Konco-konco ku

Monday, March 9, 2015

PENCEN 62 TAHUN: CUEPACS JANGAN TERLALU FIKIR TEMBOLOK SENDIRI!!

[Gambar hiasan]
GESAAN Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar melanjutkan usia persaraan kepada 62 tahun sangat-sangat tak relevan. Hanya dengan alasan negara sedang menuju negara maju, maka Cuepacs yang hanya memikirkan perut sendiri hanya mementingkan diri sendiri.

Sejak dari dulu alasan menuju negara maju dihujahkan untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam. Dari umur bersara wajib 55, 56, 56, 60 kini nak dilanjutkan pula ke 62. Apa ke hal nya??

Ya! Mungkin mereka banyak pengalaman, mungkin mereka banyak kemahiran tapi SAMPAI BILA??

Banyak lagi perkara yang Cuepacs boleh salurkan cadangan kepada PM dan JPA. Umpamanya pekerja dalam perkhidmatan awam yang masih bertaraf kontrak. Kenapa tak dibawa ke atas?

Tidak kasihan ke dengan rakan-rakan sepenjawat yang bertaraf kontrak selama berpuluh-puluh tahun?

Atau Cuepacs hanya mementingkan rakan-rakan yang berjawatan besar untuk menampung mereka-mereka ini ke jawatan lebih tinggi seperti Gred JUSA???

Ada juga Pakcik kerja Gomen nasihat kepada anak-anak muda lepasan universiti. "Kamu budak universiti pandai-pandai, bijak-bijak pergilah berniaga sendiri."

Jawapan aku senang, APAKATA PAKCIK GOMEN BERHENTI PERGI BERNIAGA PULAK!

Ini hakikat, cakap memang senang. Aku pulak cadangkan kepada Pakcik Makcik Gomen supaya berhenti kerja dan beri peluang kepada graduan-graduan yang lama menunggu peluang untuk serve the country ambil alih.

Pakcik Makcik Gomen berhentilah, pergi berniaga... Kerja puluh tahun takkan tak cukup lagi kumpul harta nak start the bussiness.

Tak pun duduk rumah, jaga cucu yang semakin membesar. Nikmatilah hidup sebelum masuk ke alam lain.

Cakap memang senang. Cuba buat dulu.

8 comments:

  1. Selalunya yg berjawatan tinggi mmg susah nak melepaskan jawatan mereka sebab ada kuasa, gaji tggi dan hak keistemewaan sebagai pegawai.

    ReplyDelete
  2. Cuba pergi buat pemeriksaan mengejut ke pejabat-pejabat kerajaan, kebanyakan pakcik makcik 50 tahun ke atas mana boleh beri 100% tumpuan pada kerja lagi. Ramai yg 'berehat', baca surat khabar, berbual. Buat kerja pun kadang-kadang menjadi liabiliti saja. Lebih manis bersara dan mendalami ilmu agama, berjalan-jalan, buat apa yang diminati seperti melukis, menulis, kraf yg selama ini tidak boleh dibuat.

    ReplyDelete
  3. Ha jaga cucu pun boleh dapat income tak payah anak bayar pengasuh.62 dah tua sangat banyak yang lupa dari ingat arahan boss.

    ReplyDelete
  4. Dorg ni x banyak sumbangan pon,cuma nakkan gaji yg besar serta keistimewaan je..bagi la yang muda2 pulak menerajui pentadbiran, yang tua2 ni jadi beban je pada jabatan..yang gred jusa sume tu,mengabihkan boras je..

    ReplyDelete
  5. Saya cadangkan presiden Cuepac carilah idea lain untuk mempromosi dirinya. Umur 60 keatas dah tak sesuai untuk bekerja. Saperti saya umur 61 tapi ada jantung, kencing manis, darah tinggi, memang tak boleh tumpu pada kerja. Pukul 10 pagi dan mengantuk, lepas makan tengahhari mengantuk lagi, sesuai ke buat kerja wahai presiden. Sepatutnya umur bersara ini 56 paling baik. Bagilah peluang anak anak kita yang nak bekerja. Takkan anak kita gred 41 nak tunggu 20 tahun baru nak dapat gred 44? Timbang rasalah sikit.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya Cuepac malu pd masyarakat Malaysia dgn menyarankan umur pencen dilanjutkan ke62 tahun, dah terang lagi bersuluh Cuepac bukan lah satu pertubuhan yang bolih diharapkan untuk meninggikan intergriti kpd perkhidmatan Awam, sepatutnya Cuepac menubuhkan pasukan bagi setiap Negeri bagi memantau kakitangan yang keluar minum pagi & merayau-rayau dipusat membeli belah pd masa waktu kerja, ada yang lebih parah, balik rumah tidur dkt2 office nak tutup baru pergi semula untuk punch card, diAlor Setar ne berlambak2 terutama kakitangan MBAS, JKR, Pejabat Tanah & Daerah, diperumahan sy pun ada, Pegawai pergi lewat balik awai, ketayap sentiasa dikepala, buat kerja menipu.

    ReplyDelete

comment please.....