Konco-konco ku

Wednesday, December 7, 2011

RAMALAN TERUS MERAMAL - wak DO b

PRU13??? Agak berat juga kalau kalian yang jika seperti Yong yang hanyalah blogger biasa yang tidak mempunyai bisa bila berkata tentang pilihanraya. Ramai pihak sebelah kanan yang meramalkan undi 2/3 akan kembali kepada mereka kerana terdorong atas beberapa faktor yang begitu kuat mendokong khususnya berkenaan kepincangan pentadbiran pihak sebelah kiri yang dilihat bersikap rasis dan tamak dalam membolot harta rakyat. Manakala bagi pihak sebelah kiri pula terus mengatakan yang mereka akan terus mempertahankan negeri-negeri yang mereka tadbir dan akan merampas satu lagi negeri sasaran iaitu negeri Johor Darul Takzim. Tetapi itu semua hanyalah ramalan, mungkin terjadi mungkin tidak.

UMNO perlu terus mengikut landasan yang betul dan bersesuaian dari semasa ke semasa tanpa melencongkan terus matlamat asal untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama dibawah payung Raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia. Bersihkan dahulu segala daki-daki lama yang telah sekian lama menebal dek kerana kekaburan pemimpin atasan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana seorang melempar najis maka satu kawasan terkena busuknya.

Lihat dari perspektif anak muda yang semakin lama semakin mual dengan gaya berpolitik pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin jauh terpesong dek kerana ingin cepat berkuasa dan merampas putrajaya. Hari ini cakap 'ya' esok kata 'tidak'. Permainan politik keanak-anakkan. Di Selangor khususnya masih banyak lagi janji yang tidak tertunai. Setakat pemberian rm100 kepada warga emas yang menyokong PR, gaji minimum rm1500 bagi penjawat awam Selangor yang diwajibkan mengambil O.T, dan bermacam-macam lagi janji-janji manis yang pernah diungkapkan dahulu itu semua hanyalah retorik. PKNS yang sepatutnya untuk orang Melayu berniaga telah dinaikkan cas penyewaan kedai kerana duit Selangor sudah habis dibolot oleh Pakatan Rakyat. Ramalan akan berlaku lagi Tsunami politik di Selangor dengan terjatuhnya semua YB-YB Pakatan Rakyat.

SAYANGI SELANGOR
YAKINI BN

No comments:

Post a Comment

comment please.....