Konco-konco ku
Sunday, May 12, 2019
PRK SANDAKAN: DAP MENANG KERANA PERKAUMAN
Monday, August 27, 2018
BR1M : BANTUAN RASUAH 1 MALAYSIA
Monday, August 20, 2018
PANDA DARI NEGARA CHINA AKAN DIPULANGKAN KEMBALI?
Tuesday, August 7, 2018
MOT SINGAPURA NAFI BERJUMPA AZMIN BINCANG KERETAPI LAJU
SULTAN PERAK BERI AMARAN KERAS TENTANG KONTRAK SOSIAL
Monday, August 6, 2018
BEKAS TAHANAN SPRM KES SKANDAL KKLW SABAH DILANTIK PENGARAH JABATAN AIR SABAH
AHLI PARLIMEN SELAYANG LETAK JAWATAN? BERI LALUAN KEPADA ANWAR UNTUK JADI PM
Sunday, August 5, 2018
MENANG TANPA BERTANDING: ANWAR PRESIDEN KEADILAN YANG BAHARU
PRK SUNGAI KANDIS : PKR MENANG BERGAYA
Friday, August 3, 2018
ADUN PKR SURUH PERLAHANKAN AZAN
TERCABAR?
Dikhabarkan ADUN PKR Tiram, YB Gupalan mengesa agar azan di masjid diperlahankan kerana ganggu ketenteraman awam? Sejak 1999, DUN ini dikuasai BN (UMNO) hingga 2013 tak pun kedengaran YB UMNO halang aktiviti agama lain?
Bayangkanlah dlm keadaan dimana kaum Melayu menguasai peratusan undi di DUN ini pada PRU14 lepas (Melayu - 58.14%, Cina, 29%, India 14% dan lainya1.0%) YB ini sanggup "memberanikan diri" utk mencabar hak umat Islam?
Mana dia maruah pengundi umat Islam yg memberikan kemenangan kepadanya? Bangkitlah wahai umat Islam sebelum terlewat??
Thursday, August 2, 2018
ADUN PKR SERI SETIA MENINGGAL
PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 6.28 petang ini.
Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, selepas solat Maghrib dan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau Manis, pagi esok.
“Jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis,” katanya dalam satu kenyataan.
“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah.”
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mewakili parti itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga naib presiden PKR itu.
Shaharuddin dilaporkan menghidap kanser kolon.
Kelmarin, keluarga Shaharuddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang exco Selangor itu sedang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.
Setiausaha kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dilaporkan berkata, Shaharuddin bercuti sebulan selepas menjalani rawatan, sebelum kembali bertugas semula.
#PRKSUNGAIKANDIS : PERANG PEMILIHAN PKR SUDAH BERMULA
Tuesday, July 31, 2018
UMNO SELANGOR BERGOLAK
Terbaca artikel dari Malaysiakini tentang pergolakan dalaman UMNO Selangor. "Ketua Bahagian UMNO Selangor Pertikai Perlantikan Ismail Sabri". Begitulah lebihkurang bunyinya.
UMNO ni bila agaknya nak bersatu? Gilakan sangat jawatan Pengerusi Perhubungan. Boleh bagi tahu sebab apa tergila-gilakan jawatan tu. Tak sedar ke Selangor Kalah teruk dalam PRU 14. Siapa ketua bahagian yang layak sangat tu?
Kalau isu orang luar, calon BN di Sg.Kandis (Datuk Lokman Noor Adam) pun orang luar. UMNO especially ketua-ketua bahagian kena faham ini bukan soal orang luar atau anak tempatan. Ini soal kepimpinan. Atau mungkin Datuk Ismail Sabri tidak layak memimpin jentera UMNO Selangor? Apakah standard kelayakan untuk jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ini?
Asyik sibuk bergaduh isu jawatan akhirnya UMNO Selangor masih tak bergerak. Jentera bersepah dan ahli-ahli yang kehilangan punca rezeki pun ramai yang tak terbela sekarang. Cuba tanya Tan Sri Noh Omar bertapa payahnya nak kemudikan Selangor. TSNO sudah buat yang terbaik di PRU14 namun masih banyak juga cakap-cakap belakang menghentam TSNO. Siapa pun calon yang diletakkan sebagai Pengerusi Perhubungan sudah pastinya tidak akan dapat 100% sokongan. Apa yang penting adalah perubahan. Rakyat mahukan perubahan dan bukannya muka-muka lama yang kalah tapi sibuk nak berebut jawatan.
Maaf bagi yang terasa, tapi sesekali makan cili apa salahnya.
Rujuk:
Ketua bahagian Umno Selangor pertikai pelantikan Ismail Sabri
https://www.malaysiakini.com/news/436689
#tawanselangor
#kembaligemilang
#suararakyat
#bycyberian
Monday, July 30, 2018
PERDANA MENTERI MALAYSIA LANTIK AHLI PARLIMEN LANGKAWI SEBAGAI PENGERUSI KHAZANAH
Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bahawa Tun Mahathir, Ahli Parlimen Langkawi sebagai Pengerusi Khazanah yang baru.
GLC strategik pelaburan ini dikatakan akan dirombak 100% oleh Perdana Menteri Malaysia dengan tenaga baru.
Turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah ialah bekas Menteri Besar Selangor yang mana telah mendapat perkenan Menteri Ekonomi Malaysia, Azmin Ali.
Sekian melaporkan untuk Malaysia Baharu.
ULTRA KIASU TIDAK LAYAK MEMIMPIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PH KALAH JIKA PAS-BN BERGABUNG - DR. KAMARUL YUSOFF
ORANG MELAYU PENDATANG: MENTERI SUMBER MANUSIA MOHON MAAF
Sunday, July 29, 2018
UMNO Kelate kehilangan Tiang Serinya
Hampir berhenti degupe jantung ambo apabila dimaklumkan bahawa Mat Tere seorang tokoh anak muda Kelantan dikatakan kini keluar UMNO dan menjadi ahli seumur hidup PPBM.
Dato Seri Mukhriz Mahathir hari ini dalam lawatannya ke Kelantan telah mengakibatkan berlakunya Tsunami Kecil apabila lebih 500 ahli UMNO keluar parti.
Ini termasuklah Mat Tere, seorang tokoh anak muda kebanggaan Ketereh. Saya mengenali beliau secara peribadi dan turut merasakan bahawa UMNO Kelantan kini sukar bangkit dari kekalahan dalam PRU 14 apabila kehilangan seorang tokoh hebat ini.
Aura Mat Tere pernah menyebabkan seluruh Kelantan berendam air mata duka apabila Mat Tere ditahan reman di Johor Bahru.
Walau apa pun, kami doakan moga Mat Tere terus maju jaya bersama PPBM dan saya percaya kelibat Mat Tere di PWTC bakal dirindui oleh seluruh ahli UMNO.
Syabas dan tahniah kepada Herman Hassan kerana PPBM berjaya memiliki permata hitam ini.
#HaTepok
#TeamMatTere
Friday, July 27, 2018
DS ANWAR BERI AMARAN AWAL KEPADA KEPIMPINAN PH, KETUA JABATAN
Sistem Penyampaian Kerajaan 2 Bulan selepas PH mengambil alih kerajaan berada ditahap yang rendah ( 20% ) kecekapan takbir urus dan penyampaian serta perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut Anwar, rakyat sedang menilai KPI dan juga kompetensi kepimpinan Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri di Negara ini
" Saya telah banyak kali mengulangi pendirian dan penegasan yang sama berkaitan isu sistem penyampaian kerajaan khususnya kegagalan dan kelemahan Penjawat Awam, Pejabat Menteri dan juga Ketua Jabatan peringkat pelbagai Organisasi menjawab surat, aduan, cadangan serta permohonan pelbagai stakeholders hatta diakar umbi, sy bercakap ini berdasarkan pengalaman saya, hampir 60 surat dan email rasmi yang saya sendiri majukan hanya 3 sahaja yang diberikan respon oleh Kerajaan itupun, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Johor, ujarnya.
Anwar berkata KSN sebagai ketua Kerajaan wajar memberikan PENEGASAN dan kata dua kepada Penjawat Awam khususnya kepada Pegawai PTD, KSU, KPSU dan SUK seluruh negeri di Malaysia agar memandang serius aduan ini.
" Saya lihat Tun Mahathir bermati matian bekerja melebihi 24 jam sehari namun apa masalah utama Ketua Jabatan, Ketua Pusat Tanggungjawab, Menteri, Kementerian, Pejabat Wakil Rakyat banyak surat cadangan, komen, aduan,saranan, permohonan langsung tidak dijawab mahupun diambil peduli, katanya
Anwar berkata semua email yang dihantar kepada Ketua Jabatan wajar dijawab 24 jam manakala surat rasmi mestilah dijawab 1 hingga 2 minggu, sukacita atau dukacita adalah cerita lain yang penting mereka wajib menjawab
"Saya tidak faham mengapa secara tiba tiba selepas PH mengambil tampuk kepimpinan Negara jentera dan kekitangan kerajaan agak sangat lemah dalam menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan dan mengapa KSN juga membisu dan seakan akan tidak lagi wujud di negara ini, dahulu ketika BN memimpin KSN akan sering kali keluar dlm media dan berikan kata dua dan penegasan kepada penjawat awam kini KSN dilihat membisu dan menghilangkan diri, apa sudah jadi, ujarnya.
Beliau mahukan Tun Mahathir dan semua Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri mengambil serius permasalahan sistem penyampaian kerajaan yang sangat lemah diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, jika isu ini dipandang enteng kelak pada PRU15 yang pasti rakyat akan tolak PH dan memberikan kembali mandat kepada BN dan UMNO, ujarnya.
Anwar juga kecewa surat yang dimajukan kepada satu Kementerian berkenaan pelajar cemerlang 10 A dan 1B+ dan berberapa permohonan lain masih gagal dijawab walaupun hampir 2 bulan surat dimajukan kepada Kementerian,
" Saya dah hubungi Setiausaha Menteri beliau suruh call Ketua Unit lain, saya call Ketua Unit then dimintanya saya majukan semula surat dan email, sy dah majukan selepas 2 minggu sy call semula akhirnya pegawai Kementerian menjawab surat berkenaan telah dipanjangkan kepada unit lain oleh YB Menteri namun dah 1 bulan lebih tidak mendapat jawapan, apa sudah jadi, kami habiskan duit poslaju surat, karang surat untuk mengangkat suara dan permasalahan rakyat, kami ingin memastikan imej, reputasi dan identiti serta sokongan rakyat kepada Kerajaan PH berada ditahap tinggi, namun mengapa mereka sangat tidak efisen"katanya dengan nada kecewa
" Sepatutnya mereka menjawablah dengan hikmah dan profesional apa status diterima, ditimbangkan atau diluluskan ini tidak buat pekak dan tidak faham, apa perasaan ibubapa, anak anak belia dan pihak yang membantu membawa suara hati dan permasalahan akar umbi kepada Ketua Jabatan, Kementerian mahupun Kerajaan Negeri, katanya
Anwar juga melihat wujud kelemahan dari segi kecekapan pengurusan dan pentadbiran serta pemahaman berkaitan isu KPI, SOP dan Piagam Pelanggan
" Saya lihat ramai pemimpin dan Ketua Jabatan masih gagal memahami istilah istilah diatas, keadaan ini amat mencemaskan dan menakutkan, Tun wajar bertindak segera mahupun panggil kami untuk membantu mendidik pihak berkenaan, ujarnya.
Anwar juga memohon agar segala pandangan, cadangan serta suara hati beliau dan rakyat akar umbi jangan dibakul sampahkan mahupun diugut serta dipandang sinis, jika budaya ala " Little Napoleon" dan Birokrasi digunakan oleh kepimpinan PH yang pasti pada PRU15 kerajaan akan berubah semula, katanya.
Beliau juga memohon pemimpin PH memanggil individu dan tokoh serta sarjana mahupun golongan rakyat yang komited membantu utk berbincang segera dlm menangani isu berkenaan sebelum menjadi lebih parah, katanya.
Ini yang Tun maksudkan dengan KRITIKAN













