Konco-konco ku

Sunday, January 9, 2011

PERHIMPUNAN RAKYAT VS PERHIMPUNAN MAHASISWA


Ahad, 9 Januari 2011 - Tak habis-habis lagi ke isu SUK Selangor ni? Ingatkan dah selesai setelah GAPS dan PERKASA berdemonstrasi ke SUK tempoh hari. Kali ini Yong mendapat info terbaru daripada blog The Flying Kick PADA 12 JANUARI 2011 JAM 1500 (3 PETANG) DATARAN SHAH ALAM, KELAB PENYOKONG MENTERI BESAR SELANGOR AKAN ANJUR PERHIMPUNAN RAKYAT UNTUK PERTAHANKAN PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT & BERI SOKONGAN KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR DALAM ISU PERLANTIKAN SUK NEGERI YANG BARU....Kacau bilau la negeri Selangor macam ni. Ini adalah merupakan sejarah baru kerana sudah ada Kelab Penyokong Menteri Besar. Macam kelab penyokong bola sepak pulak. Perhimpunan kali ini mungkin PAS tidak mengambil bahagian memandangkan kepimpinan PAS Selangor sekarang sudah tidak mengambil pusing berkenaan Datuk Khusrin menjadi SUK Selangor. Kerana PAS pun sudah tahu dan kenal lebih lama individu bernam Khusrin ini yang benar-benar menegakkan Islam dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Ingat 12 Januari 2011, 3 petang, dataran Shah Alam.


Ini pula berkenaan perhimpunan mahasiswa negara yang masih samar-samar objektif perhimpunan ini. Agak menarik juga tahu tujuan dan matlamat perhimpunan ini. Gabungan IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang mengumpulkan mahasiswa untuk mendesak Kerajaan Malaysia supaya tidak menyekat mereka berpolitik. Konon-konon nak hapuskan AUKU la. Agak menarik juga tarikh yang dicadangkan 11/1/11. Esok nya mungkin mahasiswa-mahasiswa inilah yang dibawa ke perhimpunan rakyat untuk menyokong Menteri Besar Selangor. Mahasiswa kalau agak berani nak dibuang IPTA/IPTS silalah lapangkan masa bersama mereka-mereka yang berhaluan kiri ini. Ingat 11 Januari 2011, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur. (Sebelah stesen monorail Maharajalela).

p/s:  Penuh agenda politik dan strategi yang terperinci. Syabas Pakatan Haram!

~WaKdOb~

No comments:

Post a Comment

comment please.....