Konco-konco ku

Thursday, September 29, 2016

CAJ BIL TNB MELAMPAU, BUDIMAN SERANG TENAGA NASIONAL BERHAD!

Ramai pelanggan merungut dan tidak berpuas hati dengan Tenaga Nasional Berhad apabila caj yang diterima terlalu tinggi.

Ia  berlaku sejak proses menaik taraf sistem pengebilan pada 21 Julai 2016 dilaksanakan.

Terima kasih kepada Ahli  Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zuhdi kerana menimbulkan isu bil (TNB) yang  tinggi.

Beliau juga memberi amaran suaya isu ini diselesaikan dalam masa sebulan dan sekiranya gagal, akan bertindak lebih jauh.

Walaupun tidak menyatakan apa jenis tindakan tetapi berjanji akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi.

Menurut laporan, Budiman menimbulkan beberapa  perkara berkaitan isu ini:

1.      TNB perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan rungutan rakyat susulan isu bil lewat dan caj tinggi akibat proses menaik taraf sistem pengebilan baharu;

2.      TNB tidak sepatutnya menggunakan alasan menaik taraf sistem pengebilan baharu untuk mengenakan caj tinggi kepada pelanggan;

3.      TNB perlu mengambil langkah proaktif dan lebih prihatin dengan tidak memotong bekalan elektrik pelanggan sepanjang proses menaik taraf itu berlangsung; dan

4.      TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat.”

Beliau memperkatakan isu ini selepas menerima banyak aduan daripada pelanggan yang tidak menerima bil elektrik secara konsisten, tetapi tiba-tiba apabila bil sampai, cajnya sangat tinggi.

 “Kami mendesak TNB membenarkan bayaran bil dibuat secara ansuran kerana rakyat tidak menerima bil daripada secara konsisten, tiba-tiba dapat jumlah tinggi.

“Kami juga minta TNB menyediakan rebat khas supaya mengurangkan keresahan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas tampil menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan tertinggi TNB Selangor di Subang Jaya hari ini.

Budiman berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan TNB dan syarikat itu memberi jaminan akan menyelesaikan isu menaik taraf dalam tempoh sebulan.

Maklum balas TNB dikatakan sangat positif.

Bagaimanapun, kata Budiman, sekiranya isu ini tidak selesai dalam tempoh sebulan seperti dijanjikan beliau akan membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi.

TNB dalam kenyataannya mengakui proses menaikkan taraf sistem pengebilan 8.5 juta pelanggan itu menimbulkan beberapa isu kerana ia melibatkan penghijrahan data yang besar.

Berikutan itu,  pelanggan yang belum menerima bil pada Julai dan Ogos 2016 tidak akan dikenakan penalti bayaran lewat, malah turut memberi jaminan bekalan elektrik tidak akan dipotong.

“TNB juga sedang mengambil segala langkah yang perlu bagi menangani cabaran itu dan akan menyelesaikannya menjelang akhir November 2016,” katanya.

Sekali lagi syabas Budiman!

-Lawi Ayam-

No comments:

Post a Comment

comment please.....