Konco-konco ku

Monday, February 27, 2023

KETUA PUTERI PANDAN PUNYAI KELEBIHAN SEBAGAI KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

 


Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri parti itu pada pemilihan kali ini.

Beliau yang dikenali sebagai Sis Lin menjadi satu-satunya calon dari Selangor bagi menandingi lima calon lain setakat ini.

Wan Noor Akyilah berkata, beliau berpegang kepada prinsip untuk terus berjuang dan berkhidmat bersama UMNO yang disertainya sejak 21 tahun lalu.

“Asas perjuangan saya kini mahu memastikan golongan anak muda dan belia kembali kepada parti.

“Selain itu, saya sebagai ahli perniagaan ingin memberi ruang dan peluang keusahawanan kepada ahli Puteri dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini,” katanya ketika ditemui di Bangunan Kumpulan Muara di sini.

Tuesday, February 21, 2023

KETUA PENERANGAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) DIDAKWA RASUAH

 

[TERKINI] Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Dia juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Friday, February 17, 2023

KERUSI DUN BATANG KALI DIISYTIHARKAN KOSONG, ADUN PEJUANG TIDAK HADIR BERSIDANG 8 BULAN

 


Dewan Negeri (DUN) Selangor hari ini mengisytiharkan kekosongan kerusi Batang Kali, berikutan wakil rakyat berkenaan, Harumaini Omar (PEJUANG) gagal hadir diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan, iaitu sejak 28 Julai tahun lalu.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, berkata pengisytiharan itu mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau akan menghantar makluman pengisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

"Tahun lalu, DUN Selangor bersidang dari 14 hingga 18 Mac, 21 Mac, 25 hingga 29 Julai, 1 hingga 2 Ogos, 23 hingga 30 November, 1 hingga 2 Disember dan 5 hingga 6 Disember dalam Penggal Kelima DUN Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022.

"Penyata Rasmi dan Buku Kedatangan Ahli DUN Selangor menunjukkan ADUN Batang Kali, Harumaini Omar, didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker DUN Selangor pada keseluruhan persidangan dewan dari 23 hingga 30 November 2022, 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022.

"Tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan Yang Berhormat memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir pada persidangan berkenaan," katanya dalam sidang media khas di Lobi Dewan Annex SUK, di sini hari ini.


LOKMAN ADAM KEMBALI JADI AHLI UMNO


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi bersetuju membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebelum ini.

Menurut Lokman, sebagai ahli MKT yang menang bertanding, dia mendapat kembali haknya di dalam parti dan layak bertanding pada pemilihan akan datang.

Dalam Instagramnya, Lokman turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti yang mendoakannya selama ini.

Sebelum ini pada 7 Februari 2020, beliau dipecat daripada MKT dipercayai ada kaitan dengan tindakannya mempersoalkan Ahmad Zahid mengenai kemungkinan Umno akan bergabung dengan pakatan baharu bersama kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Laskar Siber Malaysia itu tetap lantang mempertahan Umno menerusi siaran langsung di media sosial bagi menjawab persoalan politik di dalam negara.

Wednesday, February 15, 2023

MENTERI BESAR JOHOR TARIK DIRI


 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim pemilihan parti UMNO. Saya telah berdoa meminta petunjuk, ilham dan hidayah dari Allah SWT. 

Saya juga telah berusaha mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin, jentera akar umbi terutamanya di Bahagian Simpang Renggam tentang jawatan yang sesuai untuk saya menawarkan diri untuk pemilihan pada penggal ini. 

Saya telah membuat keputusan untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada negeri Johor dan InsyaAllah akan terus berusaha untuk mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan negeri Johor. 

Oleh itu, saya tidak akan menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat tetapi dengan rasa penuh rendah diri ingin menawarkan diri untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam bagi pemilihan penggal ini. Saya akan memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan saya dan seluruh negeri Johor. 

Semoga keputusan ini diredai dan dirahmati Allah SWT. Saya merayu dan memohon sokongan dari perwakilan UMNO Simpang Renggam. 

Kepada Allah Saya Berserah


Yang Amat Berhormat
Menteri Besar
Negeri Johor

BEKAS MENTERI DISIASAT SPRM KES SOROK RATUSAN BILLION DUIT RAKYAT

 


Seorang bekas Menteri Kewangan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Pandora Papers yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit.

Difahamkan menteri berkenaan sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Dimaklumkan, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu termasuk bekas menteri dan individu kenamaan lain serta keluarga mereka, selain kaitannya dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

SPRM juga menyiasat kemungkinan ada hubung kait kewangan yang dimiliki, hasil daripada tender dan projek kerajaan. Setakat ini, tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM.

Sama-sama kita saksikan siapakah bekas Menteri Kewangan itu? Adakah benar seperti jenama coklat langkawi???


Tuesday, February 14, 2023

SIS LIN: CALON KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA YANG PENUH WAWASAN

 


Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri parti itu pada pemilihan kali ini.

Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Sis Lin menjadi satu-satunya calon dari Selangor untuk menandingi lima calon lain setakat ini.

“Saya berpegang kepada prinsip terus berjuang dan berkhidmat bersama UMNO yang saya sertai sejak 21 tahun lalu.

“Asas perjuangan saya kini mahu memastikan golongan anak muda dan belia kembali kepada parti,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai seorang ahli perniagaan beliau ingin memberi ruang dan peluang serta bimbingan keusahawanan kepada ahli Puteri dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini.

Monday, February 13, 2023

MENU RAHMAH: APA KESAN KEPADA PENIAGA KECIL?


SEBELUM Menu Rahmah muncul, sudah ada Menu Rakyat 1 Malaysia yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dahulu bukan sahaja boleh dapat dengan harga murah namun adakalanya para pengunjung boleh dapat makan FREE sahaja.

Tapi, itulah.... bila lebih ramai yang dengki dengan yang bersyukur... Inisiatif ini tidak dapat bertahan lama..

Cuma nak tanya kepada peniaga kecil yang punyai modal kecil.

Adakah kalian juga nak jual makanan pada harga menu rahmah?

 

Friday, February 3, 2023

ARMAND AZHA: DEMI MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN PEMUDA - BERANI LAWAN

 


Asalamualaikum Sahabat2 Seperjuangan Yang Dihormati.

Jika diberikan mandat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tanggungjawab hakiki mempertahankan parti dihadapan baik dilapangan mahupun disosial media daripada apa jua serangan daripada pihak musuh dan memastikan laungan  HEBATKAN PEMUDA di pahami diseluruh peringkat baik dalam parti mahupun diluar.

HEBATKAN PEMUDA akan lebih dinamik dan progresif tanpa meninggalkan asas kekuatan UMNO. Kembalikan perjuangan yang moderate yang diterima oleh rakyat Malaysia.

HEBATKAN PEMUDA akan pastikan menerap semangat Harimau Perjuangan UMNO yang berani ,digeruni , ikhlas dan dihormati oleh parti mahupun pihak lawan.

Disamping akan terapkan beberapa cadangan penambahbaikan.

1. Penaziran kekuatan pemuda bahagian tiap 3 bulan
2. Program bersepadu di setiap bahagian secara berkala 
3. Mewujudkan Koperasi Pemuda Malaysia dan disetiap bahagian untuk aktiviti ekonomi mampan. 
4. Meningkat jalinan hubungan dengan institusi berdaftar melibatkan pendidikan formal dan tidak formal termasuk kemahiran
5. Menyediakan roadmap dari jalanan ke glokal untuk anak muda yang berpotensi setelah melalui proses pendedahan dan timbangan ilmu dengan kerjasama agensi kerajaan.
6. Mewujudkan institusi pemikir Muda dari kalangan korporat muda untuk memimpin kemajuan industri desa dan bandar anak muda setiap bahagian dan cawangan. 
7. Dana khas anak muda yang dikumpul untuk bantuan segera pemuda.
8. Akedemi Kapten Hussien diwujudkan kembali bagi Non Partisan orang muda yang ingin tahu mengenai Hala tuju UMNO
9. Melahirkan tokoh muda berwibawa kental  dan memperjuangkan hak bangsa melayu bercakap benar  dan  ampuh
10. PALING Utama persedian Gerak kerja kearah PRU16 ( Retain And Regain )


Ikhlas
HEBATKAN PEMUDA

YB Senator Dato (Dr) Armand Azha Hj Abu Hanifah
Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


#HebatkanPemuda #DaaClan #LegionOfDaaClan  #Harimau #RoadmapToPRU16 #RetainAndRegain #FromStreetToSenate

GAME PEMILIHAN UMNO SUDAH BERMULA... BERJAGA-JAGA...

 


PEMILIHAN UMNO kali ini ramai Ketua2 Bahagian dan Ketua2 Sayap dicabar krn geram dan benci terutamanya kepada Ketua2 Bahagian yg menggelapkan peruntukan PRU15 baru2 ini.

Ada Ketua2 Bahagian tersebut tidak menyalurkan sepenuhnya peruntukan yg diperuntukkan kpd jentera2 parti,mrk simpan peruntukan tersebut untuk digunakan pada pertandingan ini dan ada juga yg menggunakan peruntukan tersebut untuk melancong ke luar negara bersama penyokong.

Tidak kurang juga yg bertanding kali ini ditaja oleh org luar.

Yg buat duit parti mcm duit sendiri tu memang patut dilawan dan dikalahkan termasuklah Ketua2 jenis musang berbulu ayam.

Thursday, February 2, 2023

SPRM SAHKAN PARTI BERSATU.........


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, akaun Bersatu dibekukakan agensi anti-rasuah itu lebih dua minggu lalu.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan SPRM masih berterusan dan saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut, harap bersabar,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, sumber parti mengesahkan akaun Bersatu dibekukan SPRM mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebelum ini menafikan dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM92.5 bilion ketika pentadbirannya.

Muhyiddin menjawab dakwaan mengaitkan Bersatu dengan penahanan CEO sebuah syarikat swasta oleh SPRM kerana menjadi orang tengah untuk mengagihkan projek kerajaan.

Sumber berkata, beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen 3% hingga 5% yang dideposit ke akaun sebuah parti politik sebagai sumbangan politik.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan tuduhan beliau mengarahkan beberapa individu mengutip komisen itu yang akan dideposit ke akaun partinya.

Muhyiddin juga berkata, perbelanjaan fiskal di bawah pakej rangsangan ekonomi bukan dalam bentuk projek yang boleh diseleweng kerana kebanyakannya adalah pemberian tunai secara terus kepada orang ramai.

Beliau menegaskan akaun Bersatu telus dan semua perbelanjaan direkodkan, diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan seperti termaktub dalam perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

Wednesday, February 1, 2023

BENARKAH RAMAI TAIKUN 'DERMA' KEPADA PPBM?


Tularkini 2 keping gambar daripada laporan kewangan Parti Peribumi Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 2021.

Menurut laporan tersbut pendapatan PPBM yang diperolehi pada tahun 2021 adalah hampir berjumlah RM148 Juta iaitu RM 147,994,104.

Dari pendapatan RM 147,994,104 tersebut, sebanyak RM147,660,935 datangnya dari 'Penajaan dan Derma'.

Dan dari RM147,994,104 pendapatan, 145,624,804 telah digunakan untuk kos operasi. Dan menolak belanja-belanja lain seperti kos kakitangan, belanja pentadbiran laporan kewangan tersebut berakhir dengan defisit sebanyak -RM1.8 juta.




Sebagai perbandingan untuk saiz wang RM 147,994,104 dengan syarikat di Bursa Malaysia, 436 syarikat daripada 950+ adalah berada di bawah saiz pasaran RM150 juta.

Jika laporan ini benar.. dari manalah agaknya depa cari "Sponsor dan Tukang Derma" yang permurah ini agaknya ya...

Sumber FB Khairul Azri