Konco-konco ku

Friday, July 5, 2019

POLITIK DAN KIFARAH - RAK



Lebih setahun PH mentadbir negara, pelbagai kemelut politik berlaku.  Bagi UMNO dan BN, kekalahan pada PRU-14 meletakkan parti itu dalam keadaan terus berusaha untuk bangkit semula. 

Namun itu wajar sekali, kerana sebagai sebuah parti politik, UMNO perlu berusaha untuk mencari jalan keluar.  Dalam usaha mencari jalan keluar, sudah tentu ada gelora politik dalaman yang akan berlaku.

Namun menarik, parti-parti yang menjadi kerajaan hari ini tidak kurang juga masih bergelut dengan kemelut dalaman dan sesama komponen. Tanpa perlu bertanyakan soal janji yang tidak tertunai, 100 hari yang mengecewakan, soal kepimpinan yang melibatkan polemik politik sesama mereka, ibarat menutup bangkai gajah.

Soal penggantian atau peralihan kuasa Perdana Menteri, sehingga kini masih menjadi duri dalam daging kepada PH. Sementara dahulu diyakinkan bahawa PM Ke-7 hanya bersifat sementara dan PM Ke-8 sudah mendapat tiket untuk menjadi pengganti apabila memenangi  PRK Port Dickson, cerita dan perkembangan semasa memberikan isyarat yang cukup berbeza dengan perancangan mereka.  

Mula dikatakan dua tahun kemudian menjadi tiga tahun, kemudian perlu diberi masa kepada PM Ke-7 menyelesaikan masalah negara hinggalah kepada pengakuan bakal PM Ke-8 yang beliau tidak terburu-buru dan memberi ruang kepada PM Ke-7 melaksanakan kerjanya.

Namun dalam pada itu, muncul pula teori kononnya PM Ke-7 sedang mempersiapkan seorang lagi sebagai pengganti iaitu Azmin Ali.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai kemelut ini.  Tetapi apabila menyebut nama Azmin Ali, tidak dapat tidak isu terbaru video yang melibatkan Haziq memerlukan kita melihat apakah ini sekadar sepak terajang politik.

Tetapi saya suka melihat isu ini lebih daripada soal politik sebaliknya KIFARAH serta pembuktian janji Allah kepada PM Ke-7, Dr Mahathir.

Saya masih ingat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah dalam satu perhimpunan menyatakan beliau berdoa agar umur Dr Mahathir dipanjangkan agar dia dapat melihat segala kerosakan yang dilakukan.

Menjadi PM Ke-7, saya kira doa Ustaz Fadzil dimakbulkan apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang cuba membetulkan segala kerosakan yang pernah dia buat dahulu.

Tapi sekali lagi saya tidak berminat nak bercakap mengenai penyelewengan, kroni, mengkayakan anak pinak yang dilakukan oleh Dr Mahathir sepanjang menjadi PM Ke-4.

Saya lebih berminat untuk melihat konteks doa Ustaz Fadzil itu dalam kes video yang membabitkan Haziq dan dikatakan pasangannya Azmin.

Tahun 1998, isu yang sama iaitu SEMBURIT sebagai mana istilah diguna pakai oleh DBP berlaku di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.  

Cuma ketika itu tiada video tetapi pelakonnya orang yang amat rapat dengan Azmin iaitu Anwar Ibrahim, bakal PM Ke-8.

Semasa kes Anwar, tiada bukti video.  Dr Mahathir dalam satu sidang media ketika memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telah menemui mangsa, saksi dan yakin Anwar meliwat. 

Malah dalam sidang media yang disiarkan secara langsung itu Mahathir menyebut secara terperinci hingga katanya Anwar menyuruh saksi yang Mahathir temui melakukan “masturbating”.

Belum pun Anwar didakwa di mahkamah, Mahathir telah menjatuhkan hukuman Anwar bersalah dan berdosa meliwat dan dengan itu tidak layak menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Kini, Azmin yang menurut percaturan politik akan menjadi pengganti Perdana Menteri terlibat dengan skandal video isu SEMBURIT. Ia berlaku di zaman Dr Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Apa bezanya pendirian Mahathir dengan kes SEMBURIT Anwar yang dicaturkan menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan kes Azmin yang juga dicaturkan menjadi pengganti Perdana Menteri.

Bezanya jika 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman Anwar berdosa dan bersalah walaupun belum dibuktikan di mahkamah, kini setelah ada video yang menjadi bukti Mahathir kata takkanlah Azmin nak melakukan SEMBURIT, malah menolak dakwaan penglibatan Azmin.
Sebab itu saya gunakan tajuk antara politik dan KIFARAH. 

Politik ialah apabila kemaraan Anwar  sudah seperti tidak dapat dibendung pada 1998, Mahathir dengan hanya cakap cakap menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar.

Kini demi politik juga iaitu percaturan meletakkan Azmin sebagai pengganti Perdana Menteri telah menyebabkan Dr Mahathir walaupun ada bukti video mempertahankan Azmin walaupun isunya sama iaitu SEMBURIT.

Namun jauh lebih besar ialah KIFARAH Allah kepada Mahathir iaitu dahulu dengan fitnah dan cakap-cakap Mahathir menjatuhkan hukuman bersalah kini dengan bukti yang ada Mahathir membela orang yang dituduh.  

Mungkihkan ini petanda makbulnya doa Almarhum Ustaz Fadzil yang memohon supaya Allah memanjangkan umur Mahathir untuk dia melihat kerosakan yang dia buat.  

Dahulu kerosakannya menyumbat orang ke penjara kerana sekadar cakap cakap kini membela perbuatan yang dilaknat.

Sumber: Rafi Awang Kechik

1 comment:

  1. Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

    Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

    Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
    ,
    Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

    Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

    ReplyDelete

comment please.....