Konco-konco ku

Friday, May 23, 2014

UiTM HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA!! #UiTMdiHatiku

Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan  institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa  setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik
masing-masing.

“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.

“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.

Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.

Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”

Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.

“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.

Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.

“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM

2 comments:

  1. Apa ke jadah pergi d bantu anak cina dan keling tu...kau ingat ada ke istilah mengenang budi kt kaum rasis tuu...lebih baik masa, tenaga dan duit tu d tumpukn 100% kpd ank melayu dan bumiputra...taat setianya mmg d sini shj berbanding kaum haprak tuu

    ReplyDelete
  2. Melayu bantah tapi Cina India dapat juga tempat, Melayu bodoh sebenarnya, terlalu banyak bertolak ansur hinggakan bangsa tergadai.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...