Konco-konco ku

Wednesday, June 6, 2012

PKR BUAT HAL LAGI!! KHALID KULUM GULA-GULA DALAM JAMBAN!!!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.
   
Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
   
PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah

Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

   
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.
   
Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.
   
"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.
   
Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.
   
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
   
"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.
   
Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu. - GR

PANAS PAGI!!! RAFIZI MENGLEMBUKAN PELAJAR UiTM SEMALAM!!!


Tindakan Rafizi Lembu menghasut anak muda di Shah Alam petang tadi gagal! Program yang dianjurkan oleh Kami Mahasiswa Independent (KAMI)dan Solidariti Anak Muda Mahasiswa (SAMM) hanya dihadiri 41 orang sahaja.? Itu pun termasuk wartawan dan geng-geng Khalid Ismath.

Usaha jahat Rafizi Lembu untuk menanam kebencian dan fahaman sesatnya kepada mahasiswa UiTM Shah Alam tidak mendapat berkat Allah swt.

Ternyata pembohongan Rafizi Lembu tentang pendidikan percuma hanya buang masa dan tambah dosa sahaja! Rafizi Lembu yang kononnya dijadikan ikon oleh mahasewel pakatan haram hanya syok sendiri dengan cerita-cerita karutnya.

Penulis yang berkesempatan hadir pada program hambar itu menyaksikan bagaimana satu persatu orang meninggalkan program itu ketika Rafizi Lembu tengah syok temberang.

Tahniah anak muda Shah Alam! Anda membuat pilihan yang tepat.

mimr

ANWAR TAK SAYANG MELAYU - RAIS YATIM #ReturnSgor



SHAH ALAM – Orang Melayu digesa untuk bersatu dan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang dalam memastikan kepentingan mereka dibela kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa "tidak sayang Melayu,sistem beraja atau budaya Melayu".

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa BN tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang Melayu.

“Jangan ikut Anwar punya ‘sifir’ kerana dia tak sayang orang Melayu. Anwar tak pernah sebut pasal keistimewaan orang Melayu, raja-raja kita atau budaya.

“Pilih BN pemimpin-pemimpin yang sayangkan bangsa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mendakwa orang Melayu di negeri ini perlu sedar Selangor akan dikuasai kuasa asing yang ‘penghulunya’ bukan sahaja Pulau Pinang tetapi dari luar.

“Mungkin negara lain yang akan mengajar bagaimana Selangor harus ditadbir.

“Orang Melayu mesti faham siapa mereka. Malangnya, sebahagian orang Melayu tak kenal diri mereka. Mereka lebih suka Pulau Pinang diberi kepada Lim Guan Eng. Jatuhnya Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sebab orang Melayu tak kenal diri mereka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Rais menggesa pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya menghindarkan diri daripada memfitnah sebaliknya mengkritik dan mengemukakan pandangan berasaskan fakta.

Katanya, media sosial baru itu perlu digunakan sebaik mungkin.

“Kebanyakannya sekarang berpolitik menggunakan rejaman hujah tanpa menentukan sesuatu haluan menyebabkan pihak sana tersinggung dan keluarga pun tersinggung,

“Facebook dan Twitter mesti digunakan sebaik mungkin dengan menhindarkan diri daripada memfitnah sesama sendiri dan orang lain. Kritik dan kemukakan pandangan berasaskan fakta,” katanya.- SinarHarian

BEZA DUA PEMIMPIN BN DAN PR!! WAJIB BACA!!!


1.TRANFORMASI NAJIB ''BERMATLAMAT MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI.

REFORMASI ANWAR ''UNTUK MENJADIKAN DIRINYA PERDANA MENTERI.

2.TRANFORMASI NAJIB ''MEMPERKENALKAN IDEA2 BARU BAGI MEMBOLEHKAN NEGARA MELAKUKAN LONJAKAN BERGANDA.

REFORMASI ANWAR ''MASIH DENGAN IDEA LAMA,KONSPIRASI,REFORMASI,REVOLUSI AKHIRNYA BALING KERUSI''

3.TRANFORMASI NAJIB''BERJAYA MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR''.

REFORMASI ANWAR BERJAYA MELAHIRKAN MANUSIA TEGAR YG TIDAK MEMPEDULIKAN PERATURAN DAN UNDANG2

4,TRANFFORMASI NAJIB''MENINGKATKAN KADAR KEMASUKAN PRA SEKOLAH DII KALANGAN KANAK2 BERUSIA 4 7AHUN HINGGA 5 TAHUN.

REFORMASI ANWAR''MENGHERET KANAK2 BERUMUR 4-5 TAHUN KE MEDAN TUNJUK PERASAAN''

Tuesday, June 5, 2012

PANAS!! TARIAN BOGEL DI PENTAS PKR!! PENCACAI TETAP SALAHKAN UMNO!!!

Dah kecoh pulak pasal tarian bogel kat pentas PKR ni. Ada seorang pencacai cuba nak jelaskan yang semua ini halal dan ini semua adalah angkara UMNO yang telah merasuah orang luar untuk membuat onar. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang merasmikan majlis tersebut dikhabarkan duduk dimeja hadapan sekali dan ternganga sebab terkejut.

Maka macam-macam versi lah yang keluar. "INI SABOTAJ DARI UMNO!" "PKR=UMNO SAMA SAJA" "PAS TOLONG KELUAR PAKATAN" "PKR NAJIS DALAM PAKATAN" dan macam-macam lagi la kritikan dan hinaan yang kebanyakannya menghala ke UMNO walaupun tiada seorang pun wakil UMNO dalam majlis tersebut.

Masih tetap nak salahkan UMNO ke pasal ni? Fikirkan.


PANAS!! SUARAM DIBAYAR UNTUK MENIPU!!!


Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene.  Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis.  Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh!

Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun.  Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan?  Kenapa mesti ada kenyataan akhbar?  Kenapa perlukan publisiti?  Kenapa sekarang?

Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM.  Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas.  

SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan.  Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA.  Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan.  Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya.  

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah.  

Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam.  Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya.  Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene.  

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah.  Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK).  Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang.  

Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta.  Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur.  Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK.

PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta.  Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu.  Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali.  Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah. 

Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan.  Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris.  

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM.

SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut.  Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan.  Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan. 

Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata.  

Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya.  Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara?  Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat?  Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia?

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang.  Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?.  Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah?  Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti.  Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama?  Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya?

Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia.  Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini?  

Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan. 

EH! NI BUKAN K-POP DI KELANTAN KAN???!! PENGISIAN ROHANI CARA PAKATAN!!!

WOW! Patut lah hanya PAS yang melalak je. Rupanya PKR dah buat dulu sebelum HBN2012 yang lepas tu. Tapi kenapa time ni PAS tak melalak kat PKR? Ini lagi teruk ni..tak payah selak pun dah boleh nampak seluar dalam. Apa pulak PAS nak bagi fatwa kat PKR ni. Mungkin akan dihalalkan selagi PKR bersama MENDAULAHKAN parti PAS sendiri.

Rasanya penari ni memang tak ada import mana-mana. Dari Korea bukan, dari Jepun pun bukan. Ini mesti rakyat Malaysia yang telah dididik untuk menari separuh bogel macam ni. Kalau dah parti penuh noda-noda hitam memang semua nya halal bagi mereka, tetapi haram mughallazah bagi BN/UMNO sebab takut orang muda akan terus bersama kerajaan.

Nanti ada la pulak yang cakap, PKR parti berbilang bangsa, maka kita tiada hak untuk orang bukan Islam dilarang menari sedemikian rupany. PAS juga parti berbilang bangsa, jadi kami sebagai parti yang paling kecil akan menurut sahaja apa kehendak PKR dan DAP. Apa yang PAS boleh lakukan hanyalah keluarkan fatwa dan umum halal menari separuh bogel khusus untuk Pakatan Haram...





KARPAL AKAN TERUS BERSUARA SELAGI TIDAK MATI!!!


ENAM PULUH tahun lalu - ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baru Persekutuan Tanah Melayu - siapa pernah terfikir sebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnya akan diperintah oleh pendatang dari luar dunia Melayu. 

Semasa Raffles menjejak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawanya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya (pintarnya) politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.

Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat di samping pertubuhan-pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun bertapak di pulau ini. 

Waktu itu orang Melayu pribumi pulau ini di pandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini - mencari hidup baru. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P.Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu - bukan Kuala Lumpur. 

Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak jadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura jadi kelompok-kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah. 

Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.

Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa Sultan dengan institusi istananya dan satu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya dalam masa 60 tahun saja. Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang. 

Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah-tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara bukan Melayu yang gagah dan makmur.

Kita gelabah dan memukul bayang-bayang

Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka: “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri," tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang ‘mustahil’ dapat dicapai. 

Karpal dikatakan ‘mimpi di siang hari’ dan ‘buta sejarah’. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong. 

Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya - memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya. 

Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Karpal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam-politik terkenal ini, gembira melihat Pas yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang Pas! Pancing politiknya dimakan. Umpannya Melayu!

Beberapa tahun lalu Karpal berikrar, jika Pas hendak menegakkan pemerintahan Islam, langkah mayatnya dulu. Provokasi politik ini menimbulkan reaksi panas dan orang Melayu di luar UMNO menyerang Pas habis-habisan, kerana masih tetap bersekongkol dengan DAP. Maka Pas pun jadi gelabah dan membatalkan perjuangan menegakkan negara Islam. 

Kali ini sekali lagi Karpal menguji pendirian politik Pas dan keutuhan politik Melayu. Yang nyata Pas gelabah lagi. Kedua-dua pemimpin besarnya mengagau-ngagau mencari-cari jawapannya.

Kata Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, “Itu pandangan peribadi Karpal. Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti." Ini jawapan orang politik. Tidak mahu terperangkap. Mengapa tidak berani kata, “Pas tetap mahu Perdana Menteri Melayu"? 

Apabila pemimpin Melayu tidak berani bertegas dan takut menerima risiko politik, bukanlah mustahil suatu masa nanti PM kita bukan orang Melayu. Ketakutan itulah salah satu sebab Singapura terlepas daripada tangan kita. 

Reaksi awal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, tak mahu buat ulasan. Hanya kata, “Karpal Singh orang tua." Maknanya, cakap orang tua tak boleh pakai kerana sudah nyanyok. Pada detik itu mungkin Nik Aziz terlupa, beliau pun sudah terlalu tua! 

Lepas itu, beliau buat komen lanjut, " Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam. Mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang. Jadi, bangsa apa pun tak peduli." Bagi Nik Aziz, syaratnya Islam. Syarat Melayu tak perlu.

Presiden Biro Ekonomi Majlis Perundingan Melayu, Tan Sri Dr. Kamal Salih kata, “Selagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan Raja-Raja Melayu di takhta, selagi itulah hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara, termasuk kedudukan Perdana Menteri di kalangan orang Melayu."

Persoalannya, bagaimana kalau perkara-perkara yang disebut oleh Dr. Kamal itu tidak ada lagi? Bagaimana kalau Perlembagaan dipinda, kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja itu diubah atau berubah? (Saya teringat kedudukan Sultan dan Raja-Raja Melayu semasa zaman pemerintahan British dan semasa mereka menandatangani perjanjian Malayan Union.) 

Perubahan ini tidak mustahil. Dalam sistem demokrasi, kuasanya di tangan pengundi dan parti yang mendapat kuasa memerintah.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu. Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar kata, “Sebagai pemimpin dia (Karpal Singh) harus sedar negara ini kepunyaan nenek moyang Melayu sejak 4,000 tahun lalu dengan pemerintah terdiri daripada Raja-Raja Melayu dan penduduk majoriti ialah 67 peratus orang Melayu."

Persoalannya, apakah cukup kita menghadapi persaingan politik sekarang hanya dengan mengatakan “negara ini kepunyaan nenek moyang dan ada Raja-Raja Melayu sejak 4,000 tahun lalu"?

Saya rasa, sejarah dan masa lalu, bagaimana hebat pun, tiada kuasa untuk masa ini dan masa depan kita dan anak cucu kita. Jumlah 67 peratus Melayu mungkin berubah (contohnya di Pulau Pinang, dalam masa dua tahun, 18,000 sudah membawa diri). Juga yang menentukan bukanlah sangat jumlah penduduk, tetapi yang lebih penting, berapa jumlah kawasan pilihan raya yang Melayu sudah jadi minoriti atau sudah terpecah dua?

Pada masa ini memanglah cita-cita Karpal itu tak mungkin akan tercapai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pun yakin, “PM daripada kaum Cina sesuatu yang tidak mungkin dicapai pada masa sekarang." Tegasnya, “Ahli DAP tidak boleh menjadi PM jika mereka mendapat kuasa sekarang."

Tetapi kita bercakap tentang masa depan - 10 atau 15 tahun lagi? Mengira-ngira keputusan dua atau tiga kali pilihan raya lagi - cita-cita yang disuarakan Karpal itu bukanlah sesuatu yang mustahil. 

Lebih-lebih lagi yang prihatin sekarang hampir semuanya generasi tua, berumur 60 tahun ke atas. Suara generasi muda - peringkat anak-anak dan cucu-cucu saya - hilang entah ke mana.

Jika generasi muda ini tidak ambil peduli dan hati mereka tidak tersentuh apabila Karpal kata dia mahu PM bukan Melayu, adalah petanda kuasa Raja dan bangsa Melayu akan hilang - mengulang sejarah Singapura. Suara Karpal Singh itu bukan suara peribadi. Kalau dia sudah tidak ada lagi pun, ingatlah! Suara itu tidak akan mati.

DATUK NOOR AZAM ialah bekas Ketua

Editor Buku Umum, 

Majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka, 

kolumnis dan bekas Pengerusi TV3-

Artikel dipetik dari Utusan Malaysia

UMNO MURTAD!! "JIKA MELAWAN UMNO MAKA DIKIRA MATI SYAHID"- NIK AJISSS

Begitulah ungkapan yang pernah dilafazkan oleh Nik Aziz yang juga rakan sejawat Zahid Mat Arip yang berkongsi jawatan yang sama Musyidul Am. Kenapa sampai nak keluar fatwa sesat macam tu tok jis??

Sedih bila kita imbas balik bagaimana begitu bencinya PAS pada UMNO yang sama-sama memperjuangkan Islam dan Melayu. Namun PAS yang telalu cepat lupa siapa parti itu jika tiada UMNO terus-menerus menghentam dan menghina UMNO. Sehingga terkeluar berbagai fakta yang terpernah difikir dek akal yang waras.

Hari ini pula Nik Aziz menuduh UMNO telah terkeluar dari akidah asal. Yang jika kita tengok kamus ia juga bermaksud telah murtad!! MURTAD!! UMNO TELAH MURTAD!!

Sampai begitu sekali Nik Aziz menuduh dan memfitnah UMNO dengan berbekalkan ilmu agama sebagai guru agama KEMAS. Kenapa sampai jadi begitu tok jis???

PANAS!! ADA PIHAK TAJA #HBN2012 UNTUK PENGHARGAAN KEPADA BELIA!!!


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah itu, sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.

“Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS, semalam.

Pada majlis itu, sejumlah RM5 juta telah diberikan oleh syarikat-syarikat swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei depan.

“Kita mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 itu. Kita tidak akan melupakan setiap penaja pada setiap karnival yang diadakan setiap tahun dan akan meraikan mereka pada sebagai tanda menghormati serta menghargai sumbangan mereka,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, persiapan Hari Belia Negara 2012 kini telah berapa pada tahap 80 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya hari ini.

“Alhamdulillah, kalau kita lihat, khemah-khemah dan kanopi telah siap dipasang. Kita juga akan pastikan pengunjung dapat berkunjung ke sini dalam keadaan selesa,” katanya.

Selain menerima penyerahan tajaan, Shabery turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Stadium First Sdn Bhd dan Majlis Belia Malaysia sempena penyertaan penganjur pada sambutan tersebut. -SinarHairan

SIAPA YUSUF QARDAWI YANG ANWAR BEGITU AGUNG-AGUNGKAN???


Mai kita dengar apa ustaz muda ini cerita... Apa itu nas, apa itu ijtihad...


AZMIN TERUS DILINDUNGI ANWAR SEBAGAI GANTI SHAMSIDAR!!!


SEJAK Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia, hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995, penulis lihat sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya.  Itupun kalau boleh dipanggil ‘keluar dari mulut’, sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.

Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya, tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata, sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah.  Dalam soal seumpama ini, sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Apa yang susah sangat dengan isytihar harta?  Setakat jawab dalam twitter saja, mana cukup untuk menyakinkan rakyat.  Lagipun memang resmi manusia, mana pernah mengaku salah, apatah lagi salah jenis yang besar macam ini.  Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.


Penulis juga pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bilamana jalan senang, mudah dan lapang sudah ada di depan mata.

Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah, apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu, peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar, nescaya selesailah masalah itu.  Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak, sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar  gemburkan.

Tapi sehingga kini, Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya, jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung.  Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut, kalau takpun, Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.  Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.

Atau Azmin tak pernah round aka tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen?

Seseorang pernah memaklumkan kepada penulis bahawa Azmin ini orangnya sombong.  Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat, lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu.  Mungkin kesombongan ‘dalaman’ Azmin ini terbawa-bawa diluar, dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.

Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu, tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya.  Nak kata rilek, tidak juga, tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tak kiralah sekuat mana pun buktinya.

Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap, dia fikir dia untouchable ka?  Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu, mungkin ya, tapi keadaan sudah jauh berbeza.  Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin – lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya.

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA SELANGOR MERIAH!!




Konvensyen media sosial 1Malaysia peringkat negeri Selangor sedang berlangsung dengan kehadiran lebih 1000 rakyat Selangor yang prihatin dengan cuaca politik tanah air sekarang.

Syabas dan tahniah kepada yang hadir...

PAS BEZAKAN 2 K-POP YANG SAMA!! KOREAN-POP ATAU KELANTANESE-POP??


 Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu.

Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.

Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.

Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah.

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.

Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam.

Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.

Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin pembangkang khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'k-pop' tersebut, kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan.

Mana ada yang nak mengaku, itu biasalah. Apapun, jika dalam kes K-pop di I-City, tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-pop' Kelate, kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun, jadi apa pula salahnya dengan K-pop di program HJB 2012 anjuran KBS?

Seksi? Tarian ghairah atau jelik? Apa bezanya dengan 'k-pop' Kelantan dan K-pop di I-City?

Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya, namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias. KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat - satu keterbukaan yang wajar dihargai.

Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas, walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam.

Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu.

Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini, mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui.


+++ Kenyataan Rasmi KBS +++
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak
menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop
daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh
Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang
tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang
pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal
program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai
syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah
diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat
berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium
First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak
Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir
membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

1 JUN 2012
 
Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

+++ Kenyataan Rasmi KBS +++


* Serabut wehhh... Rasonyo molek jugok kito laye k-pop Kelate seround dua buat cergah mato semula, mana tahu mato hok layu segar semula, dok gitu boh?.. :) 



PEMBANGKANG SYOK SENDIRI PERHIMPUNAN BESAR

PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul lebih 100,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Kedah baru-baru ini.


Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.

Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu.

Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara, maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar.

Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.

Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya diadakan.

Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila ditiup anging.

Mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya. 

Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.

Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan pembangkang.

Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari menggantikan BN.

Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.

Namun apabila keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat tetap memilih untuk kekal bersama BN.

PKR yang paling yakin dan tamak hanya memperolehi 3 kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS.

Ini kerana rakyat bijak menilai bahawa pihak pembangkang  hanya parti cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai modal politik mereka dan tidak lebih dari itu.

Pembangkang tidak mempunyai visi yang jelas bagaimana mau mentadbir negara ini.

Dalam Pakatan Rakyat terdapat tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit sekiranya mereka menang - PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya, PAS pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud dan beku sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan Melayu.

Berbanding dengan BN yang sejak merdeka telah menunjukkan kecemerlangan  mentadbir serta mengurus Malaysia peringkat demi peringkat sehingga mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.

Oleh kerana itu bolehlah dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika mereka berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran semata-mata.

Seperti yang pernah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu menggembeling jumlah jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.

Yang lebih penting bagi beliau ialah terus bertemnu dengan rakyat dari segenap lapisan serta menerangkan dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata.

Seperti pepatah Melayu biarpun anjing menyalak, bukit tidak akan runtuh; biarpun pemimpin PAS, PKR dan DAP menjerit memaki hamun dan memb fitnah pemimpin negara hingga terkeluar anak tekak, rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN.

Rakyat tahu BN adalah umpama gunung yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun anjing itu tahu lama kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.

WOW!! DEDAH BERANI MATI PUSAT URUT DI SELANGOR!!! #ReturnSgor


Ini video terbaru dari kumpulan Bangkang Dari Longkang, video ni akan mengegarkan kerajaan Selangor yang membiarkan rumah-rumah urut memaharajalela di Selangor tanpa sebarang tindakkan dikenakan..

Komedi gelap ini telah dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk ketawa pada sekumpulan rakyat Malaysia. Ia menyentuh mengenai topik-topik yang banyak dari hari ke hari situasi bahkan politik. Jika anda rasa video ini adalah dimaksudkan untuk anda, jangan terasa beb! Dah tengok, dah gelak jangan lupa like yee...

WELCOME TO SELANGOR

Monday, June 4, 2012

TAK PERCAYA!! AKHIRNYA TURUN JUGAK CUKAI PINTU!! TAPI.......

Tahniah lah dahulu JB ucapkan kepada MB Selangor yang gagap. Tahniah sebab akhirnya apabila tarikh pilihanraya hampir tiba maka secara drastik kerajaan pakatan Selangor ini boleh juga menurunkan cukai pintu sebanyak 20%. Tabik springlah kat pakatan! Tapi.....

Tapi...kenapa hanya rumah pangsa kos rendah sahaja? Macam mana dengan rumah-rumah lain yang juga membayar cukai kepada kerajaan Selangor. Yang juga rakyat Selangor yang menetap dan bermastautin di Selangor selama berpuluh-puluh tahun? Macam mana Khalid? Kenapa rumah pangsa kos rendah jerrrr???

Macam mana pulak dengan premis komersial yang tiap tahun kerajaan negeri kutip cukai? Kalau tak bayar premis boleh di sita bersama barang-barang niaga sekali. Apa cerita ni Khalid? Kami rakyat Selangor jugak yang mahukan kesamarataan. Suka sama suka, depan belakang sama rata, sama rasa.

Kalau tak boleh nak tunai kenapa janji macam-macam tahun 2008 dulu sebelum menang? Kenapa banyak sangat janji yang tak ditunai lagi ni Khalid? JB mula risau sebab JB juga anak jati Selangor yang bekerja dan menetap di salah sebuah bandar besar Selangor. Kos sara hidup yang tinggi, gaji yang kecil walhal kerja dengan salah sebuah pejabat kerajaan negeri jugak ni. Gaji sama juga kerja swasta.

Mana manifesto yang konon mahu menjadikan kerajaan berkebajikan yang sering dilaung-laungkan? Mana janji geng pakatan yang sering datang rumah orang tua JB di kampung yang meraih undi dan pujuk mak bapak JB? Kenapa janji tinggal janji??

KECEWA!!!

SELANGORKU BANKRAP!! KHALID GAGAP TUKAR STATUS TANAH REKREASI KEPADA PERINDUSTRIAN??




Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah.

Sebelum itu, John Fernandez mempertikaikan berlakunya percanggahan diantara dokumen RTPJ 2 milik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan dokumen milik Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan fakta-fakta yang melibatkan padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kedua-dua dokumen tersebut saling bercanggah diantara satu sama lain apabila padang kompleks sukan PKNS didakwa sudah diwartakan sebagai tanah komersil namun menurut dokumen milikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, padang tersebut masih diletakkan sebagai kawasan rekreasi.

Jacob George memberitahu pembangunan negara akan mundur ditangan pembangkang memandangkan pentadbiran berskala kecil seperti isu padang kompleks sukan PKNS gagal dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagaimana boleh terjadi percanggahan ini?

"Mengapa tiada inisiatif mahupun perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyeragamkan RTPJ 2 ini? Adakah terdapat kepentingan mereka dalam percanggahan itu?," katanya.

"Amat memalukan jika kerajan negeri tidak berupaya mentadbir hinggakan tidak tahu apa yang berada di 'tangan kiri' dan apa yang berada di 'tangan kanan'.

"Saya mahu melihat apa pula alasan yang akan diberikan diatas kegagalan dan percanggahan ini," tegas Jacob George. -KLPos

Datuk Hj Abdul Halim, Penyelaras BN, P104 - Kelana Jaya memberi penerangan mengenai status guna tanah padang kompleks sukan PKNS yang berubah dari Zone Hijau (tidak boleh dibangunkan) kepada Zone Biru (zone kommersial) setelah setahun di gazetkan sebagai Zone Hijau. Pertukaran tersebut dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan jawapan yang diberi oleh Datuk Bandar Petaling Jaya amat tidak menasabah. 

Beliau dilapurkan memberi alasan silap cetak... 

GEMPAR!! ADUN SERI SETIA, ADIK NIK NAZMI TAK NAK BERSUBAHAT LAGI DENGAN AZMIN ALI!!!


ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini tampil dengan kenyataan meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor membatalkan cadangan pembangunan tapak Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

Selain tidak sanggup lagi bersubahat dengan Azmin Ali, tentunya kenyataan ini tidak lain adalah bertujuan untuk menyelamatkan kerusi DUN Seri Setia yang disandangnya.

Dalam banyak keadaan, Azmin lebih berkuasa dalam menentukan projek-projek PKNS dan MB Khalid Ibrahim saban kali teragak-agak untuk membuat keputusan mengenai PKNS. Apatah lagi, Azmin adalah Timbalan Presiden PKR, disamping mengetuai PKR Selangor.


@AdamAdli DIBURU LELAKI BERSENAPANG DI RUMAH PANJANG NGALUANG SARATOK!!


Jika dahulu kita hanya melihat penjaga rumah panjang di Sarawak kebanyakannya bercawat dan sentiasa pegang perang sebagai senjata persediaan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Kini semuanya telah berubah. Mereka kini telah mengenakan pakaian yang sesuai dan smart dan juga berbekalkan senapang patah bagi menggantikan parang.

Ditanya siapakah mahasiswa yang Tuan Rumah Panjang ini ingin sangat jumpa di Semenanjung. Beliau menjawab ADAM ADLI! Beliau nak tembak mulut puaka ADAM ADLI kerana telah menghina PM DS Najib Razak.

Peserta Aman Kampus yang meneruskan siri jelajahnya kali ini di Sarawak telah disambut meriah dengan tembakan beberapa das ke udara dan tarian masyarakat setempat. 

Gadis-gadis cantik Iban yang dikenali sebagai RATU KUMANG oleh masyarakat Iban Sarawak turut memeriahkan sambutan peserta Aman Kampus.




Lagi Berita di Aman Kampus Kenyalang

RIDHUAN TEE: PERMAINAN POLITIK ULTRA-KIASU DAP


RIDHUAN TEE ABDULLAH

Perbincangan mengenai Perdana Menteri (PM) bukan Melayu masih hangat. Pengerusi parti ultra kiasu menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan PM.

Walaupun agak mustahil, semangat ultra kiasunya tidak pernah luntur. Saya memuji sikap seperti ini. Tetap pendirian dan tidak pernah berputus asa. Adakah sikap ini ada pada kita? Wahai umatku ambillah iktibar. Lanjutan itu, presiden parti ultra kiasu parti komponen Barisan Nasional (ultra kiasu dalam) mencabar ultra kiasu sebenar (luar) dengan berkata, sekiranya pemimpin ultra kiasu ‘potong’ (masuk Islam) sekalipun, beliau tidak akan dapat menjadi PM.

Nampaknya pandangan ultra kiasu dalam ini lebih ekstrem daripada ultra kiasu sebenar. Menggunakan istilah ‘potong’ dan memandang rendah terhadap mereka yang memeluk Islam adalah satu penghinaan.

Saya fikir orang Melayu boleh menerima mereka yang baru ‘potong’ jika ‘si potong’ ini memahami sejarah dan biasa dengan cara hidup Melayu. Mengikut pengalaman saya, mereka yang istilahkan ‘potong’ ini mudah mengadaptasikan cara hidup mereka dengan perkitaran seperti mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu sebagai mana termaktub dalam perlembagaan maksud Melayu itu sendiri, Perkara 160 (2).

Walaupun mereka boleh menjadi ‘Melayu’ tetapi rata-rata mereka tidak mahu menjadi Melayu. Tidak hairanlah jika ada perancangan, memastikan orang Melayu ini tidak ke mana-mana, tidak maju. Jika orang Melayu sudah pandai  berjalan, pastikan orang lain sudah boleh berlari. Maka tidak hairanlah jika rasuah terus berleluasa. Ultra kiasu akan terus menyuap orang Melayu dengan wang haram seperti rasuah, supaya Melayu menjadi malas dan mengamalkan  cara hidup mewah (kaya) seketika dengan jalan pintas.

Jika perkara ini menjadi budaya, maka hancurlah Melayu dan merana di bumi sendiri satu masa nanti. Saya harapkan orang Melayu sedar akan perancangan ini. Oleh itu, saya mengingatkan kepada Melayu yang berkuasa, jangan  mudah terpedaya dengan rasuah yang nikmatnya seketika.

Tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah dan kelab malam. Beginilah bijaknya ultra kiasu-ultra kiasu luar  dan dalam (Lim dan Chua) berstrategi untuk mencapai matlamat mereka. Nampak bergaduh, tetapi bersatu dalam senyap. Saya melihat pertikaian antara kedua-dua ultra kiasu hanyalah lakonan.

Matlamat sebenarnya adalah untuk  memberikan mesej kepada Umno dan mereka yang berkuasa. Apabila Umno melihat ia sebagai satu ancaman, maka mulalah memberi. Pemberian Umno itulah kemenangan kepada kedua-dua ultra kiasu ini.

Pemimpin ultra kiasu  dalam mencabar parti ultra kiasu luar dengan mempersoalkan adakah mereka akan melantik bukan Melayu memegang jawatan Menteri Kewangan, Pertahanan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pelajaran sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat? Untuk siapakah mesej ini? Perkara tersebut telah dibangkitkan sekian lama.

Sudah tentu isu yang  didebatkan perlu diambil perhatian kerajaan, tidak kiralah siapa pun menang. Kerana mereka tahu kerajaan sekarang dalam keadaan terdesak. Mengimbau kembali perdebatan sebelum ini, isunya berkisar kepada isu pendidikan.

Saya yakin selepas ini isu masih sama, cuma ia akan ditambah dengan perjawatan dalam  kabinet. Perjawatan tersebut melibatkan lebih banyak kuasa. Saya amat mengharapkan debat kali ini akan berlangsung dalam bahasa Melayu atau paling tidak pun bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda, agar rakyat boleh  emahaminya.

Semua sedia maklum bahawa  jawatan penting kabinet di atas, disandang orang Islam sejak sekian lama, walaupun tidak dinafikan beberapa jawatan tersebut ada disandang bukan Melayu selepas merdeka. Mesej semua  ltra kiasu ini adalah, adakah kerajaan akan memberikan posisi jawatan strategi ini kepada mereka melalui permainan politik ini? Umum mengetahui bahawa majoriti kerusi Parlimen di Malaysia adalah dimenangi Umno dan  parti bumiputera yang lain. Sepatutnya Umnolah yang menguasai majoriti kerusi kabinet. Tetapi kerusi menteri dan timbalan menteri tetap diberikan kepada bukan Melayu berasaskan kepada kuota.

Sedangkan kita tahu kerusi  yang  dimenangi bukan Melayu komponen BN ditandingi dalam kawasan majoriti Melayu. Di Kawasan majoriti Cina, parti ultra kiasu akan menang dengan majoriti besar. Maknanya kemenangan parti komponen BN adalah undi ihsan orang Melayu. Sepatutnya, mereka lebih  turut memperjuangkan sedikit agenda Melayu. Ini tidak, mereka menjadi juara ultra kiasu. Agenda bangsa menjadi agenda utama. Bacalah permainan licik ultra kiasu.   

BLOGGER PAKATAN NAK SABOTAJ PROGRAM NI!! JOM KITA BERSAMA KMS1M SELANGOR!!


DAP AKAN JADI PARTI PALING RASIS JIKA DAPAT PERINTAH MALAYSIA!!

"GUAN ENG UGUT SAMAN WARTAWAN JIKA SIAR ISU TIDAK DIGEMARINYA."

Itu antara sebahagian tajuk berita yang terpampang didada akhbar semasa yang kita dapat lihat betapa bersungguh-sungguhnya parti DAP ini atas hak kebebasan bersuara yang sering dilaung-laungkan. Bukan hendak bersikap rasis kepada parti chauvanist DAP yang terang-terang menolak Raja Melayu dan dalang rusuhan kaum 13Mei1969, tetapi belum pun dapat memerintah Malaysia sudah macam-macam lakonan wayang yang dibuat dan menampakkan lagi sikap sebenar mereka yang benci Melayu terdedah sedikit demi sedikit.

JB tak nak cerita banyak pasal Guan Eng yang sememangnya mengikut sikap ultra-kiasu Kit Siang yang mana dipelajari dari Lee Kuan Yew. Guan Eng tidak dapat menambat hati rakyat Penang yang telah dihalau sedikit demi sedikit tanpa orang Penang sedari sendiri. Umpama Singapura Kedua itulah yang selayaknya diberikan kepada kerajaan dibawah DAP ini.

Kita dalam bahaya kerana DAP dan PAP yakni parti rasis adik-beradik ini telah menguasai Utara dan Selatan Tanah Air kita secara tidak langsung. Melayu hilang kuasa di Penang seperti mana Singapura dahulu. Dan jika kita biarkan, suara kita akan disekat dan tak mungkin akan didengari lagi. Percayalah. Kembalilah ke bumi yang nyata, rapatkan saf dan ikat persefahaman kita. PAS tak akan boleh hidup bersama dengan si penentang Islam dan Melayu. Selamatkan Malaysia dari DAP sebelum terlambat. Fikirkan.

WOW!! VIDEO ANWAR JUBURI BERGUSTI BERSAMA SHAMSIDAR!!!

Oleh kerana begitu taksud dengan peliwat negara ni maka rakan pemfitnah dari puak pakatan telah membuat kerja paling kreatif bagi mereka kerana telah membuat video game permainan ranjang Anwar dan Shamsidar.

Publisiti yang dicipta sungguhlah jijik. Ada ke patut nak masuk WWE dengan Shamsidar, habis Azmin nak campak mana? 

Jom saksikan video hangit ni...