Konco-konco ku

Wednesday, April 25, 2012

3B - BILA BUDI BICARA MEMBINCANGKAN ISU PTPTN!


PANAS!! VIDEO INIKAH YANG DI CARI ANWAR?

ISU SAMPAH DI SEKINCHAN! ADUN SEKINCHAN ADALAH SAMPAH SEBENAR!


SUNGAI BESAR - Bahagian Kawalan Pentadbiran dan Kawal Selia, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengambil tindakan drastik menjalankan gotong-royong bagi memulihara kebersihan dan keindahan tepi pantai yang menjadi lokasi tapak pembuangan sampah haram, di Sungai Leman, di sini.

Penolong Pegawai Penerangan Majlis Daerah Sabak Bernam, Noraini Ahmad berkata, pemantauan secara berkala akan terus dilakukan oleh Penyelia Kawasan yang dilantik bersama penguat kuasa bagi memastikan lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti tidak berulang.

“Sebagai langkah awal, kita akan menjalankan gotong-royong secepat mungkin untuk memulihara kawasan itu semula. Pada masa sama, pemantauan masih diteruskan, memandangkan sehingga ini kita belum dapat mengenal pasti pihak yang terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram ini.

“Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada papan tanda amaran diletakkan di situ kerana dikhuatiri akan lebih menggalakkan aktiviti pembuangan sampah di situ. Namun, perkara ini, akan dibawa dalam mesyuarat bersama Yang Dipertua MDSB untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pembakaran sampah yang berlaku sebelum ini di lokasi pembuangan haram mendatangkan masalah kesihatan kepada masyarakat setempat seperti yang dilaporkan Sinar Harian edisi 18 Februari mendapat perhatian dan pemantauan Jabatan Alam Sekitar.

Apabila pencemaran itu berjaya dihentikan dan pemantauan giat dijalankan namun, masih ada segelintir pihak tetap berdegil membuang sampah pada waktu di luar kawalan.

Masalah berterusan itu, turut dibawa ke pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, untuk mencari penyelesaian dan beliau mencadangkan tapak itu dipulihkan segera.

Pada masa sama, Suee Lim, berharap wujud kerjasama erat antara masyarakat tempatan dan agensi terlibat bagi memantau permasalahan ini seterusnya memulihkan semula kawasan menerusi penyaluran maklumat seperti nombor kenderaan pihak yang membuang sampah haram.

“Diharapkan dengan tindakan yang diambil MDSB ini akan dapat menyelesaikan permasalahan tapak pembuangan sampah haram ini, seterusnya mengembalikan kehidupan yang sejahtera kepada masyarakat di situ,” katanya.

PANAS!! SIAPA SELEPAS HASAN ALI??


Anwar cukup berang bila diberitahu bahawa Ustaz Nasha terlibat secara aktif dengan agenda anti-LGBT. Anwar tahu, Ustaz Nasha juga antara yang bergerak di belakang tabir agenda JATI, Dr Hasan Ali – tapi bila Ustaz Nasha sibuk dengan agenda anti LGBT; Anwar naik berang dan cukup marah. Anwar tidak mahu langsung PAS terlibat dengan agenda anti LGBT dan kehadiran Ustaz Nasha, jelas Anwar, menjejaskan Pakatan Rakyat.

Azmin sudah Anwar arahkan untuk memastikan nama Ustaz Nasha tenggelam terus daripada disenaraikan dalam PRU akan datang. Namun, Azmin telah memberitahu Anwar bahawa ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku:-
Ustaz Nasha bertanding atas tiket BN;
PAS juga belum tentu bersetuju untuk membuang Nasha daripada list begitu sahaja. Mursyidul Am perlu membuat signal yang jelas kepada Presiden dan Majlis Syura bahawa Ustaz Nasha sudah khianat daripada parti.
Soalnya sekarang, mengapa Anwar terlalu takut dengan anti-LGBT ini? Ada kalangan rakan-rakan dalam PR yang memaklumkan, bahawa Anwar tidak mahu ‘imej’ LGBT ini dikaitkan dengan dirinya dan mana-mana pimpinan PR yang lain. Mana ada pimpinan lain yang terlibat dengan LGBT. Anwar seorang! Nampaknya, Anwar semakin pening dan gelabah.

Anwar mahu Azmin yakinkan PAS bahawa Ustaz Nasha bukan faktor penting. Anwar berjanji untuk turun berkempen di mana sahaja nama Ustaz Nasha diangkat sebagai calon BN. Ramai yang kata, kemungkinan di dalam Wilayah Persekutuan. Itupun jika PAS ambil keputusan untuk menurut sahaja cadangan Anwar.

Anti-LGBT ini Anwar sifatkan sebagai kumpulan kacau daun dan lebih berpengaruh daripada TIBAI. Kepada Anwar, TIBAI adalah kelompok manusia tamak yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau kita jadi Kerajaan, Anwar kata, TIBAI inilah antara orang pertama yang akan sembah kaki aku. Anwar cukup yakin sekali.


Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato’ Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.

Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat…

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat,” kata Nasharudin.

Kenyataan Ustaz Nasha ini memang buat Anwar naik angin.

Anwar sendiri hairan dengan BN yang masih lagi percaya dan menggunakan ‘turncoats’ sebagai penggerak kempen yang bodoh-bodoh begini.

Yang nyata, Anwar lebih takut kepada anti-LGBT berbanding TIBAI.

Apakah PAS akan menurut sahaja cadangan dan arahan Anwar? Kita sama-sama tunggu.

AMANAT HAJI HADI KEMBALI PANAS!!!


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Rosol Wahid mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengembalikan semula perpaduan umat Islam di negara ini dengan menarik balik amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981.

Wakil rakyat Barisan Nasional bagi kawasan Ajil itu berkata, Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, perlu turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu qariah dan memperbetulkan keadaan kerana semua itu dikatakan berpunca daripada amanat beliau di Banggol Peradong, di sini.

Umno sudah banyak kali membuat gesaan sedemikian.

“Bersetuju atau tidak, saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula dari Pas, kita minta wakil Rhu Rendang pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu.

“Kalau setuju kita minta keputusan Dewan,” katanya ketika Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Cadangan itu kemudiannya disokong Muhammad Ramli kerana menganggap perpecahan sudah sekian lama berlarutan berikutan sikap penyokong pembangkang enggan berimamkan dan gunakan khidmat jurunikah dilantik oleh kerajaan.

Keengganan itu didorong oleh fatwa dikeluarkan pemimpin mereka yang mengatakan berimamkan orang Umno tidak sah.

“Kita setuju sangat, sudah lama kita minta dia (Abdul Hadi) pergi demi perpaduan Islam, molek, saya setuju,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri menyatakan kesediaan untuk menerima penarikan amanat tersebut kerana masalah dua solat Jumaat dalam satu kariah itu memang berlaku akibat fatwa Abdul Hadi 30 tahun lalu.

Bagaimanapun kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit), sehingga kini tiada perbincangan dilakukan kerajaan dengan Abdul Hadi mengenai perkara itu.

“Amat baik sekali lah jika wakil Rhu Rendang cuba membetulkan semula perkara ini kerana mengikut laporan yang diterima daripada Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) mengenai dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar yang ditemui mengatakan mereka terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin (Abdul Hadi) mereka pada masa lalu,” katanya.

Khazan berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) yang ingin tahu sama ada benar Kerajaan Negeri ada berjumpa Abdul Hadi bagi menarik balik amanat dikeluarkannya sebelum ini.

Terdahulu, Khazan memaklumkan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah dua solat Jumaat dalam satu qariah termasuk memberi penerangan mengenai hukum tindakan itu.

Beliau berkata, ada sesetengah masjid juga sudah diberikan kelulusan untuk dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat walaupun dalam satu kampung apabila kampung itu besar, penduduk ramai dan jarak antara masjid bersesuaian.

Katanya, kerajaan melalui Maidam turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam Satu Mukim dan panelnya terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian terperinci mengenai punca dan cadangan menyelesaikan masalah itu.

“Bagaimanapun jawatankuasa ini baru diwujudkan, sebahagian hasil perbincangan dan kajian belum sesuai untuk dibentangkan dalam sidang dewan kali ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditemui di luar dewan berkata beliau tidak perlu menjawab isu itu kerana muzakarah mengenainya pernah dicadangkan pada tahun 1984 namun ditolak oleh Umno peringkat pusat.

“Pas sudah sedia hadir muzakarah, Ngo Islam juga bersedia menjadi orang tengah tetapi Umno tidak hadir. Tahun 1984, kita sanggup hadir tapi dibatalkan,” katanya. - SinarHaram

WOW! SUKI DENGAN MONICA PUN JOIN HIMPUNAN BELIA 2012?? BIAR BETUL!!!

Segmen Fast & Furious yang menampilkan perlumbaan kereta drag pada Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya dijangka menerima penyertaan dua kali ganda berbanding tahun lepas. Program yang paling menarik perhatian belia dalam segmen itu ialah ‘Kementerian Belia dan Sukan (KBS) National Drag Racing Championship 2012’ yang bakal berlangsung di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, Putrajaya.

Untuk makluman, pada tahun lepas, hampir 100 peserta menyertai lima kategori kejohanan tersebut. Pada tahun ini penganjur menjangka lebih 200 peserta akan memohon untuk turut serta. Namun, penyertaan adalah terhad dan belia yang ingin menyertainya perlu segera mendaftar semasa program itu nanti. Hadiah keseluruhan yang disediakan turut meningkat kepada RM26,000 berbanding RM10,000 pada tahun lepas.

Tuesday, April 24, 2012

DI ROGOL BERULANG KALI HINGGA PUAS!! NAFSU CELAKA!!!


Setelah menggugurkan anak tujuh kali akibat dirogol bapa tirinya selama 14 tahun, seorang guru lepas universiti bertindak melarikan diri, mendapatkan perlindungan di pusat kebajikan dan mengadu kepada polis.

Wanita berusia 28 tahun yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, episod malang itu bermula di sebuah kampung di Kedah sejak ibunya berkahwin dengan bapa tirinya lebih 15 tahun lalu.

Ketika usianya tujuh tahun, bapa tirinya yang ketika itu berusia kira-kira 40 tahun, kerap mencabul kehormatannya.

Dia mendakwa, bapa tirinya itu samseng kampung dan sering mengugut akan membunuhnya jika tidak mengikut kemahuannya atau cuba mengadu.

“Dia mula merogol saya ketika berusia 11 tahun dan perbuatan itu berterusan sehingga saya berumur 25 tahun.

“Dalam tempoh itu, saya pernah hamil tujuh kali sehingga usia kandungan mencecah dua hingga tiga bulan,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Nora, yang berasal dari Sik, Kedah berkata, bapa tirinya itu sangat licik dan akan membawa dia ke klinik untuk menggugurkan kandungannya.

Menurutnya, kehidupan dan pergaulannya sentiasa dikongkong bapa tirinya sejak zaman persekolahan sehingga dia memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kira-kira lapan tahun lalu.

“Dia tidak membenarkan saya berkawan dan akan menjemput saya setiap kali pulang dari sekolah atau universiti. Dalam tempoh itu, dia akan membawa saya ke rumahnya yang lain atau mana-mana tempat, termasuk hutan, untuk memuaskan nafsunya,” katanya.

Menurutnya, dia cuba mempertahankan diri setiap kali perkara itu berlaku, tetapi akan dipukul teruk.

Pernah kakinya lebam dan berdarah kerana dihentak ke dinding.

Menurutnya, dia sangat tertekan dan trauma kerana tidak berani meminta tolong atau melaporkan hal itu kepada polis.

Menurutnya, pada 23 November 2008, dia tekad melarikan diri dari Sungai Petani selepas dirogol bapa tirinya.

“Saya tidak tahan dengan perbuatannya itu dan cuba mendapatkan bantuan sebuah pusat kebajikan di Pulau Pinang, sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Kini, saya tinggal di tempat yang selamat, tetapi masih berhati-hati kerana saya yakin dia tidak akan melepaskan saya. Saya berharap polis dapat menahannya segera untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh akan membawa perkara itu ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
-sinarharian-

PANAS!! CALON KETUA AMK, BARD-BEE TERUS JADI JUARA FITNAH!!

Calon kecewa yang tidak dapat mengalahkan Sam Ketot agak lantang mulut longkangnya sejak dua menjak ni. Kata-kata makian, cacian, fitnah terus melekat dibibir Bard-Bee ni. Terdengar soksek kawan-kawan bercerita semalam yang berlangsungnya ceramah pra-bersih di Kuala Langat tentang kepetahan Bard-Bee ni mengikut skrip yang disediakan sejak awal untuk menabur fitnah kepada penduduk Kuala Langat.

Dikhabarkan Bard-Bee bercakap berdasarkan kertas yang dibawa sekali semasa datang. Ini bermakna niat fitnah memang sudah ada sebelum ceramah berlangsung walaupun kesemua penceramah seperti Dr.Rani, Ketua DPPH (Keling Pariya), Dr.Yunus dan beberapa pemimpin pakatan tempatan bercakap secara spontan. Ini rupanya permainan yang cuba dibawa oleh Bard-Bee ni.

Berdasarkan skrip yang dibawa, Bard-Bee terus-terusan memfitnah Najib dan Zahid Hamidi berkenaan kes yang sudah pun selesai dan telah terbukti mereka langsung tidak terlibat. Namun dek kerana kononnya mahkamah di Malaysia ini tidak berlaku adil jika mereka kalah, maka puak Bard-Bee terus memainkan isu yang sudah lapuk. Tapi mereka buat-buat lupa yang mahkamah telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Ape cerita?


Turut mempromosikan Kotor Gila Babi tahun depan, Bard-Bee berkata, "Kalau tak ada 300-500 ribu yang pergi ikut perhimpunan Kuning Taik nanti, YB pakatan mesti diwajibkan bungkus barang ofis masing-masing kerana ini bermakna pakatan kita telah ditolak rakyat!" 

Sedar diri rupanya orang-orang gila ni. JB dengar pun tergelak. Kita tengok jela nanti. Yang penting pakatan sudah tidak mendapat sambutan kerana hadirin semalam sekitar 150orang sahaja. Dan semasa Mat Sapu hendak mula bercakap, hujan turun mencurah sehingga hilang semua yang berkumpul tengah padang. Kesian. Ini bukan hujan rahmat. Kalau mat sapu start cakap dah hujan, tu namanya hujan bala. Allah Bersama UMNO!

ZOMBIE DATARAN SUDAH DIBAKAR HIDUP-HIDUP!!


KUALA LUMPUR 24 April - Beberapa Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini telah mula membuat sekatan dengan memagar kawasan tapak perkhemahan di Dataran Merdeka melibatkan beberapa Siswa yang terlibat pada Himpunan Anti PTPTN baru-baru ini. 

Sekatan tersebut dibuat susulan tindakan siswa-siswa terlibat yang tidak sama sekali akan berganjak dari kawasan tersebut sehingga Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama.  

Sebelum ini seorang Siswa telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret setelah berlaku pertempuran DBKL dan beberapa Siswa tersebut ketika arahan untuk mengosongkan tersebut tidak diendahkan. - KLPos.

Undang-undang sangat jelas dan mesti dipatuhi. Di antaranya :

By-Law 4. Offences. 

No person shall, unless approved by the Commissioner in writing, in the Dataran Merdeka ... 

(o) erect any tent, booth, shed or other structure; 

(r) lie down or sleep in any part of Dataran Merdeka; or 

(s) allow any animal which is under his control to enter or remain in any part of Dataran Merdeka.

ADAM ADLI N MAHASEWEL GAGAL DALAM DEMO!! ANWAR AL-JUBURI MALU BESAR!!!


Mungkin ramai tidak sedar bahawa yang melalak-lalak ingin mansuh PTPTN sebenarnya hanyalah 0.0001% dari kesemua 2.5 juta pelajar IPT, termasuk Universiti, Universiti Kolej, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain IPT awam dan swasta yang ada di Malaysia ini.   

Itupun dalam 250 orang yang berdemo di Dataran Merdeka itu bukan semuanya pelajar.  Antaranya terdapat mak nya atau nyonya tua, apek tua, mak-cik dan pak cik berumur lebih 40 tahun, remaja yang rosak akhlak, yang berperangai tidak senonoh dan sebagainya.  

Jika benar semua mereka ini adalah peminjam PTPTN maka tentulah mereka antara pelajar-pelajar benak, pemalas yang sememangnya menjadi balaci atau pencacai sepenuh masa Pakatan Rakyat.   Ramai juga di antara mereka kelihatan seperti manusia sesat tetapi tidak pula kelihatan seperti sedang mencari-cari arah hidup.  Sebaliknya selesa dengan kesesatan dan cara gelandangan sebegitu. 

Justeru, apa yang boleh diperkatakan mengenai isu demo mansuh PTPTN ini?  Yang sebenarnya,  demo PTPTN ini bukanlah isu langsung! 

Kita juga tahu bahawa DAP dan PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan Anwar untuk memansuhkan PTPTN.   Semua orang bertanya dari mana hendak dikaut RM43 billion untuk menampung kos pendidikan percuma dan Anwar tidak mampu memberi jawapan yang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak tahu jawapannya.  

Akhbar-akhbar Cina juga menyiarkan banyak tulisan dan juga pendapat yang mengkritik idea pemansuhan PTPTN ini.   Hari ini juga tersiar satu tulisan di Nanyang Siang Pau yang meluahkan rasa malu dengan tindakan Pakatan Rakyat mempromosi sifat meminjam tetapi enggan membayar. 

Menurut penulis tersebut, budaya Cina sering menekankan sifat membayar balik pinjaman, dan bagi penulis, inilah faktor utama kejayaan bangsa mereka.  

Sepatutnya, orang-orang Melayu merasa jauh lebih malu lagi kerana membayar balik pinjaman bukanlah sekadar tuntutan adat atau budaya tetapi tuntutan agama.   Dan kerana enggan membayar hutang juga membuatkan ramai orang Melayu tidak berjaya.  

Selama ini, PR yang paling hebat melaungkan Melayu baru, yang moden berdaya saing dan mampu berjaya tanpa menggunakan tongkat.  Oleh itu, kita tidak faham, bagaimana pula di masa yang sama PR ingin menambahkan tongkat dan memanjakan lagi rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dengan menambahkan subsidi itu dan ini, menjanjikan bulan dan bintang dan segala-galanya.  

Semuanya ingin disuapkan oleh PR kepada rakyat supaya kita merasa gembira dan tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup.  Dan kini PR juga yang ingin memulakan era segalanya percuma di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah sama rata tidak kira sama ada pelajar tersebut cemerlang atau tidak dalam pelajaran peringkat menengahnya.  

Sedangkan memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi juga merupakan satu ketidakadilan selain membantutkan motivasi pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.  

Lagipun, bukankah ini bertentangan dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, kuat dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah walau di mana saja kita berada?

Tindakan PR ini hanya akan mengakibatkan kelahiran lebih ramai graduan tidak cukup masak seperti Anwar Ibrahim ataupun Adam Adli.  

Kini, demonstrasi PTPTN sudah jelas tidak berjaya, sebabnya ialah dalang pemikir dan penggeraknya adalah terdiri dari graduan tidak cukup masak belaka.  Ramai di kalangan rakyat menggeleng-gelengkan kepala melihat peserta demonstrasi yang tidak senonoh dan biadab dengan pihak berkuasa.   Akhirnya, hasil yang diperolehi PR melalui demo PTPTN hanyalah imej parti yang semakin buruk dan bukti kebodohan pemimpin-pemimpinnya.  

Apapun, melihat angka sokongan terhadap pemansuhan PTPTN membuatkan kita mengeluh lega.   Ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar di IPT seluruh negara masih lagi waras dan benar-benar layak bergelar mahasiswa.  Hanya 0.0001% sahaja yang merupakan ‘maha tak berguna’ yang kewujudan mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara, dan jauh sekali kepada dunia.  

RIBUAN RAKYAT MALAYSIA AKAN 'TIBAI' ANWAR AL-JUBURI!!




Perlancaran NGO TIBAI di Kelab Sultan Ibrahim Kampung Baru beberapa malam lepas ternyata mendapat sambutan hangat diluar dugaan dan lebih meriah dari sangkaan awal.

Kira-kira 3,000 orang hadirin tidak melepaskan peluang menyertai majlis tersebut yang perlancaran rasminya disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA.

TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang pendiriannya tegas menolak Anwar Ibrahim, digerakkan oleh ramai bekas pemimpin PKR yang rata-ratanya berpengalaman luas semasa PKR (dulu KeAdilan) ditubuhkan selain pernah mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Sasaran awal hanyalah sekitar 1,000 orang sahaja, berikutan kehadiran luar jangkaan menyebabkan dewan yang hanya mampu menampung 1,500 orang saja pada satu-satu masa penuh sesak.

Sebahagian besar yang lain yang tidak berpeluang masuk ke dalam dewan terpaksa bersesak-sesak di luar dewan. Satu pemandangan yang cukup jelas menggambarkan semangat mereka semua.

Di tempat yang sama seminggu lalu, NGO Bersih 3.0 melancarkan majlis pra perlancaran kempen Bersih 3.0 namun sambutan jauh tersasar dari yang dikehendaki apabila hanya menarik kehadiran sekitar 700 orang sahaja berbanding sasaran asal 10,000 pengunjung.

Sekalipun ramai pimpinan besar pembangkang seperti Nurul Izzah, Tian Chua, Elizabeth Wong, dan lain-lain tapi tetap gagal menarik perhatian orang awam untuk menyertainya. 

Demikian halnya dengan suasana suram majlis Pra Bersih 3.0 di tempat lain misalnya di Dataran Shah Alam yang hanya mengamit sekitar 200 hadirin dan Perlancaran Bersih 3.0 oleh Nizar Jamaluddin di Dun Trong, Perak yang dihadiri lebihkurang 100 orang sahaja.

Kesemuanya seakan memberi gambaran awal demonstrasi Bersih 3.0 Sabtu nanti bakal berdepan dengan masalah sambutan hangat-hangat tahi ayam. 

Satu perkara lagi yang cukup menarik dengan TIBAI ialah penggunaan gelaran pemimpin utamanya sebagai Mursidul Am TIBAI yang sekarang ini disandang oleh cucu Tun Ghafar Baba, Zahip Mat Arip mirip seperti gelaran Mursyidul Am Pas.

Selain itu, satu lagi kebetulan yang menyamai struktur PAS ialah 28 orang ahli Majlis Syura TIBAI menyerupai keahlian 28 orang ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat.

Melihat kepada kebetulan yang serupa itu, mungkin secara tersiratnya TIBAI juga bermaksud menyindir kepimpinan PAS yang dilihat terlampau menurut segala kata Anwar Ibrahim hingga tergadai segala prinsip asas yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini.

Apapun, walaupun usia masih muda belia, TIBAI telah membuktikan dirinya memiliki faktor wow yang pastinya mempunyai impaknya yang tersendiri terhadap prestasi pembangkang yang dijangkakan akan jatuh merudum dalam pilihanraya kelak.

PAKAR SELANGOR TUNJUK BN MAMPU MEMBELA RAKYAT SELANGOR!!


SALAM 1MALAYSIA

Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.

Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat. Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.

Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.

Selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing. 

Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.

Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.

Sekian, Sayangi Selangor ; Yakini BN.

DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012

SHAMSIDAR MAKAN AISKRIM ANWAR?? BIAR BETUL NI NALLA!!!

PANAS!!! Panas satu badan Anwar apabila Nalla dan Kelab TIBAI yang baru diwujudkan berjanji akan terus membogelkan Anwar Al-Juburi jika dia teruskan cita-citanya ingin menjadi Perdana Menteri Sementara Malaysia.

Tapi tak kan sampai Anwar Al-Juburi dengan Shamsidar makan aiskrim dalam bilik pun nak bukak cerita? Malu lagi lah Anwar Al-Juburi macam ni. Dah lah kes 'Suka Sama Suka' dia tak selesai lagi, kes 'ChinaDoll' lagi, ini kan pula makan aiskrim bersama Shamsidar. Siapa makan aiskrim siapa tak tau la.

Sama-sama kita nantikan. Tapi ada syaratnya. Anwar Al-Juburi kena saman fitnah Nalla n the gang TIBAI dulu baru kita semua dapat tahu cerita sebenar. Drama pakatan semakin menarik untuk ditonton. Selamat mengetahui kebenaran...

KATY PERRY BERAKSI LUCAH BERSAMA PEMINAT!!


Katy mencium seorang lelaki separuh bogel awal minggu ini di Indonesia ketika membuat jelajah konsert di asia. Dan malam tadi Katy Perry mencium lelaki lain apabila membuat jelajah seterusnya di Manila, Filipina.

Berpakaian gaun lantai-panjang dan bulu BoA, penyanyi yang baru bercerai berusia 27 tahun ini kembali membuat 'nakal' dengan seorang peminat yang tidak berbaju. Katy, juga meraih puting lelaki tersebut.

Sambil tersenyum, peminat itu gembira dan tidak dapat mempercayai nasibnya, kerana dia berdiri di atas pentas dengan penyanyi Fireworks.


Walaupun perbuatan spontan itu muncul untuk menjadi sebahagian daripada pertunjukan pentasnya, Katy jelas menikmati kelakuannya itu.




PANAS!! BUKTI INI BUKAN ANWAR BERSAMA PEREMPUAN LAIN DALAM KERETA!!!

Confirm puak-puak pakatan akan menafikan lagi gambar di atas. Mesti punya cakap yang ini bukan muka Anwar Al-Juburi sebab mata tak sama, dahi tak sama. Tapi yang meyakinkan, confirm sebelah Anwar Al-Juburi tu bukan Wan Azizah.

Sebab nampak body wanita kat sebelah Anwar Al-Juburi itu lebih mantap dan menggelebeh. Mungkin Shamsidar atau mungkin ChinaDoll simpanannya?

Apa pun JB tak nak buat tanggapan yang salah. Kita beri pada yang pakar. Wujudkan Suruhanjaya DiRaja siasat gambar di atas. Mungkin photoshop je ni. ANWAR AL-JUBURI ALWAYS KANTOI ALL THE TIMES.....

ZIZAN RAZAK DERHAKA PADA SULTAN!!



Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak buat kesekian kalinya membuktikan sifat takbur Ulama-ulama PAS apabila meletakkan fatwa yang di keluarkan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak, sebagai tidak boleh dicabar atau dirayu atau disemak dinafikan atau dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Alasan beliau iaitu fatwa Ulama adalah jauh mengatasi sistem mahkamah seolah-olah meletakkan kedudukan Ulama menjangkaui taraf manusia biasa iaitu tidak mungkin berbuat silap, malah mungkin juga berhak mengampunkan dosa manusia lain seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz.  

Pendirian seperti ini, jelas menyalahi ajaran Islam dan menyerupai Kristian yang meletakkan padri sebagai wakil Tuhan.  Sedangkan menurut Islam, Ulama juga manusia biasa iaitu ada kelemahan masing-masing malah Islam juga memperingatkan kita tentang wujudnya Ulama jahat hatta sejahat-jahat manusia ialah Ulama yang jahat.  Jika tidak, tidak mungkin kita diperingatkan tentang Ulama-ulama jahat yang sering menyesatkan ummah.  

Fatwa bukan statik dan ia boleh berubah atau dipinda mengikut kesesuaian masa.  Ia juga bukan satu hukum tetapi merupakan pandangan tentang hukum agama.   Ulama pula bukan maksum dan bukannya menerima wahyu terus dari Allah SWT.   

Oleh yang demikian, apakah jaminannya yang pandangan para Ulama tersebut tepat?  Dan apa pula jaminan yang Ulama yang terlibat dalam membuat fatwa itu adalah Ulama yang sebenar-benarnya sedangkan ijazah agamanya hanya diiktiraf oleh manusia, bukan Allah SWT.  

Sesiapa juga, hatta orang kafir juga jika mengikuti pembelajaran agama Islam di universiti dan belajar bersungguh-sungguh tidak mustahil akan lulus dengan cemerlang juga.  Maka apakah mereka juga boleh dikira sebagai lebih tinggi darjat di sisi Allah SWT dan diangkat sebagai Ulama? 

Akibat dari ‘ketakburan’ kerajaan PAS ini, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim telah membuat kenyataan yang membayangkan pihak istana juga merasa tersinggung kerana tindakan ini dikhuatiri mencabar kuasa DYMM Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri.  

Jika Ulama-ulama PAS sudah meletakkan diri mereka sebagai lebih tinggi darjat dan taraf dari manusia biasa, maka Tunku atau DYMM Sultan juga tentunya berada di kedudukan lebih rendah dari mereka serta tidak berhak mempersoal atau mencabar pandangan mereka.  

Dari segi rekod, bukan sesuatu yang asing apabila fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa bercanggah atau berbeza dan kemudiannya diubah setelah mendengar pandangan umum.  Ini adalah perkara biasa kerana yang terlibat di dalam Majlis Fatwa ialah manusia biasa.  

Kerajaan negeri Kedah seharusnya kembali berpijak di bumi nyata dan merendah diri.  Bukankah Ulama itu seharusnya bersifat zuhud dan sedia mendengar pandangan semua.  Kedegilan dan ketakburan yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Kedah hanya menjauhkan lagi orang kafir dari Islam.   Cukup-cukuplah PAS mencemarkan imej dan nama agama Islam, janganlah ditambah lagi penghinaan terhadap orang Islam dengan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan Islam.   Entah kenapa PAS sering menonjolkan sikap yang salah di tempat yang salah.  Contohnya, apabila perlu bertegas dalam isu murtad, mereka berlembut tetapi apabila perlu bersikap terbuka seperti dalam isu fatwa ini, mereka berdegil dan berkeras pula.  

Kita pasti, pemimpin PAS Kedah bukannya akan mengambil masa untuk merenungkan kebenaran dalam artikel ini, tetapi sebaliknya tidak akan membuang masa langsung untuk mencaci dan menuduh penulis sebagai jahil, sesat dan sebagainya.  Begitulah sifat orang yang takbur akibat terlalu sibuk mengejar dunia. 

Monday, April 23, 2012

ANAK KELANTAN MULA PINGGIRKAN NIK AZIZ!




Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.

Majli anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.

Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.

Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.

Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin, kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.

Semasa penulis bersama beberapa rakan melilau sana sini merakamkan gambar suasana, beberapa kali terdengar rungutan kekecewaan tetamu berikutan sambutan majlis yang suram. Suara-suara kekecewaan itu hanya terhenti seketika sewaktu Datuk Nik Aziz membuat ucapan perasmian.

Di dua sudut berhampiran kaunter urusetia kelihatan beratus-ratus beg cenderahati masih tidak terusik manakala mengikut maklumat seorang rakan yang juga urusetia majlis, masih terdapat banyak lagi beg cenderahati yang gagal diedarkan dan tersimpan di dalam kenderan mereka.

Beg cenderahati tersebut yang pada mulanya hanya diberikan kepada hadirin yang mendaftarkan diri sahaja; antaranya mengandungi buku 100 sebab kenapa mesti tolak UMNO, buletin kerajaan negeri, flyer Purnama, pamplet isu royalti minyak serta cenderati lain seperti pen dan key chain berlogo Pas, akhirnya diagih-agihkan kepada semua selepas majlis cabutan bertuah selesai pada kira-kira jam 2.10 petang.

Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.

Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.

Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.

Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas? Sama-sama kita nantikan. - bErUaNg

PERSOALAN KENAPA UNIT AMAL PAS MENINGGALKAN DATARAN TERJAWAB!!

Tertanya-tanya jugak mana pergi hilangnya Unit Amal PAS yang ditugaskan untuk mengawal dan memerhatikan segala ancaman yang bakal melanda mahasiswa di dataran tempoh hari khususnya semasa DBKL menyerbu dan merampas khemah para pendemo sengal.

Tak kan mereka takut dengan DBKL yang hanya bersenjatakan tangan kosong? Atau ada satu benda yang tak kena dan tidak masuk dengan sifat seorang pendokong PAS?

Akhirnya JB sudah mendapat jawapannya dari blog MyMassa yang telah mendedahkan serba sedikit kemana Unit Amal PAS menghilang diri?

Rupanya Unit Amal PAS ni tak tahan dengan sikap sosial mahasiswa yang telampau sosial hingga boleh menimbulkan fitnah yang mereka terbabit. Berkhalwat di dalam khemah. Berdua-duaan ditempat sunyi dan macam-macam kemungkaran yang mereka saksikan didepan mata namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Akibat tidak tertahan dengan perangai syaitan mereka, jadi mereka semua bertindak angkat kaki meninggalkan dataran dan pulang ke rumah. Baru mereka tahu syaitan mana yang mereka jaga.




PANAS!! PAKATAN BAGAN DATOH SUDAH PANAS BONTOT!!



“Semua kenduri kendara tak kira lah kenduri orang umno ke pas ke pkr ke, Semua kita pergi. Kita tak pilih-pilih nak datang kenduri kendara ini”  ini yang ditegaskan oleh YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datok kepada YDP Pas Kawasan Bagan Datok Saudara Misbah Munir selepas bertembung di salah satu kenduri di Sungai Batang, Bagan Datok.  Wahai Misbah Munir, kalau dipilih-pilih kenduri yang nak datang tu apa ke namanya.  Lain kali tanya soalan biar lah yang berilmiah.  Misbah Munir  ni (kononnya bakal nak bertanding di Parlimen, besar tu cita-citanya) tetapi diberitakan Cikgu Phakurazi juga sedang melobi untuk bertanding di atas tiket PKR untuk Parlimen Bagan Datok.  


Dun Hutan Melintang bakal dirampas kembali Barisan Nasional !
Bukti kesungguhan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang di kawasan mungkin memberi tamparan yang hebat kepada YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) mungkin kerana beliau sedar yang beliau tidak dapat berbuat apa-apa di kawasan Hutan Melintang sehingga terdesak untuk turun sama di dalam program yang dijalankan Barisan Nasional.  Gambar di atas menunjukkan YB Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datok bersarapan di Gerai MPTI Simpang 4, Hutan Melintang bersama-sama YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang), YB Dato’ R. Ganesan (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) dan R. Supramaniam (Pengerusi MIC Bahagian Bagan Datok)


Sejurus selepas sarapan pagi bersama, YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) turut sama 
Menyertai Prog YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SMK Hutan Melintang (Pelancaran Program Khidmat Perdana Alumni PLKN) dimana di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok di adakan program gotong-royong bersama JKKK Kampung yang terpilih.  Menerusi maklumat yang kami terima, pada mulanya YB Kesavan meninjau di tapak program selapas bersarapan pagi dengan YB Menteri tadi dan dilihat membuat u-turn di hadapan kawasan SMK Hutan Melintang dan menyertai program selepas melihat kehadiran yang ramai di program tersebut. Kot iye pon YB pakai la kasut nak senam erobik..ini pakai selipar! Takda disiplin langsung. Tapi tak mengapa lah….

KELAB TIBAI BAKAL SUNGKURKAN ANWAR PRU-13!! LAWAN TETAP LAWAN!!


Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR,  dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman  di Facebook dan Twitter," katanya.

Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan  turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada  Umno dan Barisan Nasional (BN).

Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.

Bagaimanapun,  Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.

Tibai akan  memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR,  Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman. - Sinar Hairan