Konco-konco ku

Monday, February 2, 2015

NIK NAZMI SEPENDAPAT DENGAN PAS. TOLAK PILIHANRAYA PBT CIPTAAN DAP!!

WALAUPUN mendapat asakan dan tentangan hebat daripada Pas terutama daripada Presiden Pas, Hadi Awang, namun DAP masih mahu meneruskan pilihanraya PBT kerana mereka merasakan sudah tiba masanya rakyat di peringkat akar umbi memilih sendiri siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin setempat.

Pilihanraya PBT ini adalah untuk memilih siapa yang rakyat suka sebagai Ahli Majlis PBT khususnya di kawasan bandar.

DAP begitu yakin bahawa pemimpin dari kaum Cina pasti akan menang di semua PBT kawasan bandar kerana mereka telah berjaya menguasai kawasan bandar dan pasca bandar.

Sebelum ini Pas menolak pilihanraya PBT kerana dikatakan tidak adil kepada kaum Melayu yang menjadi minoriti dalam kawasan bandar.

Saranan Hadi Awang bukanlah pendapat peribadi malah keputusan parti Pas untuk menolak pilihanraya PBT apabila Nik Abduh juga menolak pilihanraya berat sebelah ini.

Beberapa hari lepas pula, Nik Nazmi yang juga Ketua AMK Pusat menolak pilihanraya PBT cadangan DAP ini.

Keputusan Nik Nazmi senada dengan Pas yang mahukan DAP menilai semula cadangan tersebut yang ternyata lebih memihak kepada DAP semata-mata dan bakal meminggirkan pemimpin Melayu di dalam Pas dan PKR yang berada dalam kawasan terbabit.

Nik Nazmi juga mengutarakan cadangan supaya DAP perlu bersikap lebih patriotik dan memikirkan kehadiran bangsa lain dalam satu-satu kawasan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan demokrasi.

3 comments:

  1. DAP NAK KONTROL SEMUA DENGAN APA CARA SEKALI PUN.
    MELAYU PKR DAN PAS SAHAJA BAT BUAT BODOH, ATAU MEMANG BODOH BENOR...............
    DAN TERANG LAGI BERSULUH. .. CHAUVINIS MAMPOS..

    ReplyDelete
  2. Bercakap macam orang bodoh la PAS & PKR ni. Merekalah yang melepaskan DAP dari "kurungan" dan membolehkan mereka bermaharajalela di muka bumi Malaysia ni. Lepas tu baru nak sedar sikap rasis DAP ni. So sick with perangai DAP & PKR.

    ReplyDelete
  3. dua dua bodoh..haha

    ReplyDelete

comment please.....