Konco-konco ku

Sunday, July 7, 2019

KEDAH, PERLIS BERDEPAN KRISIS SAMPAH TERBURUK



Kelemahan pengurusan dan penyelewengan tender oleh Environment Idaman Sdn. Bhd mengakibatkan negeri Kedah dan Perlis berkemungkinan berdepan dengan krisis sampah tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyelewengan tender sampah di negeri Kedah dan Perlis.

Hasil tinjauan di kedua-dua buah negeri pada hari ini mendapati kebanyakkan kawasan memang berlaku masalah kutipan sampah sejak minggu lalu. Longgokan sampah yang tidak dikutip mula mengeluarkan bau busuk serta menjejaskan aktiviti orang-ramai.

Ada di sesetengah kawasan, air busuk sampah mula memasuki perkarangan rumah mereka dan keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Mereka juga melahirkan kebimbangan akan penularan penyakit jika masalah tidak diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kawasan-kawasan yang terjejas ini disebabkan kontraktor-kontraktor yang dilantik tiada pengalaman dan tidak mempunyai kelengkapan untuk membuat kutipan sampah dan pembersihan awam.

Lebih buruk, kontraktor ini dikatakan menerima tender secara tidak sah dan bersekongkol pula dengan pihak tertentu di dalam Environment Idaman bagi mendapatkan tender melalui pintu belakang.

No comments:

Post a Comment

comment please.....