Konco-konco ku

Monday, August 27, 2018

BR1M : BANTUAN RASUAH 1 MALAYSIA

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat, katanya.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di Parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini untuk daya rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak hari ini.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Monday, August 20, 2018

PANDA DARI NEGARA CHINA AKAN DIPULANGKAN KEMBALI?

Mendapat perkhabaran kurang senang apabila menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Panda yang dipinjamkan dari negara Republik China kepada Malaysia dikatakan akan dipulangkan kembali kepada China.

Ini ekoran krisis kewangan negara yang sudah tidak dapat menampung lagi pemeliharaan pasangan Panda Gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, di Kompleks Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara.

Sebelum ini pasangan panda ini telah melahirkan seekor anak panda yang diberi nama Nuan Nuan namun sudah dihantar pulang ke China sebagai mana perjanjian asalnya.

Pasangan panda berkenaan dikhabarkan akan melahirkan anak panda lagi tidak lama lagi dan kerajaan Malaysia khususnya Zoo Negara sudah tidak mampu menanggung pengurusan pasangan Panda tersebut yang menelan belanja hingga RM11.6 juta setakat tahun lalu.

Pihak kerajaan Malaysia menyatakan ini merupakan satu pembaziran yang nyata dan pasangan panda tersebut seharusnya dipulangkan segera kepada negara China.

Tuesday, August 7, 2018

MOT SINGAPURA NAFI BERJUMPA AZMIN BINCANG KERETAPI LAJU

Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) menafikan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali telah bertemu dengan beberapa "pegawai kanan" di republik itu untuk membincangkan projek Rail Speed ​​(HSR).

Portal berita Today Online memetik seorang jurucakap MOT mengatakan bahawa tiada mesyuarat telah dijadualkan antara Azmin dan para pegawainya, tidak ada yang berlaku antara kedua-dua pihak.

"Sehingga 6 Ogos 2018, kerajaan Malaysia tidak memberikan penjelasan yang diminta oleh Singapura dan belum menyampaikan tarikh cadangan mereka untuk perbincangan sedemikian," kata jurucakap itu.

Semalam, Azmin memberitahu wartawan di Parlimen bahawa dia telah bertemu dengan beberapa pegawai kanan di Singapura untuk membincangkan HSR, ketika berada di negara itu untuk melawat Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, dan pertemuan itu "sangat positif".

Menteri itu juga berkata mesyuarat rasmi mengenai perkara itu akan berlaku dalam bulan itu, dan menambah bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi.

Singapura telah mendapatkan keputusan rasmi Putrajaya mengenai HSR sejak Jun.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata bahawa Singapura sepatutnya mengetahui pendirian Putrajaya mengenai projek pengangkutan mega.

Antara perkara pertama yang dilakukan Mahathir sebagai perdana menteri ialah membatalkan HSR, memetik kos yang tinggi dan tidak mendapat keuntungan.

"Kami akan rugi dari pembinaan (HSR) ini," katanya.

HSR KL-Singapura sebelum ini dikatakan berharga RM110 bilion.

Sumber: MalaysiaKini
Terjemahan: Jawa Bernam

SULTAN PERAK BERI AMARAN KERAS TENTANG KONTRAK SOSIAL

KERAJAAN terima pakai ke titah KDYMM Sultan Perak/Timbalan YDP Agung ni?Rakyat mahu konsensus dari Majlis Raja2 demi mempertahankan Perjanjian Raja2 Melayu dgn rakyat dan perjanjian rakyat dgn Raja2 Melayu.

Ada rakyat yg bangga dgn apa yg kerajaan lakukan hari ini dan ramai juga rakyat yg semakin bimbang ttg usaha kerajaan utk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kita harap Titah Tuanku ini akan turut menjadi Titah Raja2 Melayu yg lain2 juga,bukan sekadar kenyataan semata2..

Apa pun,patik menjunjung kasih Tuanku atas ingatan dan penegasan ini. Harapan patik sekalian agar Raja Raja Melayu susuli titah ini dengan tindakan.

Patik masih ingat bagaimana semasa pentadbiran lalu apabila ada kalangan pimpinan BN tersalah bicara nescaya dititah mengadap dan pelbagai peringatan keluar dari istana

Kini cacing naik ke mata,patik ternanti nanti apakah titah sekalian baginda Raja2..?

Ampun Tuanku..!

- Rafi Awang Kechik

Monday, August 6, 2018

BEKAS TAHANAN SPRM KES SKANDAL KKLW SABAH DILANTIK PENGARAH JABATAN AIR SABAH

Apa sudah jadi?Konsultan dan Jurutera yang terlibat dengan skandal penyelewengan KKLW RM1.5b dilantik sebagai Pengarah JANS.Apakah ini pembayaran Shafie Apdal kerana menutup kes sebagai saksi SPRM?

Surat Pelantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal ini? Dari Ketua Menteri haram hingga pegawai semua kaki songlap dan tidak berintegriti.

Amarjit Singh Setiausaha Warisan Putatan yang terlibat dengan skandal rasuah RM1.5 bilion KKLW dalam Projek Naik Taraf Loji Air Sungai Intan Semporna kos RM47 juta sebagai konsultan projek dilantik secara kontrak sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Jurutera Gred J54 berkuatkuasa 10 Ogos 2018 dengan gaji permulaan RM 7,779. Tidak pernah menjadi penjawat awam tetapi dilantik secara kontrak. Mahirkah beliau pekeliling, peraturan dan urusan penjawat awam?

Jabatan Air Negeri Sabah yang kontroversi disiasat SPRM tahun lalu apabila 170 projek bekalan air (BALB) peruntukan KKLW lesap berbilion kini dipimpin oleh salah seorang yang jurutera yang terlibat dalam kes rasuah itu. Apa akan jadi kepada Jabatan Air Negeri Sabah?


Baca lagi: 

AHLI PARLIMEN SELAYANG LETAK JAWATAN? BERI LALUAN KEPADA ANWAR UNTUK JADI PM

DESAS-desus yang mengatakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen bakal meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen atas desakan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Perkara ini sudah mula kedengaran apabila semalam Anwar telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden Keadilan.

Seperti sedia maklum bahawa PM sekarang, Tun Dr. Mahathir sudah berjanji sebelum memenangi pilihanraya lalu bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri sementara lebih kurang 2 atau 3 tahun sahaja dan seterusnya akan menyerahkan jawatan nombor satu itu kepada Anwar Ibrahim.

Pemilihan pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat bakal diadakan bulan Ogos dan September ini yang mana memperlihatkan pertandingan demokrasi antara semua calon yang bertanding.

Wan Azizah tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden kerana memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim dan seterusnya akan mengangkat suaminya sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir.

Sementara itu, Wan Azizah akan kekal di Parlimen Pandan dan jawatannya sekarang dijangka akan dikekalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan selepas pemilihan parti PKR yang bakal diadakan, dijangka mungkin ada sedikit rombakan kepada Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang.

Semalam setelah penghantaran borang ditutup, pertandingan Timbalan Presiden dijangka sengit dengan calon Rafizi Ramli yang dikatakan menyokong Anwar Ibrahim akan berlawan dengan Azmin Ali yang dikatakan menyokong Mahathir Mohamad.

Jika benar seperti didakwa, kemungkinan besar jika Azmin Ali kalah pada pemilihan ini maka akan ada dua lagi Pilihanraya Kecil bagi memberi laluan kepada Rafizi Ramli memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet menggantikan Azmin Ali.


Sunday, August 5, 2018

MENANG TANPA BERTANDING: ANWAR PRESIDEN KEADILAN YANG BAHARU

Dato' Seri Anwar Ibrahim SAH Presiden KEADILAN selepas menang tanpa bertanding posisi tersebut.

Awal pagi tadi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding bagi jawatan presiden parti itu setelah borang pencalonannya diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha JPP, Ismail Yusof dengan menyatakan borang Anwar bertanding jawatan Presiden pada 11.15 pagi.


“Kita sahkan JPP terima borang pencalonan Anwar. Setakat ini hanya ada satu calon Presiden,” katanya di Ibu Pejabat PKR.

Borang pencalonan Anwar dihantar oleh Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin yang hadir sebagai penyokong beliau

Manakala pencadang untuk Anwar bertanding bagi jawatan itu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar sebelum ini secara rasmi menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh pucuk pimpinan PKR bagi merebut jawatan yang kini disandang Wan Azizah.

PKR dijangka akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti bermula Ogos hingga September ini.

PRK SUNGAI KANDIS : PKR MENANG BERGAYA

PRK Dun Sungai Kandis dimenangi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan undian sebanyak 15,427. 

Mohd Zawawi mendapat majoriti sebanyak 5,842.

Manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, 9,585 undi

Calon Bebas, K. Murthy hanya mendapat 97 undi.


PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Kandis pada Pilihanraya kecil Kali ini.

Walaupun BN tidak berjaya merampas kerusi Dun ini, tetapi berjaya merampas beberapa PDM yang dulunya PRU14 milik PKR.

Untuk rekod pada PRU14 BN hanya menang di 2 PDM daripada 19 PDM keseluruhan.

Pilihanraya Kecil kali ini pada jam 20.00hrs BN menang di PDM :
1) PDM Sungai Kandis
2) PDM Kampung Pandan
3) PDM Seri Gambut
4) PDM Bukit Naga

Walaupun PKR berjaya mempertahankan kerusi yang ditandingi namun mereka hilang keyakinan pengundi dan inilah mesej bahawa Rakyat sudah mula bangkit dan akan terus bangkit lawan kerajaan penipu.

Friday, August 3, 2018

ADUN PKR SURUH PERLAHANKAN AZAN

TERCABAR?

Dikhabarkan ADUN PKR Tiram, YB Gupalan mengesa agar azan di masjid diperlahankan kerana ganggu ketenteraman awam?  Sejak 1999, DUN ini dikuasai BN (UMNO) hingga 2013 tak pun kedengaran YB UMNO halang aktiviti agama lain?

Bayangkanlah dlm keadaan dimana kaum Melayu menguasai peratusan undi di DUN ini pada PRU14 lepas  (Melayu - 58.14%, Cina, 29%, India 14% dan lainya1.0%) YB ini sanggup "memberanikan diri" utk mencabar hak umat Islam? 

Mana dia maruah  pengundi umat Islam  yg memberikan kemenangan kepadanya? Bangkitlah wahai umat Islam sebelum terlewat??


Thursday, August 2, 2018

ADUN PKR SERI SETIA MENINGGAL

PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 6.28 petang ini.

Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jenazah Shaharuddin akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Pinggiran Putra, Kajang, selepas solat Maghrib dan disembahyangkan di Masjid Kampung Limau Manis, pagi esok.

“Jenazah Allahyarham kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah.”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mewakili parti itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga naib presiden PKR itu.

Shaharuddin dilaporkan menghidap kanser kolon.

Kelmarin, keluarga Shaharuddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang exco Selangor itu sedang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota.

Setiausaha kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dilaporkan berkata, Shaharuddin bercuti sebulan selepas menjalani rawatan, sebelum kembali bertugas semula.


#PRKSUNGAIKANDIS : PERANG PEMILIHAN PKR SUDAH BERMULA

DALAM kehangatan PRK Sungai Kandis, calon PKR sudah mula memainkan peranannya untuk menghentam Menteri Besar Selangor sebelum ini, Azmin ali.

Dalam isu yang terbaru beliau menunjukkan longkang yang tersembut kononnya tidak diselia oleh kerajaan negeri namun hakikatnya bekas ADUN di situ adalah daripada PKR malah menteri besar juga dari PKR. 

Siapa agaknya yang calon ini hendak ditujukan kesalahan?

Gila...