Konco-konco ku

Monday, April 23, 2018

CALON BERTANDING DI PARLMEN SUNGAI BESAR, DUN SUNGAI PANJANG, DUN SEKINCHAN

HARI ini maka selesailah sudah teka-teki siapa calon yang bakal bertanding bagi semua kerusi di Parlimen Sungai Besar. Jika lihat dari sosok tubuh dan profile setiap calon bukan calang-calang individu yang ditampilkan oleh parti masing-masing.

P093 PARLIMEN SUNGAI BESAR

Barisan Nasional: BUDIMAN MOHD ZOHDI, 46,  penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak setahun yang lalu selepas kematian Arwah Tan Sri Noriah Kasnon merupakan seorang yang kuat bekerja dan kerap kelihatan di sekitar Sungai Besar. Penyandang DUN Sungai Panjang ini juga merupakan wakil rakyat yang mendapat KPI tertinggi yang ditetapkan oleh Barisan Nasional Malaysia kerana kerja kerasnya mendampingi rakyat di kawasan hampir setiap masa. Bekas Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat di TM Malaysia, pelajar Ijazah Kedoktoran dalam Propaganda di UKM ini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.



Parti Islam Se-Malaysia: MOHAMAD SALLEH BIN M. HUSIN, 70, adalah seorang bekas guru yang kini merupakan Pengerusi Masjid Hashimiah, Sungai Limau. Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Besar ini masuk kali ke-2 bertanding mewakili PAS Sungai Besar yang mana pada PRU-13 yang lalu beliau kalah kepada Arwah Tan Sri Noriah Kasnon dengan majoriti 399 sahaja. Namanya diketepikan oleh PAS Malaysia dalam PRK Sungai Besar 2016 dan digantikan dengan ADUN Meru ketika itu, Dr. Rani Osman. Beliau aktif memberi ceramah di masjid-masjid sekitar Sabak Bernam namun kurang menonjol dalam masyarakat.



Parti Keadilan Rakyat: MOHD ASYRAF BIN BASRI, 33, merupakan bekas Pengurus Bank Islam cawangan Sungai Besar. Beliau menyertai PPBM setahun yang lalu kerana dikatakan kecewa akibat tiada pelawaan daripada UMNO untuk menarik beliau berparti. Ketua Armada PPBM Sungai Besar ini juga adalah Ahli Jawatankuasa Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar yang ditubuhkan oleh Dr. Khir Toyo bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Presidennya Muslimin Yahya, bekas SUSK kepada Tan Sri Noriah Kasnon. Bekas pelajar UiTM jurusan Sarjana Muda Pengurusan Hartanah ini dikenali di kampungnya Sungai Nibong kerana sering menjadi imam di surau.


N03 SUNGAI PANJANG


Barisan Nasional: DATO' MOHD IMRAN BIN TAMRIN, 32, merupakan calon muda yang diketengahkan oleh BN Sungai Besar. Peguam muda ini pernah bekerja di Petronas bagi menguruskan hal berkaitan perundangan. Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan anak jadi Sungai Nibong dan mula berkecimpung dalam politik sejak tamat belajar dengan bermula dari memasang bendera dan menjadi ahli UMNO di cawangan. Beliau yang dikenali kerana sifat rendah diri dan selalu senyum membuatkan siapa sahaja pasti senang dengan penampilan beliau. Presiden Kelab Taekwando Sungai Besar dan Naib Pengerusi Majlis Belia Sabak Bernam amat aktif dalam bidang sukan terutama badminton.
Parti Islam Se-Malaysia: MOHD RAZALI BIN SAARI, 36, adalah Ketua Dewan Ulama' PAS Kawasan Sungai Besar. Pemegang Ijazah Undang-undang dan Perbandingan Mazhab dari Riau Indonesia ini merupakan anak jati Parit 2, Sungai Haji Dorani. Beliau kerap memberi tazkirah di masjid-masjid sekitar Sungai Besar dan agak kurang dikenali dikalangan pengundi Sungai Panjang. Pengurus Pusat Khidmat DUN Sungai Panjang ini dikatakan sudah lama mengintai kerusi ini namun memberi laluan kepada Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang kalah 3 penggal berturut-turut di DUN Sungai Panjang.


Parti Keadilan Rakyat: Hjh. Mariam bt. Abdul Rashid, 56, merupakan Timbalan Ketua Amanah Subang diperjudikan untuk bertanding di Sungai Panjang. Sebagai calon dari luar ternyata Pakatan Harapan berani mengambil risiko kekalahan Naib Pengerusi Amanah Selangor ini. Beliau sudah 2 minggu menjelajah sekitar Sungai Panjang dengan bantuan Azhar Abdul Shukor (Pengerusi Amanah Sungai Besar). Bekas Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam rakyat di Sungai Panjang masih belum mengenali kelibat calon yang ditonjolkan oleh Pakatan Harapan ini.




N04 SEKINCHAN

Barisan Nasional: Lee Yee Yuen, 29, adalah calon termuda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional dan MCA pada PRU14 kali ini. Arkitek muda ini merupakan seorang anak pasangan guru di Sekinchan dan merupakan anak jati Sekinchan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi meneruskan cita-citanya. Melihat kegigihan beliau menemui pengundi di Sekinchan, ada sinar harapan kemennangan bagi BN di Sekinchan setelah DAP menguasai kerusi itu sejak awal penubuhannya. Atas faktor pengundi kaum Cina melebihi pengundi kaum Melayu, Ah Yuen perlu melipat gandakan usaha beliau untuk memenangi hati pengundi.



Parti Islam Se-Malaysia: Fadzlin bin Taslimin, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Sungai Besar merupakan calon recycle setiap kali PRU. Sudah tiga kali tewas bertanding di kerusi DUN Sungai Panjang, pada PRU14 kali ini, Ustaz Fadzlin mencuba nasib di kerusi DUN Sekinchan bagi menewaskan penyandangnya daripada DAP. Pengerusi Masjid Parit 13, Sungai Nipah ini merupakan seorang yang kurang bercakap dan kurang keterlibatannya dengan masyarakat setempat. 





Parti Keadilan Rakyat: Ng Suee Lim, penyandang kerusi DUN Sekinchan selama 3 penggal berturut-turut. Beliau berasal daripada Kapar, Klang dan berulang-alik dari Kapar ke Sekinchan setiap minggu. Kemenangan beliau adalah hasil daripada sokongan kaum Cina yang kerap dibantunya. Manakala sokongan kaum Melayu kepada beliau amat rendah kerana jarang menziarahi masyarakat Melayu di kampung-kampung. Pengerusi DAP Sungai Besar ini dikatakan orang kuat kerana walaupun Barisan Nasional menang besar pada 1999, namun kerusi DUN Sekinchan masih tidak dapat di tawan oleh Barisan Nasional.




**************************************************

Begitulah serba sedikit berkenaan calon yang admin ketahui. Kalau ada yang nak dikurang atau ditambah boleh lah tuliskan komen kat bawah ni. Admin tidak berapa mengenali setiap calon namun yang pasti, admin mengenali siapa yang kerap turun ke padang bertemu rakyat dan tidak.

Undi hak masing-masing. Pilihlah yang terbaik untuk masyarakat.

Pilihlah yang BIRU TUA namun calonnya MUDA.

1 comment:

  1. Duit haram hasil dedak UMNO tu, saya fikir janganlah bagi pada anak bini.bukan apa,makan hasil dedak ni,hati jadi gelap,otak jadi benak.bila anak xbersalah tu otak jadi benak sebab makan hasil dedak hari2, anta belajar mana2 pun semua x masuk otak.akhirnya bila anak tu dah besar jadi sampah terpaksalah anak tu meneruskan kerjaya ayahnya sebagai macai umno pemakan dedak sebab nak cari kerja lain semua tak layak.akhirnya terjadilah keturunan pemakan dedak…

    ReplyDelete

comment please.....