Konco-konco ku

Wednesday, May 27, 2020

MUHYIDDIN: DALAM DIAM ADA ISI

bermulanya era kerajaan ph, rakyat sangat mengharapkan "satu sinar baru".
tapi apa yang diharapkan tidak kunjung tiba. malah kenyataan awal yang keluar ialah.

1. kerajaan tiada wang
2. sukar membaiki kesilapan kerajaan lama (diulang-ulang)
3. manifesto bukan kitab suci
4. rakyat jangan bersikap malas dan harapkan bantuan kerajaan.
5. e-wallet rm30
6. negara mahu muflis
7. kewangan negara hanya 450 juta dalam 5 bulan

dan macam-macam lagi alasan supaya rakyat menyumbang derma.

tiba-tiba kerajaan ph dirosakkan oleh ph sendiri.
perebutan jawatan pm, pm letak jawatan, pm interim seminggu dan akhirnya agong melantik pm baru.
muncullah kerajaan baru.

muhyidin diangkat menjadi pm.
di kala musibah melanda negara.
di kala rakyat menjangka negara tiada kewangan kerana lakonan ph.
di kala saham jatuh.
di kala banyak aset negara telah dijual.
umpama jerat dan umpan bagi dia.

kerajaan ini sering diprovok dengan statement
kerajaan tiada manifesto.
kerajaan pintu belakang.
kerajaan tebuk atap.
tapi hanya dalam beberapa hari saja kerajaan ini berdiri beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku.

1. pm sekali-kali tidak keluarkan statement yang membuat rakyat gusar walau disepit oleh masalah covid19.
2. kerajaan yang dikatakan tiada wang telah membantu sebilangan rakyat yang memerlukan. sehinggakan rakyat pula yang naik bimbang dan kasihan dengan tindakan kerajaan ini.
3. sikap prihatin pm dan jentera kerajaan sangat jelas dan terbukti dari segi ketegasan melakukan amanat menjaga keselamatan rakyat dari covid19.
4. selama mendepani isu covid19, pm sama sekali tidak menyentuh isu politik dan masalah yang sedang berlaku sebab pm tahu bukan masanya untuk mempersoalkannya.
5. harga minyak beberapa kali diturunkan walaupun ada yang mengejek "tindakan yang tidak masuk akal" kerana rakyat dalam pkp.
6. semua pihak diperhatikan agar sikap "win-win situation berlaku". perihal pinjaman, hutang dan sebagainya diteliti solusi yang terbaik walau tidak semuanya berpuas hati tapi terbukti adanya tindakan yang baik dilakukan.
7. pilihan menteri-menterinya adalah tepat yang saling membantu dan dapat menjalankan amanah.

walau tiada manifesto tapi nampak hasil.
walau dikecam dari pintu belakang tapi berjaya memikul rintihan rakyat.
walau baru 2 bulan namum lebih baik dari pemerintahan ph 22 bulan.
itulah pm dikata permata.

punya pengalaman yang sangat luas.
sentiasa merendah diri.
sentiasa tersenyum.
santai bila bicara.
meminta maaf bila perlu.
beliau membawa malaysia di dalam pentadbiran yang tenang dan baik.

jangan sesekali menolak permata negara.

MAHA HEBAT percaturan ALLAH
sebagai hambaNYA berjalanlah dengan kebenaran kerana setiap daripada ALLAH itu adalah yang terbaik.

takbir!
ALLAHUAKBAR!
WA LILLAHIL HAMD

1 comment:

comment please.....