Konco-konco ku

Saturday, December 10, 2011

"ADA AKU KISAH?" : HASSAN ALI

Pada posting yang lepas JawaBernam ada mengupas berkenaan isu 'Hassan Ali akan bergabung dengan UMNO', maka berderulah artikel-artikel lain yang agak similar keluar. Selepas satu per satu dugaan yang Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor lalui maka semakin jelaslah yang Pakatan Rakyat khususnya PAS menidakkan kelibat Hassan Ali di dalam kancah politik parti Islam itu. Walau diasak dengan berbagai tuduhan liar yang tidak masuk akal dan cuba menegakkan kebenaran Islam yang secara jelas mendokong matlamat sebagai salah seorang pejuang Islam unggul namun dek kerana segelintir individu yang begitu iri hati dan takut dengan setiap pendedahan yang beliau lakukan nyata kelibat Hassan Ali semakin kabur.

Serangan dari dalam dan luar parti sendiri khususnya Khalid 'Gereja' dan DAP yang begitu lantang menegakkan benang yang basah sedikit sebanyak menggugat peluang Dr. Hassan Ali ini untuk terus menjadi wira pada PRU13 kelak. Tidak dinafikan ada cakap-cakap sekeliling yang mengatakan undian untuk bertanding pada PRU depan dilihat amat tipis buat Hassan Ali kerana cawangan-cawangan tidak lagi menaikkan namanya selaku orang harapan seperti sebelum ini. Namun harus diingat yang beliau adalah individu yang begitu kuat menegakkan kebenaran jika hendak dibandingkan dengan parti-parti lain.

Isu penjualan arak di 7 Eleven Seksyen 7, isu pengkaderan murtad kristian anjuran DUMC, isu pengharaman kitab Injil dalam Bahasa Melayu serta yang terbaru penglibatan beliau dalam program HIMPUN dan beberapa isu lain yang dianggap begitu membimbangkan sekutu kuatnya dalam meraih undi bukan Melayu-Islam untuk menyokong Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar Ibrahim malah Nik Aziz juga pernah memberi amaran kepada Hassan Ali supaya menjadi seorang Muslim yang sederhana. Perlukah dihalang perbuatan beliau yang sudah terang lagi nyata berjaya membuka mata Muslim di Malaysia bahawa masih ada seorang pejuang kebenaran dalam memantapkan Islam di Malaysia.

Agak bersimpati dengan nasib bekas ADUN Sungai Burung ini. Kerana kebenaran beliau dihina dan dicerca oleh rakan seperjuangan sendiri yang kononnya menegakkan Islam. Ingatlah yang PAS bukanlah berjuang untuk menegakkan Islam namun perjuangan mereka adalah kerana mahu membunuh saudara seagama mereka, UMNO. Inilah cita-cita dan matlamat parti Islam ini sejak dari terkeluarnya mereka dari Perikatan.

2 comments:

  1. Aku cukup respek dgn Dr. Hasan Ali, walau kekadang becoknya boleh tahan membingitkan teliga, tetapi buah fikirannya boleh tahan dan bernas...cuma pltform yang diguna saja tak betul...walau sebagus mana pun kalau bercakap diatas pentas politik PAS maka segalanya akan dipolitikkan...dan hanya sebahagian orang saja yang boleh menerima beliau, jadi aku doakan beliau sedar akan betapa Islam itu lebih penting dari kerusi ADUN Pas yang semakin lemas dengan pelukan DAP...sebuduk busuk UMNO dia tidak pernah menganiaya agama dan bangsanya sendiri...bagi aku mudah, walaupun kadang2 kecewa dgn peribadi dalam UMNO, tetapi UMNO tak salah yang salah adalah orang itu...begitu juga PAS...Orang agama yang telah menjual agama demi survival politik sempit PAS..ini yang rosak..ditambah pula oleh pengaruh Anugay...Lagi rosak Islam yang diperjuangkan....besi tak boleh pakai konon...kalu begitu Nabi Sulaiman pun tak boleh percayalah pada itu Hud-hud.....

    ReplyDelete
  2. Apa nak buat. Pembangkang semua pengikut 'PM kontol gedi'

    ReplyDelete

comment please.....