Konco-konco ku

Tuesday, April 18, 2017

JIRAT CINA – BUKTI KELULUSAN TELAH DIBERIKAN LEBIH AWAL OLEH AZMIN ALI

Cubaan Azmin Ali mengheret ADUN Jeram, YB Dato’ Amiruddin Setro dalam isu pembinaan tanah perkuburan bukan Islam di atas tanah seluas 110 hektar di Jeram dan Meru jelas sekali bermotifkan politik dan berniat menyembunyikan fakta daripada pengetahuan penduduk setempat.

Ketika memberikan jawapannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 31 Mac 2017 yang lalu, Azmin seolah-olah ingin menyatakan bahawa tanpa sokongan daripada Datuk Amiruddin, projek ini tidak akan dapat dilaksanakan. Ironinya, kelulusan projek ini terletak di tangan Azmin sepenuhnya dan ia telah pun diberikan lebih awal sebelum pihak pemaju menulis surat kepada Dato’ Amiruddin untuk memohon sokongan beliau.

Terdapat dua bahagian yang perlu difahami oleh orang ramai dalam isu ini. Pertama, kelulusan projek telah diberikan pada 6hb Oktober 2016 iaitu 19 hari sebelum surat memohon sokongan dihantar ke pejabat Dato’ Amiruddin.

Kedua, sokongan daripada Datuk Amiruddin adalah bersyarat (akan diperincikan kemudian) dan ia dinyatakan dengan jelas dalam surat daripada pemaju kepada Dato’ Amiruddin sendiri bertarikh 24hb Oktober 2016.

Justeru, jika Azmin benar-benar mengamalkan prinsip keadilan seperti yang dilaungkan selama ini, kenapa beliau tidak menyatakan secara jelas tentang dua perkara di atas kepada seluruh ahli dewan? Lebih penting, penduduk yang terkesan dengan projek ini juga perlu diberikan jawapan yang boleh memuaskan hati mereka.

Sikap berdolak dalih dan menyembunyikan fakta oleh Azmin Ali ini telah menimbulkan pelbagai persoalan lain yang lebih besar yang akan kami dedahkan selepas ini.

Keterangan Foto : Salinan surat memohon sokongan daripada pemaju kepada ADUN Jeram, YB Dato' Amiruddin Setro bertarikh 24hb Oktober 2016.

#deleaks
#infoSelangor

No comments:

Post a Comment

comment please.....