Konco-konco ku

Sunday, May 12, 2019

PRK SANDAKAN: DAP MENANG KERANA PERKAUMAN

Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan dengan majoriti 11, 521 selepas memperoleh 16,012 undi bagi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin (4,491 undi).

Pertandingan lima penjuru itu turut menyaksikan tiga calon Bebas iaitu bekas pengasas Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah, Hamzah Abdullah mendapat 788 undi; bekas pegawai tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Abdul Samat (126 undi) dan ahli perniagaan, Chia Siew Yung (178 undi), sekali gus hilang wang pertaruhan.

Pengumuman rasmi keputusan PRK berkenaan dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain di pusat penjumlahan undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, Sandakan, di sini, pada jam 9 malam tadi.

KOMEN:

1. Calon Pakatan Harapan menggunakan sentimen perkauman Cina di Sandakan dengan berceramah di atas pentas dengan kehadiran 80% pengundi Cina yang mana 60% pengundi di Sandakan adalah kaum Cina.

2. Calon Pakatan Harapan tidak menggunakan Lambang atau Logo atau Bendera 'Pakatan Harapan' kerana sudah tidak percaya dengan kekuatan Pakatan Harapan di Sabah. Oleh itu, strategi yang digunapakai adalah menggunakan Logo atau Bendera parti DAP.

3. Walaupun kerusi yang disandang adalah milik Bapa Mertuanya, boleh dilihat, peratus majoriti dan keluar mengundi adalah tersangat rendah. Yang mana boleh dikatakan sebagai salah satu protes senyap terhadap Pakatan Harapan khususnya DAP.

* Boleh lupakan Sandakan. Tahniah kepada yang menang. Team Pembangkang Malaysia harus cuba tunjukkan kepada kerajaan sepenggal ini bahawa mereka sudah ditolak secara total. Pembangkang harus buktikan yang mereka masih lagi relevan dalam politik Malaysia di Sarawak pula.