Konco-konco ku

Tuesday, February 14, 2017

JAMAL BAWA 18 VAN JENAZAH KE BANGUNAN SUK SELANGOR

DATO' Sri Jamal Md. Yunos sekali lagi mencetuskan fenomena apabila kali ini membawa van jenazah bersama keranda di hadapan pintu masuk Bangunan SUK Selangor sebagai satu tanda protes kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya Azmin Ali yang membiarkan pusat judi di Selangor terus berleluasa.

Pengerusi NGO Selangor ini hadir dengan membawa 18 buah Van Jenazah sebagai simbolik untuk isu yang ditimbulkan berkenaan penyalahgunaan peruntukkan dibawah YAWAS sebanyak RM200 juta.

Antara isu yang diutarakan oleh Jamal adalah berkenaan pengurusan kewangan dana YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) yang telah diselewengkan oleh kerajaan negeri dengan mengeluarkan duit daripada akaun sewenang-wenangnya tanpa melampirkan sebarang dokumen.

Peruntukkan ini telah disalahgunakan oleh Wakil Rakyat Pakatan Harapan Selangor. Peruntukkan sebanyak RM200 juta ini telah disonglap oleh Wakil Rakyat mereka dan Penyelaras DUN di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jamal mempunyai bukti yang lengkap dan jika MB Selangor tidak memberi penjelasan Jamal tidak teragak-agak akan menghantar laporan kepada SPRM.

Berlaku sedikit kekecohan apabila sekumpulan Pemuda yang dipercayai dari parti PAN dan PPBM yang cuba mencetuskan provokasi menghalang DS Jamal dari meneruskan sidang media tersebut. Polis dapat mengawal dan tiada berlaku sebarang pergaduhan dan pihak Polis mengarahkan supaya sidang media dihentikan segera.






No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...