Konco-konco ku

Tuesday, May 19, 2020

PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT



Ada segelintir Politikus yang seenaknya menuduh dan melabel Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah Kerajaan Tebuk Atap serta pengkhianat Mandat Rakyat..

Ini adalah spin paling gila oleh PH.. Pengkhianat Mandat Rakyat ialah apabila menggunakan manifesto yang bukan kitab suci sebagai modal meraih undi Pilihanraya sehingga menang pada PRU14 yang Di ibaratkan menipu untuk menang.. INILAH SEBENARNYA PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT, MENABUR JANJI PALSU UNTUK MENANG... MANIFESTO YANG SKRIPNYA DATANG DARI PKR DAN DAP

Kepada TSMY dan seluruh ahli Parlimen Bersatu yang bersama-sama membentuk KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL adalah mereka yang berusaha MENEBUS DOSA atas penipuan MANIFESTO PH..

MEREKA YANG WARAS SENDIRI BOLEH MENILAI.. PH ADALAH SECARA SAH PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT..

"Muhyiddin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat" - YDPA

NOKTAH

Monday, May 18, 2020

LANGKAH RAWANG!! ANWAR BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR!!

JIKA sebelum ini bekas Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum itu sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan Langkah Kajang dengan mengadakan Pilihanraya Kecil DUN Kajang demi untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila Azmin Ali mengambil langkah pantas dengan berjumpa dengan orang kuat Istana Selangor untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

*****************************

TERKINI! Dato' Seri Bro. Anwar Bin Ibrahim nampaknya sedang mengusahakan untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Dato' Seri Amiruddin Shaari.

Mengikut maklumat yang diterima dari sumber dalam PKR kem Azmin Ali, Presiden PKR itu akan melakukan Langkah Rawang yang mana akan berlaku Pilihanraya Kecil di DUN Rawang selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Desas-desus juga mengatakan, ramai kepimpinan PKR sudah mengetahui rancangan Anwar Ibrahim ini dan mereka melihat Anwar Ibrahim sudah terlalu jauh menyimpang daripada matlamat asal perjuangan parti yang dibinanya sendiri.

Khabar angin juga semakin kuat apabila baru-baru ini Ketua Srikandi PKR telah meletak jawatan atas alasan yang sama.

Amiruddin Shaari yang diketahui merupakan antara penyokong kuat Azmin Ali turut menyatakan dalam sidang medianya baru-baru ini juga bahawa, 'tiada sekatan untuk pemimpin PKR Selangor menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin'.

Maka mengikut perkiraan dan angin ribut yang sedang melanda PKR Selangor, sahih dan akan berlakulah satu lagi PRK yang dirancang untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menolak atau membenamkan Amiruddin Shaari yang lebih menyokong Azmin Ali.

Justeru itu, bermulalah drama politik yang tiada penghujungnya dalam PKR. Pecah belah, pengkhianatan dan tikam menikam terus menjadi senjata paling ampuh dalam Parti Keadilan Rakyat.

Tamat.


Sunday, May 10, 2020

KES RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN NEGERI SELANGOR.


Baru baru ini heboh tentang siasatan SPRM mengenai kontrak RM 30 juta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkara ini menjadi peluru kepada ahli-ahli politik PH menyerang KKM yang sedang bertarung siang dan malam untuk membendung penularan COVID-19. KKM telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sesiapa yang telibat dan sekiranya didapati bersalah harus dihukum.

Namun isu rasuah dan salahguna kuasa ini tidak hanya pada Kerajaan PN. Kita juga ada mendengar isu rasuah ini dalam Kerajaan PH contohnya isu terowong Penang, isu rumah Lim Guan Eng dan banyak lagi. Dari info terbaru yang diterima ada satu lagi kes rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pegawai pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor. Ya pegawai pegawai MB yang berlagak sombong itu.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan SELANGKAH (boleh dilayari di www.selangkah.my) iaitu salah satu cara untuk mengesan contact rapat orang yang didapati positif COVID-19. Dimaklumkan projek tersebut dilakukan secara runding terus (direct nego) kepada syarikat AI4Good Sdn Bhd. Satu syarikat baru yang ditubuhkan pada 23 November 2018 dengan paid up capital RM 5,000 sahaja. Menerusi semakan syarikat tersebut tak pernah buat audit pun!

Nama nama penting yang berada di Pejabat Menteri Besar Selangor terlibat secara langsung dengan perkara ini. Penyusunan syarikat ini untuk mendapatkan habuan di lakukan ketika penularan COVID, mereka menggunakan surat perlepasan untuk bekerja dari Kerajaan Negeri dengan sewenang-wenangnya. Ada juga pegawai yang menggunakan surat Kerajaan Negeri untuk pergi ke utara untuk tujuan peribadi! Tapi untuk cerita yang ini kita akan buka satu tajuk yang lain.

Persoalannya bagaimana syarikat baru ini diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dato’ Seri Amirudin Shari untuk mengumpul data data peribadi di Selangor? Kita sedia maklum bahawa data data peribadi yang mempunyai maklumat seperti nama, no ic, no telefon adalah highly classified dan sensitive. Jadi apakah kriteria yang digunakan Kerajaan Negeri Selangor untuk evaluate dan menganugerahkan projek SELANGKAH kepada syarikat tersebut? Ini menjadi tanda tanya dikalangan pegawai pegawai di peringkat dalaman SUK.

Beberapa hari yang lalu MB Selangor turut memaklumkan melalui laman Instagram terdapat hampir 300k maklumat telah direkodkan melalui SELANGKAH. Angka itu akan terus meningkat dan menjangkakan sehingga jutaan data peribadi. Keselamatan data ini tidak seharusnya diletakkan ke tangan syarikat 5 ringgit!

Ada kemungkinan syarikat itu boleh jual data-data peribadi tersebut apabila apabila ditawar ratusan ribu ringgit daripada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahpakai data-data peribadi rakyat rakyat Selangor.

Tatkala krisis COVID-19 yang melanda negara, orang orang seperti ini mengambil kesempatan dan menggunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri sendiri. Sebagai anak jati Selangor mari kita menuntut supaya SPRM menyiasat perkara ini secara bebas.

Sumber - ISU Viral








DEDAH: COMPANY DEVELOPER DAPAT TENDER BUAT MAKMAL COBID19


SCRUT KHAZANAH JAYA

Dikatakan syarikat ini telah mendapat tender kerajaan yang berharga lebih kurang RM30 juta sempena Covid-19 daripada KSU KKM. RM30,000,000 tau! Juta tau!

Apa yang menariknya tender tersebut dikatakan kerajaan membayar pendahuluan sebanyak RM15 juta dahulu. RM15,000,000 tau! Juta tau!

Jadi kami telah SCRUT SSM report syarikat Khazanah Jaya ini di platform kami, www.interepo.com. Kami dapati, syarikat Khazanah Jaya ini bukanlah syarikat medical supply, TETAPI syarikat PROPERTY DEVELOPMENT. Developer oi!

Yang lebih menarik, syarikat ini dimiliki oleh :

1. Encik Tan Boon Keong 
2. Tan Jiat Jui

Manakala KSU KKM ialah Dato’ Seri Chen Chow Min.

Kami cuma tak faham bagaimana syarikat yang tidak ada pengalaman atau nature of businessnya bukan di dalam ruang kesihatan dan perubatan boleh mendapatkan tender ini. Takda ke syarikat medical supply lain yang layak? Kan ada supply reagent bagai tu. Kasilah chance company yang betul-betul memang supply barang-barang tersebut buat kan?

Kalau boleh advance 50%, kan lebih baik share the cake dengan syarikat-syarikat SME medical supply marhaen yang ada, bukan bagi dekat syarikat developer yang dah kaya raya. 

Jumlah RM15 juta advance itu pun jauh melebihi paidup syarikat RM8 juta. Sama dengan revenue syarikat tahun lepas. Jika nak cari syarikat yang berduit atau steady pun, tapi nampaknya tahun lepas pun rugi RM4.7 juta pula.

Anyway, tahniah kepada pemenang tender! Harap nanti nak beli kerete recond SCRUT lah dulu di www.scrut.my yer..

Korang jangan main tuduh-tuduh tau, jangan lupa SCRUT dulu informasi. Kenapa perlu SCRUT? Macam mana nak SCRUT?

Baca sini : 

https://www.facebook.com/581817132303470/posts/840929486392232/?d=n

#HEILB40M40
#LawanKapitalisJahat

Thursday, May 7, 2020

ADUN CHINI MENINGGAL DUNIA

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.
Adun Chini Dato Seri Abu Bakar Bin Harun meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Difahamkan Allahyarham meninggal kerana serangan jantung.
Setakat  ini tiada maklumat lanjut diperolehi.

Tuesday, April 28, 2020

SEBAR BERITA PALSU, PEMIMPIN PKR BAKAL DIDAKWA!


Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan membuat pertuduhan terhadap Fuziah Salleh, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu.

Ahli Parlimen Kuantan dari PKR itu akan akan berhadapan pertuduhan jam 8.30 pagi esok berhubung kiriman yang dibuatnya menerusi Facebook.

Kiriman itu mendakwa berlaku keadaan di luar kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam Dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor susulan kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Pada 12 April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata polis merakam keterangan Fuziah bagi membantu siasatan.

Kenyataan berserta video dimuat naik bekas Timbalan Menteri itu menerusi Facebook menggunakan nama 'Fuziah Salleh'.

Imigresen Johor turut menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis. Gajet digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan turut dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Siasatan diklasfikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan mendatangkan khianat awam.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - Berita Harian

Monday, March 23, 2020

DALAM SITUASI KRISIS, MB SELANGOR MASIH BERMAIN POLITIK LAGI?? #covid19



Kerajaan Negeri Selangor nampaknya tidak akan berhenti bermain dengan sentimen dan politik jijik mereka. Walau negara sekarang masih dalam krisis yang paling teruk, Menter Besar Selangor, Amiruddin Shaari terus menindas wakil rakyat daripada parti pembangkang di negeri Selangor.

Begitu jijik dan keji permainan penindasan ini.

Kalau nak bagi peruntukan bagi kepada semua. Kalau tak berlaku situasi #covid19 ini kita faham sebab memang perangai kerajaan Selangor bersikap menindas. namun tidak faham apabila masa-masa genting seperti ini pun kerajaan negeri terus menganaktirikan beberapa ADUN pembangkang dan sebahagian dari kerajaan Malaysia.

Pelik! apabila ada juga ADUN dari parti Bersatu mendapat peruntukan dan ada yang tidak dapat. Permainan gila apa lagi yang amirudin buat ni? Tak boleh ke nak tolak tepi dulu politik dan selesaikan serta penuhi keperluan rakyat Malaysia buat masa ini.

Empat ADUN dari Bersatu yang dapat peruntukan tambahan pun bukan lurus sangat. LALANG!

Pagi jumpa Tun M kata beri sokongan tidak berbelah bahagi.
Petang cantik punya JILAT TS Midin konon akan sokong terus jadi PM.

Politik gila!



Friday, March 20, 2020

PATUHI ARAHAN KALAU NAK SELAMAT! #stayathome #covic19


LAMA rasanya tak membebel dalam blog ketinggalan zaman ni. Tapi aku tetap nak membebel jugak!

Pasal kat rumah tak boleh membebel, kita dengar isteri membebel.

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!!!

Tolonglah patuh arahan. Korang ni memang cita-cita dari kecil nak mati sebab virus corona ni ke? Kalau korang memang bercita-cita sebegitu, aku sarankan duduk je rumah sendiri selama setahun tak payah keluar!

Apa celaka sangat perangai tak faham bahasa. Semua bahasa pihak kerajaan dah maklum. Ye lah, ada yang haram tak faham bahasa Malaysia walau katanya lahir kat Malaysia. Bangang!

Ko duduk diam-diam dalam rumah. Happy-happy dengan familly sendiri tak boleh?

Kalau nak mampus sangat kena dengan virus ni pergilah jalan-jalan. Kalau nak mampus jugak jangan libatkan orang lain. Pergi mati kat dalam hutan. Atau pergi naik tongkang sampai tengah laut. Matilah ko sorang-sorang.

Sekian luahan aku.

Esok tengah fikir nak buat aktiviti apa pulak....

Monday, October 14, 2019

PEGAWAI LHDN UGUT RASUAH?!

HATI-HATI dengan orang ini ‼

Minta ambil perhatian dan tindakan dengan segera.

MOHD SHAHFIZAN BIN MD SALLEH
Pengarah Jab Operasi Khas, LHDN cawangan Bangi.

Pegawai diatas didapati memeras ugut dan mengambil rasuah dengan cara membeku kan aset. Kemudian beliau akan hantar orang bawahan beliau utk pergi kautim. Perkara ini berlaku dari era KP tan sri zulkifli hingga kini..
Beliau merupakan orang suruhan @ rakan kongsi TANSRI ZULKIFLI.


Beliau dapat nak naik pangkat di era TAN SRI SYUKUR atas arahan TAN SEI ZULKIFLI dan di kekal kan di cawangan yg sama hingga kini.


Hanya pegawai2 bawahan yg boleh bersubahat dengan beliau sahaja yg boleh bekerja di cawangan itu. 


Yang mana tidak dapat bersubahat dengan beliau akan minta tukar atau ditukarkan ke cawangan atau bahagian lain.


Sehingga kini orang melayu tiada perluang kerana ditindas.


Orang cina india dan lain2 semua sanggup kautim dan memberi rasuah kepada beliau.


Perkara ini tidak terbongkar kerana dijaga rapi org semua pagawai beliau.


Sy juga pagawai dalaman.


Sy minta perkara ini disiasat dan di ambil tindakan dengan segera kerana sy tidak sanggup lagi melihat orang2 melayu kite di tindas. 

TOLONG SHARE POST INI SUPAYA RAMAI TIDAK TERKENA‼


Sumber: WhatsApp

Wednesday, August 7, 2019

BERSATU JUAL LEMBU KORBAN SUMBANGAN MB PERAK



LEMBU 🐮 KORBAN PUN DI SAKAU OLEH BERSATU BAGAN DATUK..! BETUL PUNYA GILA KUASA...! 

“Kami mendapat maklumat sepatutnya tiga ekor lembu yang diberikan menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu kepada Abdul Malik telah diseleweng.

“Dua ekor lembu itu dijual oleh Timbalan dan Naib Ketua Bahagian Bersatu Bagan Datuk dan mereka mengambil duit itu.

“Jumlah dua ekor itu dianggarkan dijual RM5,000 seekor. Hanya 1 ekor lembu saja diagihkan ketua Bersatu bahagian Bagan Datuk.

PS: Memalukan suku sakat Kaum Bersatu🤣🤣

https://www.malaysiakini.com/news/486912

#sakauLEMBU #LEMBU #Korban #gengBERSATU #BERSATU #Perak #BaganDatuk

Thursday, July 18, 2019

KPN SAHKAN VIDEO SEMBURIT HAZIQ-AZMIN TULEN!

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity.

"Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi.

"Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Pada 12 Jun lalu, Haziq menggemparkan negara dengan mengaku sebagai pelaku dalam video tular seks sejenis bersama seorang lagi lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Bagaimanapun Azmin menafikan dirinya terbabit dengan video lucah berkenaan.

Azmin sebaliknya mendakwa tuduhan tersebut bertujuan mematikan kerjaya politik beliau.

Perkembangan terbaru menyaksikan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong pada 15 Jul lalu bersama lima individu ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar Lembah Klang dan direman selama enam hari.

Penahanan reman itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed.

Sebelum itu, malam tadi Abdul Hamid dalam satu program televisyen yang disiarkan di RTM telah mengesahkan ketulenan video berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai supaya memahami tugas pihak polis yang perlu melakukan siasatan menyeluruh mengenainya.

"Jawapan yang kami terima, mereka (CyberSecurity) kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

"Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai...perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

"Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara," katanya.

Sunday, July 7, 2019

KEDAH, PERLIS BERDEPAN KRISIS SAMPAH TERBURUK



Kelemahan pengurusan dan penyelewengan tender oleh Environment Idaman Sdn. Bhd mengakibatkan negeri Kedah dan Perlis berkemungkinan berdepan dengan krisis sampah tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyelewengan tender sampah di negeri Kedah dan Perlis.

Hasil tinjauan di kedua-dua buah negeri pada hari ini mendapati kebanyakkan kawasan memang berlaku masalah kutipan sampah sejak minggu lalu. Longgokan sampah yang tidak dikutip mula mengeluarkan bau busuk serta menjejaskan aktiviti orang-ramai.

Ada di sesetengah kawasan, air busuk sampah mula memasuki perkarangan rumah mereka dan keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Mereka juga melahirkan kebimbangan akan penularan penyakit jika masalah tidak diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kawasan-kawasan yang terjejas ini disebabkan kontraktor-kontraktor yang dilantik tiada pengalaman dan tidak mempunyai kelengkapan untuk membuat kutipan sampah dan pembersihan awam.

Lebih buruk, kontraktor ini dikatakan menerima tender secara tidak sah dan bersekongkol pula dengan pihak tertentu di dalam Environment Idaman bagi mendapatkan tender melalui pintu belakang.

Friday, July 5, 2019

PENDUDUK TIDAK TAHAN BAU BUSUK



Lebih 2,000 penduduk di Taman Ria, Padang Serai di sini terpaksa berhadapan bau busuk akibat kegagalan pihak kontraktor sampah mengutip sampah di kawasan itu sejak minggu lalu.

Tinjauan kami mendapati longgokan sampah semakin banyak dan keadaan bertambah rumit apabila sampah-sampah itu mula mengeluarkan bau busuk.

Penduduk mendakwa keadaan semakin hari semakin buruk apabila air dari sisa longgokan sampah yang tidak dikutip telah mengalir ke kawasan rumah mereka.

Penduduk, Kassim Ahmad, 57, berkata, keadaan ini dikesan sejak minggu lalu dan keadaan seolah tidak berubah biarpun telah diajukan kepada pihak berwajib.

Kegagalan kontraktor untuk mengutip sampah dikatakan ada kaitan dengan skandal penyelewengan tender kontrak itu baru-baru ini.

Difahamkan, kontraktor-kontraktor baharu yang dipilih tidak memenuhi kriteria tender dan bantahan telah disuarakan oleh wakil kontraktor bumiputera Kedah dan Perlis dalam satu memorandum kepada Perdana Menteri.

Susulan bantahan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Ketua Eksekutif Environment Idaman Sdn. Bhd. bersama kakitangan syarikat itu atas dakwaan rasuah baru-baru ini.

POLITIK DAN KIFARAH - RAK



Lebih setahun PH mentadbir negara, pelbagai kemelut politik berlaku.  Bagi UMNO dan BN, kekalahan pada PRU-14 meletakkan parti itu dalam keadaan terus berusaha untuk bangkit semula. 

Namun itu wajar sekali, kerana sebagai sebuah parti politik, UMNO perlu berusaha untuk mencari jalan keluar.  Dalam usaha mencari jalan keluar, sudah tentu ada gelora politik dalaman yang akan berlaku.

Namun menarik, parti-parti yang menjadi kerajaan hari ini tidak kurang juga masih bergelut dengan kemelut dalaman dan sesama komponen. Tanpa perlu bertanyakan soal janji yang tidak tertunai, 100 hari yang mengecewakan, soal kepimpinan yang melibatkan polemik politik sesama mereka, ibarat menutup bangkai gajah.

Soal penggantian atau peralihan kuasa Perdana Menteri, sehingga kini masih menjadi duri dalam daging kepada PH. Sementara dahulu diyakinkan bahawa PM Ke-7 hanya bersifat sementara dan PM Ke-8 sudah mendapat tiket untuk menjadi pengganti apabila memenangi  PRK Port Dickson, cerita dan perkembangan semasa memberikan isyarat yang cukup berbeza dengan perancangan mereka.  

Mula dikatakan dua tahun kemudian menjadi tiga tahun, kemudian perlu diberi masa kepada PM Ke-7 menyelesaikan masalah negara hinggalah kepada pengakuan bakal PM Ke-8 yang beliau tidak terburu-buru dan memberi ruang kepada PM Ke-7 melaksanakan kerjanya.

Namun dalam pada itu, muncul pula teori kononnya PM Ke-7 sedang mempersiapkan seorang lagi sebagai pengganti iaitu Azmin Ali.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai kemelut ini.  Tetapi apabila menyebut nama Azmin Ali, tidak dapat tidak isu terbaru video yang melibatkan Haziq memerlukan kita melihat apakah ini sekadar sepak terajang politik.

Tetapi saya suka melihat isu ini lebih daripada soal politik sebaliknya KIFARAH serta pembuktian janji Allah kepada PM Ke-7, Dr Mahathir.

Saya masih ingat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah dalam satu perhimpunan menyatakan beliau berdoa agar umur Dr Mahathir dipanjangkan agar dia dapat melihat segala kerosakan yang dilakukan.

Menjadi PM Ke-7, saya kira doa Ustaz Fadzil dimakbulkan apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang cuba membetulkan segala kerosakan yang pernah dia buat dahulu.

Tapi sekali lagi saya tidak berminat nak bercakap mengenai penyelewengan, kroni, mengkayakan anak pinak yang dilakukan oleh Dr Mahathir sepanjang menjadi PM Ke-4.

Saya lebih berminat untuk melihat konteks doa Ustaz Fadzil itu dalam kes video yang membabitkan Haziq dan dikatakan pasangannya Azmin.

Tahun 1998, isu yang sama iaitu SEMBURIT sebagai mana istilah diguna pakai oleh DBP berlaku di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.  

Cuma ketika itu tiada video tetapi pelakonnya orang yang amat rapat dengan Azmin iaitu Anwar Ibrahim, bakal PM Ke-8.

Semasa kes Anwar, tiada bukti video.  Dr Mahathir dalam satu sidang media ketika memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telah menemui mangsa, saksi dan yakin Anwar meliwat. 

Malah dalam sidang media yang disiarkan secara langsung itu Mahathir menyebut secara terperinci hingga katanya Anwar menyuruh saksi yang Mahathir temui melakukan “masturbating”.

Belum pun Anwar didakwa di mahkamah, Mahathir telah menjatuhkan hukuman Anwar bersalah dan berdosa meliwat dan dengan itu tidak layak menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Kini, Azmin yang menurut percaturan politik akan menjadi pengganti Perdana Menteri terlibat dengan skandal video isu SEMBURIT. Ia berlaku di zaman Dr Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Apa bezanya pendirian Mahathir dengan kes SEMBURIT Anwar yang dicaturkan menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan kes Azmin yang juga dicaturkan menjadi pengganti Perdana Menteri.

Bezanya jika 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman Anwar berdosa dan bersalah walaupun belum dibuktikan di mahkamah, kini setelah ada video yang menjadi bukti Mahathir kata takkanlah Azmin nak melakukan SEMBURIT, malah menolak dakwaan penglibatan Azmin.
Sebab itu saya gunakan tajuk antara politik dan KIFARAH. 

Politik ialah apabila kemaraan Anwar  sudah seperti tidak dapat dibendung pada 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar.

Kini demi politik juga iaitu percaturan meletakkan Azmin sebagai pengganti Perdana Menteri telah menyebabkan Dr Mahathir walaupun ada bukti video mempertahankan Azmin walaupun isunya sama iaitu SEMBURIT.

Namun jauh lebih besar ialah KIFARAH Allah kepada Mahathir iaitu dahulu dengan fitnah dan cakap-cakap Mahathir menjatuhkan hukuman bersalah kini dengan bukti yang ada Mahathir membela orang yang dituduh.  

Mungkihkan ini petanda makbulnya doa Almarhum Ustaz Fadzil yang memohon supaya Allah memanjangkan umur Mahathir untuk dia melihat kerosakan yang dia buat.  

Dahulu kerosakannya menyumbat orang ke penjara kerana sekadar cakap cakap kini membela perbuatan yang dilaknat.

Sumber: Rafi Awang Kechik

Thursday, July 4, 2019

PENDUDUK MERUNGUT BAU BUSUK SAMPAH DI TAMAN RIA



Penduduk Taman Ria, Padang Serai Kedah di sini merayu kepada badan pengurusan bersama dan pihak Environment Idaman Sdn. Bhd. mengambil tindakan mengutip longgokan sampah yang terbiar sejak seminggu lalu.

Wakil penduduk, Mohd. Hashim Abdullah, 62, berkata, mereka bukan saja terpaksa menahan bau busuk setiap hari, malah pakaian yang dijemur turut dihinggapi lalat selain terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah bagi menghalang lalat daripada masuk.

“Lebih membimbangkan, selepas hujan lebat banyak takungan air berlaku di kawasan longgokan sampah dan pembiakan nyamuk aedes boleh berlaku seterusnya mengancam kesihatan penduduk setempat,” katanya di sini petang tadi.

SAMPAH TIDAK DIKUTIP, PENDUDUK TAMAN RIA KECEWA




KEGAGALAN kontraktor melakukan kerja-kerja kutipan sampah di kawasan perumahan Taman Ria, Padang Serai Kedah mengikut jadual menimbulkan kesulitan kepada penduduk.

Penduduk mendakwa terdapat beberapa longgokan sampah terutama sisa pepejal sehingga hampir seminggu tidak dikutip.

Keadaan itu telah mencemarkan imej persekitaran dan mengundang kehadiran lalat dan anjing liar.

Bukan itu sahaja, keadaan menjadi lebih teruk selepas hujan apabila air busuk tersebar ke kawasan lebih luas dan takungan air menjadi tempat pembiakan nyamuk.

#Semburit: Haziq digugurkan kerana report. Azmin???

DUNIA makin pelik. Malaysia makin huru-hara angkara sikap pemimpin negara yang seolah-olah menghalalkan adegan ranjang antara Azmin, Menteri Ekonomi dan Haziq, Ketua AMK.

Oleh kerana Haziq yang melondehkan sikap buruk pemimpin negara, maka Haziq mendapat balasan yang amat tidak adil. Walhal si pelaku yang lagi satu bebas terlepas begitu sahaja hanya kerana beliau adalah pemimpin sebuah parti kerajaan.

Bagi menyembunyikan perbuatan songsang beliau, beliau mulalah ke hulu hilir mencari sokongan samada daripada pemimpin politik mahupun agamawan (mufti) untuk menampakkan yang beliau tidak bersalah atau menunjukkan beliau menjadi mangsa politik.

Tapi sedia maklum kita tahu kisah-kisah sejarah hitamnya dengan Anwar Ibrahim iaitu Bapa Peliwat Negara.

Jadi, kita tunggu episod seterusnya....

Monday, July 1, 2019

ZAHID KEMBALI!! ADAKAH UMNO BAKAL BERGEGAR??

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau kembali menggalas jawatan Presiden UMNO dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk, pada Ahad.

“Saya tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dan dihina.

“Mulai hari ini, saya secara rasminya akan menyambung tugas saya sebagai Presiden UMNO,” katanya.

Tuesday, June 25, 2019

Kontraktor desak Tun M, SPRM siasat syarikat Environment Idaman Sdn Bhd


Wakil kontraktor-kontraktor kutipan sampah di negeri Kedah dan Perlis menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud unsur salah guna kuasa dan rasuah dalam penganugerahan tender-tender kutipan sambah di negeri itu.

Wakil kontraktor berkata memorandum berkenaan merangkumi fakta-fakta pendedahan tentang salah guna kuasa melibatkan pihak pengurusan syarikat Environment Idaman yang memberi kontrak-kontrak kutipan sampah kepada syarikat-syarikat yang dipercayai adalah kroni, proksi, dan ahli keluarga terdekat. 

Beliau memberi contoh di mana syarikat Enviroment Idaman dikatakan memberi projek secara terus kepada beberapa buah syarikat yang baharu dan terbukti tidak mempunyai kelengkapan lori serta pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah.

 “Kami minta SPRM menyiasat secara terperinci isu ini kerana syarikat Environment Idaman terbukti tidak mengikut proses aturan tender yang betul dan menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan kontraktor-kontraktor yang tidak memenuhi kriteria tender,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, ada syarikat yang hanya ditubuhkan beberapa bulan turut mendapat projek-projek kutipan sampah dan berharap Perdana Menteri dapat membela nasib kontraktor-kontraktor yang memenuhi syarat tetapi diketepikan oleh syarikat Environment Idaman.














Sunday, May 12, 2019

PRK SANDAKAN: DAP MENANG KERANA PERKAUMAN

Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan dengan majoriti 11, 521 selepas memperoleh 16,012 undi bagi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin (4,491 undi).

Pertandingan lima penjuru itu turut menyaksikan tiga calon Bebas iaitu bekas pengasas Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah, Hamzah Abdullah mendapat 788 undi; bekas pegawai tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Abdul Samat (126 undi) dan ahli perniagaan, Chia Siew Yung (178 undi), sekali gus hilang wang pertaruhan.

Pengumuman rasmi keputusan PRK berkenaan dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain di pusat penjumlahan undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, Sandakan, di sini, pada jam 9 malam tadi.

KOMEN:

1. Calon Pakatan Harapan menggunakan sentimen perkauman Cina di Sandakan dengan berceramah di atas pentas dengan kehadiran 80% pengundi Cina yang mana 60% pengundi di Sandakan adalah kaum Cina.

2. Calon Pakatan Harapan tidak menggunakan Lambang atau Logo atau Bendera 'Pakatan Harapan' kerana sudah tidak percaya dengan kekuatan Pakatan Harapan di Sabah. Oleh itu, strategi yang digunapakai adalah menggunakan Logo atau Bendera parti DAP.

3. Walaupun kerusi yang disandang adalah milik Bapa Mertuanya, boleh dilihat, peratus majoriti dan keluar mengundi adalah tersangat rendah. Yang mana boleh dikatakan sebagai salah satu protes senyap terhadap Pakatan Harapan khususnya DAP.

* Boleh lupakan Sandakan. Tahniah kepada yang menang. Team Pembangkang Malaysia harus cuba tunjukkan kepada kerajaan sepenggal ini bahawa mereka sudah ditolak secara total. Pembangkang harus buktikan yang mereka masih lagi relevan dalam politik Malaysia di Sarawak pula.