Konco-konco ku

Tuesday, February 21, 2012

KAHALID GAGAGAP TAKUT TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SKANDAL PASIR BERDENGUNG!!!

Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewengan ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.





Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Monday, February 20, 2012

BLOGGER MANA DATANG KAWASAN AKU TAK BAGI SALAM NI???

Gempak tak tajuk??Hahaha...Syabas blogger Brader Jai kerana sanggup berusaha gigih ikut Aman Kampus kemana sahaja. Tanpa media tak siapa tahu dan ikut perkembangan Aman Kampus. Tahniah sekali lagi. Jauh sahabat blogger ni berjalan sampai masuk ke kampung JawaBernam. JawaBernam pun tak ada masa nak balik kampung lagi ni. Tengok blog Brader Jai teringat kenangan-kenangan di kampung dulu. Eceh! Gaya macam berpuluh tahun tak balik kampung...hahaha

Ok lah. Program Aman Kampus hampir melabuhkan tirainya. Program kemasyarakatan yang amat murni ni sepatutnya diteruskan hingga tahun depan. Lawat semua kawasan kampung khususnya. (hahahaha). Tahniah juga kepada jawatankuasa yang bertindak sebagai penyambut tetamu di Parlimen Sungai Besar. Dapat la merasa mahasiswa ni masakan dan adat JAWA. Untuk berita terus boleh melawat tengok sekali lalu blogger UMB brader jai ni di braderjai.blogspot.com.

Inilah barisan penganjur dari Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar

Sunday, February 19, 2012

PENDEDAHAN: KENAPA PEMIMPIN DAP TAK DAPAT PINGAT KEBESARAN RAJA-RAJA MELAYU??

Tahukah kalian kenapa pemimpin-pemimpin tertinggi DAP tidak seorang pun mendapat Darjah Kebesaran dari Raja-raja Melayu? Adakah setelah berjuang berpuluh tahun mereka semua ini tidak layak? Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang lain semua tiada mendapat gelaran-gelaran yang diidam-idamkan oleh semua orang politik seperti gelarang Datuk, Dato' Seri, Tan Sri, atau pun Tun.

Dapat lihat gambar contoh di atas? Nampakkan yang penerima darjah kebesaran perlu tunduk kepada Raja-raja Melayu untuk memakai selempang pingat.

YA! Sebab DAP memang anti-Islam, anti-Melayu dan anti-Raja-raja Melayu. Mereka ini begitu angkuh dan sombong. Mereka tidak mahu untuk tunduk kepada Raja-raja Melayu. Itu pasal DAP ini berani nak saman Sultan Perak. Sebab mereka langsung tidak hormat akan Melayu dan Raja-raja Melayu. Korang boleh nilai sendiri ape yang JawaBernam sampaikan. Jika benar kita WAJIB tolak DAP. Jika salah apa tanggapan JawaBernam boleh lah tegur. JawaBernam sedia menerima kritikan yang membina. Fikirkan.

BLOGGER PAS SEPAKAT MAHU ANWAR DIBUANG KERANA MENYOKONG ISRAEL!!

Sejak kebelakangan ini, ramai pihak dari semua organisasi mengecam tindakan dan kenyataan yang dibuat Anwar dalam Wall Street Journal untuk menyokong Israel. Hubungan Anwar dengan pimpinan tertinggi Israel sudah diketahui umum. Anwar sememangnya pendokong Israel dan kemana sahaja di jahanam ini pergi maka akan adalah agen-agen Israel yang memberi pertolongan samada dengan dana atau pun tempat.


"Two-State Solution". "I support all efforts to protect the security of the state of Israel". Terang-terang Anwar sudah berkata yang walau bagaimana sekalipun, si jahanam ini akan menyokong Israel. 

Beberapa blogger dari pembangkang yang tidak perlulah JawaBernam nyatakan di sini telah mengeluarkan beberapa artikel yang mengecam Anwar. Blogger yang kebanyakan dari PAS tidak bersetuju dengan tindakan Anwar dan bertentangan dengan hala tuju PAS dalam mempertahankan Islam di peringkat dunia. Masih percaya lagikah kita dengan binatang bernama Anwar Jubri ini? Fikirkan.

SAIFUDIN TAK PUAS KOREK MUKE BULAN SENDIRI, NAK KOREK PASIR SELANGOR PULAK!!!

 
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor. 

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd.
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan. “Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak. “Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity. 

Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu. 

Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor. 

Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

PANAS!! ANWAR DIHALAU ORANG PEKAN!!

Kesian tengok Anwar ni. Kehadirannya untuk berceramah tidak dialu-alukan oleh orang Pekan. Dengar ceritanya yang penduduk Pekan yakni kawasan PM Najib telah berkumpul ramai-ramai untuk menghalang serta menghalau Ketua Pembangkang dari memberi ceramah kepada pengundi-pengundi dikawasan PM ini.

Apabila orang-orang Anwar mendapat maklumat yang penduduk membantah kedatangan Anwar ke kawasan itu, maka Anwar telah dibawa oleh pemuja-pemuja menaiki motor ke tempat ceramah bagi mengelakkan dari diketahui oleh penduduk Pekan. 

Nampaknya penduduk Pekan tidak menerima kehadiran Anwar disitu. Maka, berlalulah Anwar bersama-sama pemujanya berpatah balik ke kereta mereka dan pulang dengan hampa. Sekarang semua rakyat Malaysia sudah tahu siapa sebenarnya Anwar. Anwar telah ditolak oleh rakyat. PKR akan mati!!!

AIR SELANGOR SEMAKIN KERUH!! MAJLIS BELIA BERANG!!!

KENYATAAN  MEDIA - Majlis Belia Selangor

ISU AIR SELANGOR – BELIA MAHUKAN PENYELESAIAN SEGERA


1)    Merujuk kepada perkara di atas kami dari semua peringkat persatuan belia di negeri Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri Selangor dengan segera.

2)    Dari laporan media cetak dan elektronik kami maklum sudah banyak kali kedua-dua pihak telah bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan. Semalam EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah; a) proses pengambilan air mentah dari bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan dan air mentah dari takungan hujan.

3)    Sebelum ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu; a). pengambilan balik tanah hak milik; b). penggunaan tanah rizab hutan simpan; dan c). kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal.

4)    Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat. Malahan mereka telah mencadangkan perkara yang lain pula. Bukankan cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan yang besar menggunakan duit rakyat Selangor? Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk membina rumah kos rendah?

5)    Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari 2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor akan mengalami masalah air, maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan cadangan-cagangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan dibelanjakan duit rakyat Selangor?

6)    Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631 juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada 5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta liter sehari.

7)    Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan laporan berkenaan permasalahan air ini.

8)    Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami TIDAK YAKIN dengan janji Kerajaan Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi, apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan.

Terima Kasih.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden
Tel: 0174809722

Sumber: KGC

Saturday, February 18, 2012

CALON PAS SG. AIR TAWAR KENA HALAU DARI SURAU MERU!!

Azrul Hakim Suradi (kiri) baru-baru ini telah dihalau oleh orang kampung Meru dari terus berceramah sambil menyebarkan fitnah dan berpolitik didalam surau. Dasar orang PAS, dapat surau, dapat masjid habis semua dijadikan medan ceramah politik dan memburuk-buruk kan orang lain dalam kawasan Allah. Surau dan masjib tempat beribadat orang Islam bro..bukan tempat nak tabur fitnah buat dosa...

Rakan blog Gerakan Timur ada cerita penuh. Lihat di SINI.

DAP BUAT U-TURN! TIBA-TIBA SOKONG PALESTIN???

Hahahaha...perkara yang paling menakjubkan apabila buka mata pandang pada posting rakan-rakan blogger yang buat artikel pasal DAP sokong Palestin. Dunia nak kiamat ke ni beb? Biar benor si Tony Puaka dari DAP Rasis Melayu dan Islam ni nak sokong Palestin yang terang-terang beragama Islam. RETORIK!

Ini strategi nak tarik undi Melayu ni. Usah nak bohong la yop. Lu sudah keluar dari DAP ka? Takut nanti lu yang mati tiba-tiba sebab kena bunuh dengan geng-geng Israel kat singapura. Hati-hati Tony!

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas.-UTUSAN

PILIHANRAYA DAH DEKAT, PAS MULA KUMPUL DANA??

Dah sudah kenapa PAS ni gelabah beruk sangat ni? Tak kan sampai buat iklan kat surat khabar nak minta derma? Tak cukup lagi ke derma 'tin milo' kat setiap ceramah-ceramah pakatan haram?

Nampaknya parti dalam pakatan terutama PAS sedang berusaha untuk mengumpul dana bagi pilihan raya umum ke-13. Hari ini mereka telah mengiklankan di dalam majalah hiburan seks mereka berkenaan perkara tersebut. Haramkah ke ape ntah jadahnya majalah ala-ala playboy dorang tu. JawaBernam pun tak pasti.

Aik? Tak kawan-kawan dalam pakatan tak tolong kot. Tak kan makan sorang-sorang je. Kalau DAP boleh minta dana dari Singapura, PKR pula boleh minta dana dari Israel, PAS minta la dana dari Syria ke, Mesir ke atau negara-negara sekutu yang lain. JawaBernam cadangkan PAS keluarlah dari pakatan yang sudah hampir tenggelam dan kembali bergabung dengan UMNO untuk membentuk satu negara Islam yang kukuh. Ini bukan soal dana, tetapi ini soal akidah umat Islam di Malaysia yang mana dapat dilihat perpaduan antara kita semakin berantakan dari hari ke hari. Ini bukan dongengan. Bangsa lain tiap hari bertepuk tangan dengan kehancuran perpaduan ummah kita. Melayu dan Islam harus bersatu. Fikirkan.

Friday, February 17, 2012

NIK AJIS BUAT SOLAT HAJAT! ANWAR SUJUD ISRAEL BELAKANG KIBLAT!

Anwar yang dilihat semakin mendapat kecaman dari dalam pakatan sendiri iaitu PAS sehingga hari ini tidak memberi apa-apa respon terhadap kecaman yang dibuat oleh majlis syura PAS untuk samada meminta maaf kepada seluruh dunia Islam atau menyaman WSJ ke atas kenyataan beliau tentang 'two-state solution' yang menimbulkan kemarahan dunia Islam semua negara. Anwar yang dilihat cuba melarikan diri dan cuba mendapatkan sokongan dari DAP untuk memberi sokongan kepada beliau akan terus diburu oleh penyokong PAS yang begitu marah dengan tindakan ketua pembangkang Malaysia ini.

Sikap lidah bercabang Anwar bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia kerana beliau memang terkenal dengan lidah bercabangnya. Dalam Malaysia cakap lain, Luar Malaysia lagi cakap macam keling! Si pengkhianat negara ini didakwa cuba memburuk-burukkan negara Malaysia pimpinan Najib kerana bercita-citakan menjadi Perdana Menteri dan seterusnya akan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel dan seterusnya mengiktiraf negara Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat walhal negara-negara di seluruh dunia menafikan akan tanah Israel yang dirampas dari Palestin.

Michael Ordman, journalist dari The Jerusalem Post membuat kenyataan bahawa beliau amat berterima kasih kepada Anwar kerana sanggup membuka hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel yang diluahkan kepada Wall Street Journal baru-baru ini. Orang Israel-Zionis yang wajib kita bunuh dan telah termaktub pun dalam al-Quran, namun ada juga orang Islam yang kononnya boleh menjadi Imam begitu kuat menyokong Israel-Zionis ini. Beliau cuba menjadi hero bagi menyelesaikan masalah ini tetapi tidak sedar akan hakikat sebenar yang mana akan meragut nyawa rakyat Malaysia dan seterusnya Islam yang telah lama bertapak di bumi bertuah Malaysia ini. 

Masih ada lagikah penyokong-penyokong pembangkang yang buta dan bisu? Sanggup bersekongkol dengan Israel yang telah meragut jutaan nyawa saudara se-Islam kita di Palestin? Fikirkan sebelum terlambat.

Thursday, February 16, 2012

PANAS!!! NANDO'S JATUHKAN PERNIAGAAN MELAYU!!!!

JawaBernam dah dapat agak semua permainan celeng DAP ni! Selepas menghuru-harakan KFC dan menjatuhkan reputasi KFC yang mana pemegang sahamnya adalah terdiri dari orang Melayu, kini geng-geng keparat DAP bagai menangguk di air yang keruh. Sungguh busuk strategi mereka ni.

Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia sepatutnya berhati-hati apabila memilih strategi promosi. Kedua-dua franchise ini adalah pesaing hebat dalam sektor makan segera sumber ayam dan KFC dilihat lebih kedepan kerana Melayu tahu yang ayam di KFC adalah halal. Tapi tidak di Nando's yang mana ayam nya boleh diragui. Fikirkan lah. 


p/s: Strategi perniagaan yang menjatuhkan pesaing dengan cara yang sungguh jijik. Boycott Nando's!!!

KENAPA TIBA-TIBA VC UiTM JADI BAHAN POLITIK PEMBANGKANG?

VC UiTM jadi mangsa seterusnya MalaysiaKini? Apa kes pulak ni yang si pembangkang tak puas hati pasal VC JawaBernam ni? Dia tak terlibat dengan mana-mana parti politik la oi! Jangan la sebab politik sampai institusi pendidikan Melayu pun korang nak masuk campur sekali? Akal ada ka??

Nampaknya pembangkang sudah kehabisan isu dengan menghentam Dato' Sahol atas kes pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda yang dituduh memberi biasiswa itu kepada dua orang anaknya. Ceh! Bijak lah sikit kalau nak spin isu pun. Tak larat nak tulis panjang-panjang pasal isu bangang yang menjatuhkan karakter VC UiTM iaitu Universiti Bumiputra di Malaysia, korang tengak dulu blog Keris7Lok.

Ini mesti ada agenda tersembunyi yang dirancang oleh pembangkang untuk menjatuhkan reputasi Dato' Sahol dan UiTM. Sedia maklum yang UiTM adalah satu-satunya Universiti Melayu dan Bumiputra yang paling lama bertapak di Malaysia dan mempunyai lebih dari 50 cawangan diserata Malaysia. Dan sudah tentu ada lebih ramai penyokong-penyokong I.M.R. yang masih dan telah habis belajar yang keluar dari UiTM.

KLIK UNTUK MAKLUMAT DR.SAHOL
Kejayaan Dr. Sahol begitu membanggakan orang Melayu dan Malaysia. Dan Dr. Sahol begitu dikenali dan disayangi oleh pelajar-pelajar UiTM kerana keprihatinan dan juga sifat peramah beliau kepada semua staff dan pelajarnya. JawaBernam sempat berVC-kan Dr. Sahol selepas perletakkan jawatan Dr. Ibrahim Abu Shah. MalaysiaKini jangan dicabar anak-anak Melayu Bumiputra atas fitnah yang kalian buat, kami akan turun menentang pembangkang dengan apa cara sekalipun. Fikirkan.

p/s: Kami pelajar UiTM pernah berarak beramai-ramai ke SUK untuk membantah kemasukan bangsa lain ke UiTM. Dan Kami pelajar UiTM akan terus melindungi UiTM walaupun telah tamat belajar. Kerana UiTM satu-satunya Universiti untuk Melayu. UiTM Sentiasa Di HatiKu!

Wednesday, February 15, 2012

ANWAR BATAL PRU-13 JIKA TAK DAPAT PERSETUJUAN ISRAEL


Anwar: Batal PRU-13 jika SPR gagal bersih daftar pemilih

PETALING JAYA 13 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pilihan raya Umum akan datang sekiranya masih gagal membersihkan daftar pemilih. Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu. “Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini...
Source: KeadilanDaily.com

*****************

p/s: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepian pantai
       kalau takut dada sesak, jangan berani-berani nak tibai.

PM PALESTIN MUSYKIL DENGAN ANWAR AGEN ISRAEL

PM Palestin kecewa dengan anwar atas kenyataannya mempertahankan negara Israel menerusi 'Two-State Solution' yang diwar-warkan oleh Wall Street Journal baru-baru ini.

Sahabat blogger MPP ada cerita nya.

Tuesday, February 14, 2012

iSHARP: MB AHMAD SAID TUTUP MULUT LONGKANG PEMBANGKANG.

SETIU – Saya puas hati! Begitulah reaksi awal Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai projek ternakan udang bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatoh membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM260 juta.

Menurut Ahmad, kejayaan di peringkat awal ini membuktikan bahawa usaha Kerajaan Negeri tidak sia-sia apabila projek yang dibangunkan oleh Blue Archipelago Berhad itu berjaya mencapai hasil yang dikehendaki.

“Pada masa ini sebanyak 48 kolam telah beroperasi dan setiap ekor udang yang diternak mampu mencapai berat 25 gram dalam tempoh 110 hari.

“Seperti yang dimaklumkan oleh pengurusan, setiap satu kolam udang mampu memberikan hasil sebanyak enam tan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media sempena lawatan kerja ke Setiu, semalam.

Ahmad berkata, dijangkakan pada 2013, sebanyak 400 kolam lagi akan siap sepenuhnya dengan kapasiti pengeluaran mampu mencecah 3,920 tan metrik setahun.

“Oleh itu, kejayaan ini secara tidak langsung dapat menutup mulut pihak pembangkang yang banyak memberikan pandangan tidak betul sehingga rakyat terpedaya dengan kata-kata mereka.

“Sebelum melaksanakan projek ini Kerajaan Negeri telah pun membuat penilaian awal dengan pihak terlibat dan ia bukan sewenang-wenangnya dilakukan tanpa sebab.

“Jika kawasan ini sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian memang kita sudah menanamnya dengan kelapa sawit tetapi disebabkan ia kawasan berpaya, projek inilah yang sesuai selain air lautnya berkualiti tinggi,” katanya.

Selain itu, keadaan semula jadi kawasan itu yang sesuai dengan penternakan udang telah membuka peluang lebih besar kepada hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi pengeluar udang terbesar di Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai projek udang yang menyebabkan keadaan banjir di kawasan ini semakin teruk, Ahmad berkata, pihak Blue Archipelago telah pun membuat kajian semula mengenai keadaan itu.

“Sempena lawatan ini juga saya telah mencadangkan pembinaan pembetung air atau jambatan kecil mesti dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama seperti musim tengkujuh lalu berulang.

“Insya-Allah kemelut yang berlaku kepada penduduk sekitar dijangka dapat diselesaikan dan percaya pihak Blue Archipelago boleh melaksanakannya secepat mungkin,” katanya.-SH

ANWAR KELUAR LAGI KENYATAAN MENYOKONG HOMOSEKSUAL DI INDONESIA

Selepas terlepas dari tuduhan meliwat Saiful, Anwar merancakkan lagi kancah politik kotor PKR apabila berkata menyokong 'Two-State Solution' antara Palestin dan Israel yang mana Anwar dilihat cuba back-up Israel dalam isu serangan ke atas Palestin yang man diketahui Israel amat dibenci oleh rakan pakatannya iaitu PAS. Tanpa mengambil berat sentimen Islam dunia, Anwar dengan angkuhnya menafikan video yang jelas mendokong sikap melindung beliau ke atas Israel. Anwar juga diperintah oleh PAS supaya memohon maaf atau menyaman Wall Street Journal atas kenyataannya jika benar semua ini fitnah dari badan berita itu.

Baru-baru ini, Anwar sekali lagi menggegarkan dunia Islam khususnya di Indonesia yang mana beliau menyokong Homoseksual selagi tidak dihadapan public. Ini lah wajah sebenar Anwar yang cuba berselindung atas nama Islam dan Yusuf Qarddawi. 

Artikel dibawah menyatakan dalam liputan Tempo yang mengikuti seharian program Anwar di Bandung. Tetapi Tempo telah mengesahkan satu sifat Anwar iaitu beliau menyokong homoseksual.

Terkejut? Jangan terkejut kerana Anwar memang sejak dahulu menyokong LGBT dengan bantuan Majlis Peguam dan Ambiga. Banyak sangat yang bertentangan dengan Anwar jika hendak dibandingkan dengan Islam yang dibawanya. Masih Islamkah Anwar jika menyokong Israel, juga LGBT? Fikirkan.

PAS SUDAH BUKA TOPENG SEBENAR. PAKATAN BERLAINAN HALA TUJU.


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Monday, February 13, 2012

MELAYU & INDIA TERPINGGIR DI PULAU PINANG. TOLONG BERI PERHATIAN!

TO BE CONTINUE........

HASAN ALI GEGAR SUNGAI BESAR!!! JOM TURUN!!!

ROADSHOW HASAN ALI SUDAH SEMAKIN RANCAK DENGAN PENERIMAAN RAKYAT DARI PELBAGAI IDEOLOGI POLITIK. AKIDAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN.

JAWABERNAM MENYERU KEPADA SEMUA PENDUDUK SEKITAR SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM, TANJONG KARANG, KUALA SELANGOR, TELUK INTAN DAN KAWASAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA AGAR DAPAT HADIR BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA HASAN ALI DEMI MEMBELA I.M.R.

DI JEMPUT SEMUA!!!