Konco-konco ku

Wednesday, October 24, 2012

RONNIE LIU & MAT SABU BUAT KONSERT SAMBUT KEMAAFAN KHIR TOYO

Sukanya hati Ronnie Liu si Komunis bila Khir Toyo meminta maaf pada beliau. Di bawanya sekali Mat Sabu untuk menyambut kemenangan puak DAP yang beranggapan Khir Toyo telah tunduk dengan DAP.

Tapi jangan terlalu suka ye Ronnie Liu... Ada kejutan yang tak akan tertanggung akan didedahkan mengenai kegiatan rumah pelacuran yang kau dalangi tu... Bersedia untuk sakit jantung!!!

ISU SELANGOR: YAYASAN SELANGOR BERI TANAH PULAU CAREY FREE KEPADA ELI WONG!


Dalam satu siasatan yang TMS lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut.

Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini.

Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong?


Pendedahan lanjut di SINI.

ORANG UMNO MEMANG BAIK HATI: KHIR TOYO MINTA MAAF PADA RONNIE LIU.


Bekas Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakannya meminta maaf kepada Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu di mahkamah semalam sebagai satu tindakan bacul dan boleh menjejaskan Umno di kedua-dua peringkat pusat dan negeri.

Katanya, tidak salah mengakui kesilapan dan memohon maaf jika menyedari telah melakukan kesilapan walaupun ada yang tidak berpuas hati.

"Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya.

"Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan Umno," kata beliau dalam tulisan blognya semalam.

Permohonan maaf beliau dibacakan di mahkamah pagi semalam.

Katanya, "bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf."

"Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah.

"Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas," kata beliau lagi.

Bagaimanapun jelas beliau, kenyataan-kenyataan pada sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.

"Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran.

"Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguat kuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar," tambah Dr Khir.

Dr Khir juga berkata, ada yang meminta beliau meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan orang ramai untuk membuat penilaian.

"Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.

"Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit," katanya.

Justeru kata Dr Khir, dalam keadaan itu, beliau fikir permohonan maaf  yang dibuat semalam sangat tepat pada masanya.

"Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada Umno dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin Umno negeri," kata beliau.

Tuesday, October 23, 2012

USTAZ FATHUL BARI BERI AMARAN KERAS KEPADA CHUA SOI LEK & KARPAL SINGH!!

Mohon kepada pemimpin bukan Islam supaya biarkan isu-isu Islam di selesaikan oleh orang-orang Islam. Jangan komen jika anda tidak faham isu yang berkaitan dengan  Islam. Ini adalah perkara yang sangat sensetif kepada kami.


DISKUSI PANAS: BENARKAH MELAYU PAS SUDAH MUAK DENGAN DAP?


Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.

"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).

"Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu.

Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.

"SAya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran.

"Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP.

"Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz.

Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu. 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta.

Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera.

Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu.

Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan.

Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.

Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.

"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanyaperkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china.

Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan.

Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.

Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja.

MEnurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin malampaui batas.

"Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini.

"Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap  hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim.

Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.

"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim.

Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina?

Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan.

Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.

DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. 

DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti?

Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti.

Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau.

Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan.

Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

(GAMBAR) BUKTI AIR DI EMPANGAN SUNGAI SELANGOR SURUT TAHAP KRITIKAL!!





Bukti apa lagi yang Khalid Ibrahim nak? Ini bukan benda main-main bila air empangan surut tahap kritikal.

Memang sah yang krisis air 2014 di Selangor akan berlaku jika keegoan Khalid tidak ditundukkan...

ISU SELANGOR: APA HUBUNGAN YDP MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR DENGAN SKANDAL PKNS??


Puan Noraini Roslan merupakan watak penting dalam penukaran zon tanah yang melibatkan padang PKNS telah dinaikkan pangkat menjadi YDP Majlis Daerah Kuala Selangor pada 1 Julai 2011. Ertinya dah setahun beliau menjadi YDP.

Peliknya bagaimana pegawai yang boleh tukar Rancangan Tempatan berkali-kali walaupun dah digazetkan boleh dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang agak tinggi. 

Tindakan beliau menukar zon tanah kepada Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) 2 yang telah digazetkan adalah tidak mengikut peraturan. Macam mana pegawai yang tak ikut peraturan boleh naik pangkat?.. (Klik Sini)

ISU SELANGOR: BENDA APA LAGI YANG KHALID TAK PERNAH BOHONG KEPADA RAKYAT SELANGOR?

Apa lagi yang Khalid Gagap terlupa nak bohong pada rakyat Selangor. Melihat kebangkitan sedikit demi sedikit rakyat Selangor yang terasa tertipu dengan janji kerajaan pakatan yang dahulunya lembut gigi dari lidah namun hakikat yang diperolehi adalah hampa. Manifesto bukan janji.

Lidah bercabang Guan Eng telah merebak ke Selangor dan berkalih pada Khaldi Gagap. Dari mula pentadbiran kerajaan pakatan lagi semua manifesto yang pernah dilaungkan bukan janji. Jadi, rakyat Selangor terimalah hakikat yang kamu semua ditipu...


GRAND FINAL PR, PERHIMPUNAN RAKSASA TERAKHIR SEBELUM PRU


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.

Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.

Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.

ISU SELANGOR: PELAJAR SEKOLAH SAINS KUALA SELANGOR DIANIAYA OLEH KHALID IBRAHIM.

Minggu lepas kalau tak silap aku adik sepupu aku yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor diarahkan balik ke rumah masing-masing selama 3 hari kerana ketiadaan air di asrama tempat mereka menginap.

Aku pun kurang pasti apa yang menyebabkan ketiadaan air kat Kuala Selangor sebab setahu aku kawasan perumahan di Kuala Selangor semua ok je air keluar dari pili paip.

Siapa yang patut dipersalahkan ni? Kenapa hanya SMS Kuala Selangor sahaja yang ketiadaan air sedangkan ribuan rumah di kawasan yang sama tidak terjejas langsung?

Sehinggalah ada seorang penjaga kepada salah seorang pelajar sekolah tersebut menghantar email kepada rakan blogger.

Meh kita baca luahan hati kecewa si bapa... dan korang nilaikan sendiri...

(klik pada gambar)

Salam tuan, 
Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik. 
Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.Selain itu,penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi. 
Untuk makluman pihak tuan,perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Masuk hari ini,sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian. Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan,saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor. 
Apa lagi yang boleh saya lakukan.Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah. Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ? Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi. Kasihan anak-anak. 
Dari Cikgu ***** (sori la,aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan) RTB2 Sungai Panjang - Selangor Daily  

(18SX) WANITA INI SANGGUP BUKA BAJU KERANA KEZALIMAN GUAN ENG


Kezaliman rejim Guan Eng telah menyebabkan peniaga wanita diatas sudah hilang kewarasan dan  pertimbangan. Rakyat nak cari makan pun susah di P.Pinang ni sejak Guan Eng memerintah. Dulu masa BN memerintah, tidak pula berlaku keadaan sehingga macam ini.

Ringkasan yang aku boleh ceritakan dari video diatas ialah mereka ni merupakan penjaja yang dah tak tahan sangat dan sudah hilang sabar dengan tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah telunjuk Guan Eng yang tak habis-habis 'mengganggu' mereka ini berniaga.

Sudahlah tidak dibenarkan berniaga di situ, apabila nak pohon kebenaran permit berniaga tidak dibenarkan pula. Pintu rundingan ditutup terus dengan pihak Majlis.

Mereka yang berniaga di Padang Kota lama ini bukannya buat sampah pun, hanya berniaga cenderahati, permainan serta urut refleksologi, Secara tak langsung, mereka ini memeriahkan susana di kawasan tarikan pelancong tersebut.

Lebih dasyat, MPPP sanggup gunakan wang rakyat untuk bayar elaun kerja lebih masa kepada penguatkuasa tersebut untuk bertugas memantau kawasan tersebut setiap pagi petang siang malam demi untuk memastikan sesiapapun tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka.

Zalim.. Guan Eng memang zalim..

Monday, October 22, 2012

ISU SELANGOR: KHALID BERUCAP HUJAN DI SELANGOR TIAP HARI, MACAM MANA KATA AIR KURANG?

Aku dah naik hairan dengan MB Selangor, Khalid Gagap ni, lepas satu, satu dia cakap macam orang tak cukup sifat. Lepas membongkakkan diri dengan tidak membenarkan pembinaan empangan langat 2 untuk rakyat Selangor, kini dia buat kenyataan bodoh lagi.

Ahad semalam semasa ucapan beliau di Assam Jawa, Ijok, beliau menegaskan sekali lagi yang air untuk rakyat Selangor pasti cukup memandangkan hujan lebat hampir setiap hari di Selangor.

Aduh! Malu pulak rasanya berMenteri Besarkan seorang yang suka buat lawak BODOH!

Hujan memang setiap hari, kemungkinan besar pun air empangan akan meningkat naik. Dan aku tak nafikan yang jika melihat dari kapasiti air yang ada diempangan tersebut memang cukup untuk rakyat Selangor. Tapi RAKYAT SELANGOR MINUM AIR HUJAN KE??

*BANGANG

Projek Langat 2 tu nak menapis air yang kotor tu jadi air yang bersih. Sanggup ke rakyat Selangor minum air kotor macam tu? Kalau sanggup OK aku pun sanggup pindah negeri lain kalau Khalid terus memerintah.

Demi untuk memutarbelitkan kenyataan dan keegoannya, Khalid sanggup memperbodohkan rakyat Selangor dengan kenyataan yang tak boleh masuk dek akal. Fikirlah dulu Khalid oi sebelum berucap tu....

BIAR BETUL BAS MEWAH ANWAR LANGGAR KAMERA AES??!

GEMPAR!! Kamera AES yang dibenci oleh pemandu Malaysia telah dilanggar oleh bas mewah Anwar.

Berita yang aku sendiri tak percaya ada orang yang sanggup langgar kamera disebabkan marah kerana kamera tersebut.

Aku pun marah juga tapi tak sampai hati pulak nak langgar.

RBF ada maklumat kot pasal kes langgar lari ni. Kamera AES sembah bumi.

WARNA PELANGI SIMBOL 'GAY PRIDE', ANWAR PAKAI PAYUNG WARNA APA TU??


The rainbow is a symbol of gay pride, as opposed to gay liberation, which used the pink triangle on various colored fields.
Jim Ferrigan, 14 Feb 2003

Mengikut dari bacaan yang telah aku buat sedikit sebanyak, ternyata warna pelangi itu adalah simbol kemegahan bagi golongan gay dan LGBT yang lainnya.

Korang boleh check balik kat Mr. Google dan cari berkenaan 'Rainbow Flag'. 

A rainbow flag is a multi-colored flag consisting the colors of the rainbow. The actual colors shown differ, but many of the designs are based on the traditional scheme of red, orange, yellow, green, blue, indigo and violet, or some more modern division of the rainbow spectrum (often excluding indigo, and sometimes including cyan instead). 
The use of rainbow flags has a long tradition; they are displayed in many cultures around the world as a sign of diversity and inclusiveness, of hope and of yearning. 
There are several independent rainbow flags in use today. The most widely known worldwide is the pride flag representing gay pride. The peace flag is especially popular in Italy and the cooperative flag symbolizes the international co-operative movement. It is also used by Andean people to represent the legacy of the Inca empire (Wiphala) and Andean movements.
Tak ada apa yang aku nak jelaskan lagi kat sini. Sekarang baru aku tahu kenapa kebanyakan pondan, bapuk, gayboy banyak pakai baju warna-warni. Supaya orang lain yang seangkatan dengan mereka dapat mengenali siapakah mereka.

Salah satu acara perarakan gay dan LGBT terbesar yang aku dapat cari adalah "Vienna Pride Parade" yang mengumpulkan puak LGBT diseluruh dunia untuk berarak demi solidiriti dan kesamarataan.

Hebat! Nampaknya Anwar telah membawa masuk gerakan ini di dalam Malaysia. Jadi, tidak mustahil jika benar Anwar jadi PM, akan ada perarakan di Malaysia seperti ini.

Tolak Pakatan, Malaysia Selamat!

ANWAR MENGAKU JET YANG DINAIKI ADALAH MILIKNYA


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong baru-baru ini, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

“Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

“Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam,” katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Pendedahan seterusnya di SINI.

SERONOK DUDUK MALAYSIA, JADI PELAKON SEKS PUN DILAYAN MACAM ARTIS.

Seronoknya hidup kat Malaysia ni kan? Buat lah apa-apa kejahatan sekalipun, glamour tetap glamour. Siap dapat jemputan dari pihak radio tempatan untuk ditemubual. Malah semakin mencanak naik glamournya mengalahkan video seks Anwar Juburi dengan ChinaDoll dulu.

Macam ada yang tak kena pulak dengan pentadbiran Malaysia sekarang ni. Dulu mengutuk, menghina bendera Malaysia, lagu Negaraku terus mendapat perhatian rakyat Malaysia malah telah berjaya menjadi produser hebat.

Apa lagi nak menafikan penglibatan pelampau yang menentang pembentukan negara Islam dan penderhaka raja Melayu. Semuanya seumpama berjaya meletakkan diri mereka atas tiket kebebasan bersuara.

Adakah suara menteri kita yang sebenarnya telah hilang? Mana kredibiliti yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

PEMUDA PAS KUALA KEDAH BUAT LAPORAN POLIS KEATAS MB KEDAH!!


Pemuda Pas Kuala Kedah mahu siasatan lanjut dijalankan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah di negeri ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Azizi Abdullah hari ini membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

"Salinan laporan itu telah dihantar kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.

"Kita tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan. Jika penyelewengan itu berlaku tindakan undang-undang patut diambil dan jika tidak, satu mekanisme untuk membetulkannya perlu dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.

Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim mendakwa unsur rasuah berlaku kerana kerajaan negeri mengeluarkan sumber kewangan yang banyak walaupun beberapa projek tidak siap dan wujud penipuan dalam tuntutan pembayaran di tujuh buah kawasan perumahan terbabit. - BERNAMA

P/S: KANTOI!! Pemuda PAS Kuala Kedah pun dah buat report polis pasal kepincangan pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah. Dah bukak mata ke semua orang PAS??

SEORANG LAGI MANUSIA KURANG AJAR DENGAN RAJA MELAYU


Tak habis lagi individu-individu yang suka menghina sultan Johor serta kerabatnya. Apalah dosa sultan Johor pada mereka aku sendiri pun tak pasti. Mungkin ada yang terkurang yang menyebabkan individu terbabit begitu sakit hati dengan sultan Johor.

Walaupun bukan dengan sultan Johor sekalipun, aku rasa memang kurang ajar budak nama Zul Yahya ni. Status dalam facebooknya boleh menyebabkan sesiapa yang baca pun naik marah. Walaupun dituju kepada Sultan bukan diri sendiri, aku pun turut terbakar.

Perasan tak bila fenomena menghina institusi kesultanan ni bermula? Ya! Selepas pakatan rasa telah berkuasa merampas 5 negeri dalam PRU yang lepas. Puak pakatan telah merasa hebat dan merancang untuk menghapuskan institusi Raja Melayu sebelum berkuasa ke atas Malaysia.

Tolong selamatkan Kesultanan Melayu kita, tolong selamatkan negara Malaysia kita. Jangan biarkan pakatan yang dinaungi oleh DAP dan Yahudi bermaharajalela. Aku percaya Melayu akan terhapus jika kita beri mandat pada puak pakatan.

150 ORANG LAGI PENDUDUK SELANGOR BERANG DENGAN KHALID GAGAP!!

Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.

Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu. Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri PR.

Selain itu,Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.P.Kamalanathan berkata,rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.

Katanya,beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.

Sohaimi berkata,tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku. 

SUBHANALLAH! TANAH SABAH MEREKAH AKIBAT GEMPA!


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Satu gempa bumi lemah dengan kekuatan 2.9 pada skala Richter telah berlaku di Kudat, Sabah pada pukul 8.46 malam tadi.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa bumi itu berlaku di 22 kilometer dari selatan Kudat dan gegarannya dapat dirasai di sekitar daerah ini. 

- UTUSAN

posted from Bloggeroid