Konco-konco ku

Friday, February 17, 2023

KERUSI DUN BATANG KALI DIISYTIHARKAN KOSONG, ADUN PEJUANG TIDAK HADIR BERSIDANG 8 BULAN

 


Dewan Negeri (DUN) Selangor hari ini mengisytiharkan kekosongan kerusi Batang Kali, berikutan wakil rakyat berkenaan, Harumaini Omar (PEJUANG) gagal hadir diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan, iaitu sejak 28 Julai tahun lalu.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, berkata pengisytiharan itu mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau akan menghantar makluman pengisytiharan kekosongan kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

"Tahun lalu, DUN Selangor bersidang dari 14 hingga 18 Mac, 21 Mac, 25 hingga 29 Julai, 1 hingga 2 Ogos, 23 hingga 30 November, 1 hingga 2 Disember dan 5 hingga 6 Disember dalam Penggal Kelima DUN Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022.

"Penyata Rasmi dan Buku Kedatangan Ahli DUN Selangor menunjukkan ADUN Batang Kali, Harumaini Omar, didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker DUN Selangor pada keseluruhan persidangan dewan dari 23 hingga 30 November 2022, 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022.

"Tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan Yang Berhormat memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir pada persidangan berkenaan," katanya dalam sidang media khas di Lobi Dewan Annex SUK, di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment

comment please.....