Konco-konco ku

Friday, June 29, 2012

ANAK JAWA PERAK BAKAL TERAJUI MALAYSIA!




Oleh: Yusuf harun

APABILA membincangkan siapakah yang harus menjadi Perdana Menteri (PM) kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, balik-balik nama disebut ialah Anwar Ibrahim, kemudian Haji Hadi Awang. Ada orang kata, “Macam tak ada orang lain lagi.”

Tafsirannya mudah. Nampaknya tidak ada barisan pemimpin pembangkang yang benar-benar layak untuk dicalonkan ke jawatan tertinggi itu. Sebaliknya, majoriti pemimpin dalam PKR dan Pas hanya berkemampuan jadi menteri sahaja. Itu pun berdasarkan ceramah politik atau kenyataan mereka yang tersiar dalam media.

Cakap memang semua orang boleh cakap sedangkan hasilnya belum terbukti, semua orang boleh buat. Ini berbeza dengan kem BN, terutamanya Umno. Sejak dulu lagi Umno tidak pernah ketandusan pemimpin yang layak menjadi PM. Cuma ada yang tidak bernasib baik dalam pemilihan pucuk pimpinan parti atau kurang berminat untuk mempromosikan diri sebagaimana dilakukan Anwar.

Dalam Umno, ramai pemimpin yang berpotensi, walaupun bukan daripada kalangan Naib Presiden Umno. Ada satu atau dua kalangan kepimpinan Pemuda yang mempunyai flair dan karisma untuk menjadi PM. Begitu juga mereka yang terpilih selaku Naib Presiden dalam pemilihan lalu. Antaranya, seorang anak Jawa dari Bagan Datoh yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno dan kini, Naib Presiden Umno.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak bercita-cita menduduki jawatan tersebut tetapi beliau nampaknya tidak berdaya menghalang kejayaan yang ditakdirkan ke atas dirinya.

Kira-kira 30 tahun dulu ketika Dr Mahathir menjadi PM, Zahid hanyalah seorang Mat Motor yang berpendidikan tinggi, berakhlak dan berkerjaya. Beliau kerap menganjurkan konvoi motosikal berkuasa tinggi bagi memupuk kesetiakawanan kalangan belia. Kini cintanya pada motor besar masih berkobar-kobar. Atas semangat dan tujuan ini jugalah Zahid berada dalam Umno.

Namun ditakdirkan Zahid kini berada dalam kalangan pemimpin Pemuda Umno, dilantik menjadi Ketua Penerangannya ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Ketuanya dan akhirnya menjadi Ketua Pergerakan tersebut. Ibarat orang bermain silat dalam gelanggang yang dipenuhi pemain yang sama handal, Zahid tidak menunjukkan buah-buah yang boleh membawa pukulan maut. Dia sedar bukan masanya untuk mendahului mana-mana pihak namun sebagai Naib Presiden Umno, Zahid berada kalangan tokoh yang bakal bersaing masa depan.

Tentu sekali, sebagai pemimpin kanan parti dan menjawat jawatan antara kementerian terpenting negara beliau tidak sunyi daripada ujian, kritikan, fitnah dan tohmahan. Namun Ahli Parlimen Bagan Datoh ini cukup masak dengan pengalaman politik – baik dalam mahupun luar Umno. Zahid melalui detik bersejarah apabila tekanan menyebabkan dia terpinggir sebagai Ketua Pemuda Umno - ini semua gara-gara perkataan kroni yang ditimbulkan dalam ucapan dalam perhimpunan agung Pemuda Umno. Ucapan itu ditujukan kepada kepimpinan Mahathir kerana ketika itu Anwar macam sudah tidak sabar untuk merampas kuasa.

Kini umum mengetahui betapa itu adalah permainan politik Anwar. Namun Anwar tidak sedari ketika itu ialah sesetengah dalam kepimpinan parti berasakan Zahid adalah pemimpin masa hadapan sebaik terpilih sebagai Ketua Pemuda. Telahan mereka itu tepat apabila Zahid kemudiannya dipilih pula menjadi Naib Presiden Umno. Undi tertinggi yang diperoleh adalah memberi pengertian bahawa “wak” sudah dipersiapkan sebagai pemimpin pelapis.

Walaupun sekadar memiliki ijazah pertama pada peringkat awal namun kesungguhannya dalam kesibukan pekerjaan berjaya mendapat ijazah sarjana serta kini peroleh ijazah PhD dari UPM. Jika perhatikan, kenyataan Zahid diadun dengan fakta. Contohnya, ketika menghadiri sidang media di Bagan Datoh baru-baru ini, subjeknya mengenai dasar baru tentera laut AS yang beralih dari Timur Tengah ke rantau sebelah sini bagi mengimbangi pengaruh Republik China.

Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid memahami percaturan imbangan kuasa Barat-Timur, terutamanya Barat-China, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai bidak atau pawn mereka. Komen beliau adalah sebagai unjuran pemikiran apa yang bakal dihadapi negara ini apabila disenarai negara maju dalam masa tidak sampai sedekad lagi.

Wawasan Zahid adalah praktis dan bersifat global. Hal seperti ini adalah tidak terlalu jauh daripada pemikiran seseorang PM yang harus memikirkan perihal negara dalam konteks global dan sejagat. Jika umum menghalusinya, jelas anak Jawa dari Jelapang Nyiur negara ini cukup berpotensi untuk menduduki jawatan nombor wahid itu satu ketika nanti.-SH

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. Mudah-mudahan... Allah melancarkan segala perkara... Selepas anak Bugis, maka anak Jawa pula akan menjadi PM kelak... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Dia hampir tertewas dulu dan hampir kene tipu ngan bung Nuar.. tp otak dia masih berfungsi untuk mengelak.. Semoga Zahid Hamidi cekal dan terus berusaha.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah anak jawa Perak ni susah sikit nak jadi PM.. Antara sebabnya sepanjang menjadi Menteri Pertahanan Malaysia beliau telah beberapa kali membukanya rahsia besar Malaysia kepada umum... Siapa yang faham isu pertahanan akan faham laa... nak tau apa top secret Malaysia yang dibuka kepada boleh hubungi aku. Belum ada Menteri Pertahanan Malaysia yang buat macam niii lagi....

      Delete
  4. Di kon njogo meriam karo kapal mabor pon wes kelangan, ketangkilan piyea kok arep munggah meneh, wes la wak ojo machem machem ngelindor, kerjoney sing temenan ojo mikir pak dadi PM mbarabng...dikandani kok malah ngandani, ojo sing ora ora lo kuwey. Tak jotos ngko endasey....kontoley gedi

    ReplyDelete

comment please.....