Konco-konco ku

Friday, February 2, 2018

AMANAH TAK AMANAH, AZMIN MACAM BADUT

PERGESERAN parti komponen dalam Pakatan nampaknya semakin kritikal apabila rakan sekutu dalam pakatan di Selangor mula naik angin dengan sikap Azmin Ali selaku Pengerusi PH Selangor yang berbohong tentang rundingan pembahagian kerusi antara parti.

Selepas Azmin yang menempelak PAN yang dikatakan bercakap BOHONG kerana dikatakan tiada rundingan yang dibuat antara parti PH dalam Selangor berkenaan pengagihan kerusi dalam PRU14 akan datang, walhal menurut Azmin mereka sudah EMPAT KALI bermesyuarat dalam menentukan kerusi untuk parti masing-masing.

Hari ini, Pengerusi PAN Selangor pula mengejek Azmin seperti BADUT yang bercakap tanpa fakta dan menipu dalam segala hal. Malah Pengerusi PAN Selangor menganggap Azmin tidak layak menjadi ketua PH Selangor dan Menteri Besar Selangor kerana tiada permuafakatan antara parti PH di Selangor.

Malah, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga mengakui bahawa Azmin tidak pernah berunding berkenaan pembahagian kerusi DUN atau PARLIMEN di Selangor. Keputusan yang dibuat oleh pimpinan PH pusat adalah keputusan Azmin Ali sendiri tanpa merujuk kepada parti komponen lain.

Panas semakin panas. Nampaknya Azmin Ali semakin tidak disukai oleh lawan malah kawan dalam parti sendiri.

Mungkin ini adalah penggal terakhir Azmin menjadi wakil rakyat dan mungkin tahun ini adalah tahun terakhir Azmin bergelumang dalam politik selepas segala skandal dan pembohongan beliau didedahkan sendiri oleh rakan-rakan dalam PH.


4 comments:

  1. Hajat dihati nak rampas putrajaya... nak agih kerusipun kelam kelibut.. mampuss

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak pergi putrajaya dah jahanam dulu parti..

    ReplyDelete
  3. KALAU PERUT TAK ELOK NESCAYA KENTUT MESTI BUSUK

    ReplyDelete
  4. http://headbomb.blogspot.my/2018/02/azmin-rompak-cara-halal-guna-glc-bukti.html


    MEMANG NAK MAMPOS MB ASSMIN PRU KALI INI...... KRONI... DIPEDULI RAKYATSELANGOR DI KETEPI.......

    TAHNIAH RAKYAT SELANGOR PLURALISMA MURTAD

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...