Konco-konco ku

Thursday, February 4, 2016

BEKAS AHLI PKR SABAK BERNAM TERIMA UGUTAN!!

PADA Isnin lalu, seramai 300 orang kaum India yang terdiri daripada ahli PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabak Bernam telah sebulat suara untuk beralih arah dan menyokong BN pada PRU14 akan datang dengan menjadikan MIC sebagai wadah perjuangan yang baru.

Ini berikutan kerajaan Negeri Selangor yang sebelum ini mewar-warkan negeri kebajikan namun hanyalah omong kosong apabila sehingga hari ini masyarakat India di Sabak Bernam masih lagi tidak terbela.

Apabila hendak meminta bantuan pasti tidak dilayan dan menyuruh pula menghalakan aduan kepada pemimpin Barisan Nasional.

Namun, semalam satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa orang bekas ahli PKR dan DAP yang menyatakan sokongan kepada BN berkenaan ugutan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP yang mengetahui mereka sudah berpaling arah.

Ugutan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp kepada sebilangan bekas ahli PKR dan DAP itu umpamanya akan dipinggirkan daripada komuniti masyarakat India serta bantuan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan Selangor akan ditarik balik serta merta.

Namun mereka tidak sedikit pun berganjak daripada keputusan yang diambil kerana mereka percaya BN adalah parti yang benar-benar membela nasib mereka berbanding PH yang hanya sekadar retorik untuk mendapat undi mereka semasa PRU.

Turut hadir dalam majlis 'JOM UNDI BN' adalah Datuk Fasiah Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

No comments:

Post a Comment

comment please.....