Konco-konco ku

Tuesday, July 14, 2015

PAS PERLU BERUNDUR DARI KERAJAAN SELANGOR & PENANG!!!

SARANAN Mapus Omar berkenaan sikap hipokrit Pas Selangor dan Pulau Pinang yang masih berada dalam kerajaan PKR, DAP tanpa merasa bersalah selepas Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini mengumumkan memutuskan hubungan mereka dengan DAP kerana beberapa isu yang tiada penghujungnya.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat yang juga calon kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini berkata sedemikian kerana Mapus melihat satu ancaman kepada keutuhan kerajaan PRK Selangor dan DAP Pulau Pinang jika Pas masih lagi bersama dan tanpa segan silu mentadbir bersama.

Dalam perkara lain juga Mapus yang juga ahli Gerakan Harapan Baru iaitu parti serpihan Pas yang akan bertahaluf siyasi bersama DAP, PKR untuk mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0 selepas Majlis Presiden PR dijangka akan menyingkirkan Pas daripada pakatan mereka.

Parti Gerakan Harapan Baru yang diketuai oleh Mat Sabu dilihat akan menggantikan Pas dalam PR 2.0 seterusnya akan bertindak sebagai sebuah parti Islam liberal dan menolak hudud sebagai tanda persetujuan bersama DAP.

Cuma nak tanya sekali lagi. Pas Selangor, Pulau Pinang tak rasa malu ke masih ada dalam kerajaan yang tidak mahu mereka berada sekarang ini?

4 comments:

  1. Apa masalah kau Mahfus????

    Biarlah mereka mentadbir sehingga PRU akan dtg....ok ajer

    Yg kau jadi batu api, jadi beruk tak tentu pasal, nak buat apa???

    Kalau dah kalah, buatlah cara kalah...bagilah org lain pulak...

    Jgn merajuk pulak, macam pondan ajer...tak ada pendirian langsung

    Macam ni ke nak jadi pemimpin??? porahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah tak ada jawatan..klu boleh dia nak org lain pun mcm dia jg..buruk punya perangai...dengki..busuk hati..inilah pemimpin taik kucing..

      Delete
  2. Dulu kata umno tolak hudud..kini ahli mereka sendiri yg tolak..tak jg kapir jg ke?..ahli2 pas tlg jawab sat..

    ReplyDelete
  3. Azmin Ali disokong oleh PAS, UMNO, PKR dan Sultan Selangor. Jadi kenapa perlu dibubarkan. Kalau DAP nak keluar boleh belah. Cuba buat undi tak percaya kat Azmin. Rasanya tak sampai 30% yang menyokong.

    ReplyDelete

comment please.....