Konco-konco ku

Thursday, August 3, 2017

DAP BUKANLAH SEBUAH PARTI YANG RASIS, TAPI CAUVINIS

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah sekadar ancaman kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi sebagai ancaman kepada negara kerana disifatkan sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik kebencian dan sebuah parti yang besifat cauvinis.

Wajah DAP yang cukup bijak bermain wayang di sebalik sifat rasis dan cauvinis menebal mereka. Justeru itu Semua ahli UMNO termasuk komponen BN bersatu teguh untuk berdepan dengan tindakan DAP ini termasuk rakan-rakan pakatan pembangkang yang lain.

Contohnya, pada 2008 Lim Guan Eng ketika berceramah dalam Bahasa Hokkien di hadapan masyarakat Cina di padang sekolah Han Chiang di Pulau Pinang pada 6 mac 2008.

“Bolehkan kita menjadi warga kelas pertama Malaysia? Selama 50 tahun, 50 tahun lamanya kita menjadi warga kelas kedua, ketiga, keempat aaah. Sudahlah, cukuplah, betul tak?

“Hendaklah kita bagi tahu Abdullah Badawi, bagi tahu Ong Ka Ting, bagi tahu Koh Tsu Koon, supaya mereka akan ketahui … kita mahu jadi (warga) kelas pertama,” kata Guan Eng. 

Selain itu, pemimpin DAP Ronnie Liu pernah menghangatkan negara dengan kenyataan beliau yang mencetuskan isu perkauman sempena temasya sukan Olimpik Rio yang berbunyi ‘Tak kira Malaysia atau China menang… Cina tetap menang. Bukan?’

Malah selepas kenyataan yang dikeluarkan Ronnie Yap itu, penyokong tegar DAP, Hew Kuan Yau turut memuat naik kenyataan yang berbaur elemen perkauman dengan pencapaian badminton beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon di Sukan Olimpik Rio.

Kuan Yau berkongsi karikatur Goh dan Chan berserta kapsyen dalam bahasa Mandarin, “Dengarlah wahai UMNO, jika orang Cina benar-benar ‘balik’ China maka Malaysia akan ‘makan pisang’ (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik.
Tambahan Pula, pemimpin DAP Nga Kor Ming pernah memuat naik satu status “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu. Status ini disifatkan mempunyai unsur perkauman apabila dalam perbualan dialog itu, seorang budak bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

Bukan sekadar itu malah isu Azan, isu tulisan jawi di papan tanda, isu Bahasa Melayu di papan tanda, isu Bahasa melayu dicadangkan untuk dijadikan sebagai Bahasa kedua dalam urusan pekerjaan dan menobatkan Bahasa Mandarin sebagai perantaraan adalah antara perkara yang pernah disuarakan oleh pihak DAP.

Yang paling menyedihkan apabila terdapat pemimpin DAP pernah menghalau seorang peniaga di Pulau Pinang dengan mengatakan “lebih baik balik ke India”. Malah, pernah menggelar Menteri Besar Perak sebagai ‘hitam metalik’ yang secara terang-terang menghina warna kulit seseorang individu.
Antara kenyataan lain pemimpin Dap yang berbaur rasis dan cauvinis adalah Dap tidak memerlukan undi orang-orang India. Ini secara terang-terangan DAP adalah sebuah parti yang sengaja menggunakan perjuangan hak kesamarataan untuk meraih undi tetapi sebenarnya sebuah parti yang ekstrim kepada bangsanya sendiri.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...