Konco-konco ku

Thursday, August 6, 2020

Bersatu hanya mahu tumpang jentera Umno Pas, dakwa ahli Umno


PRU14,Bersatu tumpang jentera PKR,DAP dan Amanah.

Kali ini mereka bersungguh dengan Muafakat Nasional pula sebab nak tumpang jentera UMNO/BN dan PAS,sebab itulah beriya-iya mereka mahu Muafakat Nasional Plus.

Sama juga di Sabah,bersungguh mereka nak bertanding 45 kerusi DUN walaupun mereka tahu mereka tidak ada jentera untuk membantu.

Itu yg kita pelik,beriya-iya PAS mahu menyokong Bersatu sedangkan PAS mempunyai ranting dan ahli yang lebih ramai dari Bunga ni,ke PAS nak jadi kuda tunggangan Bersatu? Takkanlah baru dapat jadi kerajaan,dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri sampai lupa prinsip?

Ke PAS ni Parti Asal Senang?

No comments:

Post a Comment

comment please.....