Konco-konco ku

Saturday, September 23, 2017

Banjir: PFP pertimbang tindakan undang-undang

Penang Front Party (PFP) mempertimbang mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung kejadian banjir di negeri ini yang disifatkan membahayakan keselamatan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat daripada penduduk yang terjejas termasuk laporan polis yang telah dibuat.

“Kita akan serahkan laporan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat dan jika tidak ada tindakan juga, kita akan ambil tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir yang berlaku di hampir 100 kawasan di negeri ini selepas hujan berterusan selama lebih empat jam pada 15 dan 21 September lalu.

Menurut Patrick, kerajaan negeri didakwa tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam menangani bencana alam itu meskipun peruntukan yang banyak telah disalurkan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

comment please.....