Konco-konco ku

Wednesday, April 18, 2018

LEBIH SUDU DARI KUAH, GUAN ENG UMUM NGA KOR MING JADI MENTERI!! #HarapanPalsu #MaharajaDAP #MaharajaLim

BAYANGKANLAH jika Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan bangga mengumumkan calon partinya bakal jadi menteri jika menang kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Maka bergegarlah segala portal dan netizen propembangkang kecoh mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah pun jadi ‘tuan’ apabila selamba boleh mendahului UMNO yang ada paling banyak kerusi di Parlimen.

Ironi, ini berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) yang sudahlah tidak diperakui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), malah terpaksa bertanding memakai logo PKR kerana lambang bersama gabungan itu dianggap tidak sah.

Lebih lucu, pengumuman calon itu konon bakal dilantik sebagai menteri jika pakatan haram tersebut berjaya ‘tawan’ Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) dilakukan bukan oleh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hanya bertaraf Timbalan Presiden PH itu pula ibarat lebih sudu daripada kuah apabila mengambil kesempatan dengan buat sendiri pengumuman amat dramatik tersebut.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukan pun Presiden PH, dengan bangganya mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon untuk kerusi parlimen Teluk Intan di Perak malam kelmarin.

Guan Eng kemudian bahkan membuat membuat kejutan apabila berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika blok itu ‘menakluk’ Putrajaya pada PRU ke-14 bulan depan.

Persoalan cepumasnya, siapakah Guan Eng untuk mengesahkan dua tokoh DAP negeri terbabit bakal menjadi ahli jemaah Kabinet melangkaui bidang kuasa Mahathir selain Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PH.

Walhal Mahathir dan Wan Azizah di samping Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sehingga kini tidak pula dedah senarai menteri Kabinet gabungan pembangkang tersebut secara terbuka untuk tatapan umum.

1 comment:

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...