Konco-konco ku

Friday, July 29, 2016

AZMIN ALI JANGAN MEMBISU ISU STATUS TANAH PAYA INDAH WETLANDS - BUDIMAN


1. Sikap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika ini masih 'membisu' tanpa memberikan penjelasan di sebalik dakwaan penukaran status tanah di Paya Indah Wetland dilihat mencetuskan pelbagai keraguan di kalangan rakyat terhadap ketelusan dan integriti sebenar pentadbirannya beliau.

2. Mohamed Azmin tidak sepatutnya mengambil sikap berkenaan di sebalik isu itu yang jelas terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

3. Saya mendesak Mohamed Azmin untuk memberikan penjelasan terhadap dakwaan penukaran status tanah itu. Ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa tanah di Paya Indah Wetland itu adalah untuk generasi akan datang, maka sebarang usaha untuk menganggu status tanahnya sama seperti mengganggu kepentingan rakyat.

4. Jika benar dakwaan itu, apakah Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin hari ini sudah ketandusan idea dan sumber untuk membangunkan negeri hinggakan tanah warisan rakyat digunakan sebagai 'modal' memperoleh keuntungan semata-mata.

5. 26 Julai lalu, kerajaan negeri ini didesak menarik balik pindaan status tanah Lot 6850 di Mukim Tanjung Dua Belas , Kuala Langat yang ditukar status kepada kawasan pembangunan, sedangkan tanah itu terletak dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia.

6. Bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim memberitahu semasa pentadbirannya, menolak kelulusan penukaran status di lot tanah tersebut untuk tujuan pembangunan meskipun menerima tekanan dan cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat.

7. Mohamed Azmin sepatutnya berpendirian tidak tunduk kepada pelobi korporat di sebalik dakwaan penukaran status tanah terbabit.

Sekian. Terima kasih.


Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar &
Adun Sungai Panjang.

No comments:

Post a Comment

comment please.....