan rakyat," katanya. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata kerajaan BN sentiasa membela kepentingan kaum India dengan melaksana pelbagai program transformasi bagi membantu melonjakkan pencapaian kaum tersebut di negara ini. - Bernama