Konco-konco ku

Thursday, August 26, 2010

Tak Dapat Duit Royalti, Saman Petronas Ada Pula Duit??

Kelantan saman PETRONAS


2010/08/26

Kes tuntutan royalti minyak ke Mahkamah Tinggi Isnin ini .

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan mengemukakan saman terhadap PETRONAS berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata langkah menyaman PETRONAS itu diputuskan pada Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Kota Darul Naim, semalam.

Katanya, Nik Aziz dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakub, dijangka hadir di Mahkamah Tinggi itu selepas mengetuai solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan bagi memohon keberkatan Ilahi supaya PETRONAS terbuka hati mengambil keberkatan Ramadan. 

Solat hajat diadakan supaya PETRONAS terbuka hati pada Ramadan ini untuk membayar royalti sebelum hari raya.

Saman ini hanya membabitkan PETRONAS. Kita baik dengan Kerajaan Malaysia, kita tidak bergaduh, katanya selepas mesyuarat itu semalam.

Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.

*********************************************

         Yong pun doakan supaya Kelantan cepat la selesaikan isu ini.. Solat hajat supaya Petronas bagi duit kat Negeri Kelantan. Nak tanye kat Nik Aziz, tiada ke cara lain lagi untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan selain sibuk menuntut royalti minyak dari Petronas? Yong tidak salahkan Nik Aziz dalam isu ini, betul apa yang Nik Aziz buat tu. Memang hak Negeri Kelantan dapat royalti minyak. Yong sokong sangat-sangat. Petronas bagi saja lah duit royalti. Bagi mana yang boleh. Yong kesian dekat rakyat Kelantan, kesian dapat pemimpin yang fikirkan masalah duit. Mata duitan ke Nik Aziz ni? Saman la banyak-banyak kat Petronas. Karang duit royalti minyak tak dapat, habis pulak duit rakyat Kelantan bayar upah peguam lantikan mereka. Siapa yang untung? Peguam ataupun bangsa asing yang untung sebab dapat duit. Siapa yang bodoh? -renungkanlah.  ~dob~

2 comments:

  1. semua orang kelantan bodoh...yang dalam negeri mahu pun yg ke negeri org lain mencari rezeki pasal di negeri kelantan memang tak boleh cari rezeki pasal tak ada apa-apa pun.. Punggutan zakat di kelantan pun adalah hasil pendapatan rakyat kelantan yg mencari rezeki di luar kelantan..

    jadi renung-renungkan lah..

    ReplyDelete
  2. inilah nasib rakyat kalau dapat pemimpin
    yang tidak mampu mentadbir negeri. 20 tahun memerintah rakyat kelantan masih dalam keadaan daif. Tidak ada perancangan pun untuk pembangunan Kelantan apalah Exco negeri buat. terimalah hakikat kebolehan tok guru hanya berpolitik sahaja itupun bermodalkan agama. Sebab orang kelantan takut masuk neraka semua pakat sokong tok guru. Kalau bagi Dato Ali Rustam jadi Menteri Besar Kelantan, dah lama kelantan maju tak payah nak menuntut royalti pun. Semoga berjaya, kalau tidak kelantan akan muflis tak boleh nak bayar gaji kakitangan. itulah bala dari tuhan. hidup di dunia kena buat baik sesama manusia dan jangan doakan pecah perut orang. itu bukan sunnah nabikerana nabi sayangkan umatnya

    ReplyDelete

comment please.....