Konco-konco ku

Wednesday, December 14, 2011

SEORANG LAGI ORANG KANAN ANWAR KELUAR PKR

Nampaknya semakin ramai tinggalkan PKR! Lim Boo Chang umum keluar PKR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bukit Gelugor, Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

No comments:

Post a Comment

comment please.....