Konco-konco ku

Wednesday, January 6, 2016

SUBSIDI PADI 20%: BUDIMAN AKAN KETUAI PENYERAHAN NOTA BANTAHAN KEPADA BERNAS!!

BERGEGAR di kampung-kampung khususnya di kawasan Sungai Besar, Sekinchan dan Tanjong Karang yang mana rata-rata petani / pesawah di kawasan ini tidak berpuas hati dengan pemotongan yang dilakukan oleh BERNAS.

Pemotongan gred 20% amat tidak masuk akal kerana padi yang dihasilkan oleh petani di kawasan ini adalah antara padi terbaik di Malaysia. Pada bajet yang lepas Perdana Menteri telah mengumumkan tentang penambahan subsidi padi daripada RM248.10/tan kepada RM300.00/tan dengan pelarasan gred daripada 17% kepada 20%.

Untuk lebih memahami boleh rujuk gambar di bawah:


Dalam pada itu, ADUN Kawasan Sungai Panjang, YB Budiman Mohd Zohdi dalam Facebooknya meminta agar BERNAS serta Kementerian Pertanian turun ke bawah dan dengar sendiri luahan hati daripada para petani yang terasa teraniaya.

Kenyataan Rasmi YB Budiman;

1. Saya menerima banyak aduan berkaitan isu gred 20% yang telah mengurangkan pendapatan para petani di Sungai Panjang.
2. Saya telah berhubung secara lisan dengan Kementerian Pertanian menerusi pegawai khas menteri. Saya telah menyampaikan kegusaran para petani dan mendesak tindakan susulan berkaitan perkara ini.
3. Gerak kerja seterusnya dari masa ke masa setelah meneliti input-input yang diperolehi.
4. Saya akan mengetuai menghantar Nota Bantahan kepada Kementerian Pertanian terhadap isu ini bersama-sama wakil pesawah dari kawasan.
5. Surat tersebut akan dialamatkan kepada KSU Kementerian Pertanian.
6. Nota Bantahan tersebut akan dihantar pada 7 Januari 2016, Khamis, 2.30 petang, Lobi Kementerian Pertanian Putrajaya.
7. Sidang Media akan diadakan selepas itu.



No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...