Konco-konco ku

Saturday, October 21, 2017

INISIATIF DIBERIKAN KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH MEMBAZIR - TUN M

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan segala manfaat dan inisiatif yang di­salurkan kepada rakyat serta penjawat awam sebagai pembaziran terhadap kewangan negara.

Antara inisiatif yang diperlekehkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun sara hidup kepada nelayan serta elaun bulanan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara.


Malah, Dr. Mahathir turut mempertikaikan bantuan ribuan ringgit yang diagihkan kepada jemaah haji selain berpendapat golongan yang telah bersara tidak layak menerima wang pencen.

“BR1M misalnya telah membebankan wang kerajaan sebanyak RM7 bilion atau lebih pada setiap tahun, termasuk bantuan RM300 kepada para nelayan.

“Pemberian RM800 kepada pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah haji serta bayaran pencen kepada golongan bersara yang tidak layak menerimanya dan lain-lain,” katanya dalam blognya di http://chedet.cc/?p=2640 di sini semalam.

Selain itu, Dr. Mahathir yang kini bersekongkol dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut mempertikaikan langkah kerajaan menyemak beberapa kali emolumen penjawat awam.

“Emolumen telah disemak beberapa kali, kadang kala sehingga 25 peratus. Dalam masa yang sama, tambahan kakitangan awam meningkat kepada 1.6 juta berbanding 1 juta orang pada tahun 1980-an.

“Ini akan menyebabkan bayaran gaji meningkat dua kali ganda atau lebih,” katanya.

Dalam nada yang sama, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa tidak setuju terhadap kerajaan kerana melaksanakan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai tahun lalu.

Katanya, semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian kerajaan itu mungkin berasa gembira namun sebenarnya peningkatan pendapatan tersebut tidak begitu menguntungkan mereka.

“Peningkatan kadar gaji minimum kepada semua pekerja dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan dan swasta. Daripada RM700 kepada RM1,200 - hampir dua kali ganda.

“Apabila gaji minimum me­ningkat, mereka yang menerima lebih daripada kadar tersebut juga akan meningkat. Semua itu bagi mengekalkan keseimbangan antara pelbagai tahap dan pangkat para pekerja,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

comment please.....