Konco-konco ku

Wednesday, June 24, 2015

TAHNIAH!! SELANGOR SETUJU BINA LADANG BABI TERBESAR DI ASIA!!

SYABAS dan Tahniah kepada rakyat Selangor khususnya kepada penduduk Kuala Langat selepas pembinaan ladang babi terbesar di Asia terpaksa dipindahkan daripada Sepang kerana mendapat bantahan penduduk setempat.

Berdasarkan kepada dokumen yang diterima, pelaksanaan Modern Pig Farming yang akan dibina di kawasan Bukit Changgang di atas tanah hak milik seluas 500 ekar telah pun selesai dan diluluskan tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana exco Selangor.

Untuk makluman, majoriti kaum yang tinggal di kawasan Bukit Changgang adalah kaum Melayu yang mana terdapat 3 PDM Melayu iaitu PDM Sungai Lempit, PDM Bukit Changgang dan PDM Labohan Dagang.

Ternyata peminggiran orang Melayu secara halus akan berlaku. Secara tidak langsung sudah pasti orang Melayu di kawasan tersebut akan terkesan dengan bau busuk dan pencemaran air dan alam sekitar yang mendorong mereka untuk keluar dari tanah dan rumah mereka sendiri.

Tengok, betapa liciknya permainan pakatan yang bersetuju tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk setempat. Umpamanya Melayu akan dihalau secara sedikit demi sedikit sehingga Selangor ini jatuh ke tangan orang lain.

Fikirkan. Renungkan. 

Adakah kita hanya mahu berdiam diri?

4 comments:

  1. laigi baik buat ladang babi & anjing terbesar di dunia..

    Anjing pun banyak laku dalam pasaran dunia. Bahan makanan di China & Vietnam

    ReplyDelete
  2. Pertembungan antara babi dan melayu di bukit changgang pastinya melayu akan tewas. Babi tak takut melayu, malah melayu sangat tak suka babi. Tiada jalan lain, akhirnya melayu akan cari jalan angkut tikar bantal keluar dari bukit changgang. Babi dan sipemakan babi sudah tahu mereka akan menang dlm game ini. Salah babi atau sipemakan babi? Tidak. Melayu yg salah. Sebab? Melayu pilih sipemakan babi jadi wakil rakyat mereka. Oleh itu, tahniah la ye...

    ReplyDelete
  3. Conth yg jelas jika kuasa melayu menjadi minoriti walaupun menteri besar je org melayu ttp exco ramai bkn melayu islam.

    ReplyDelete
  4. Cepat war-warkan kepada semua penduduk agar membuat bantahan. Wajib umat Islam mempertahankan tanah air mereka dari dicemari. Mengapa tak import saja babi ni? Mengapa perlu berterusan memprovoke orang Melayu. Azmin ni boleh tidur ke diwaktu malam apabila disiang hari memperdajalkan bangsa sendiri? Semua dilakukan kerana wang, harta dan kedudukan.

    ReplyDelete

comment please.....