Konco-konco ku

Wednesday, December 7, 2011

EDISI PRU 13: HASSAN ALI AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO

Ada ura-ura yang mengatakan Dr. Hassan Ali ini akan bergabung dengan pemimpin UMNO dalam PRU13 akan datang memandangkan Pakatan sendiri sudah tidak menerima lagi kelantangan suara beliau dalam menegakkan Islam di Selangor. Pihak pakatan janganlah terkejut jika perkara ini benar kerana tiada yang mustahil dalam politik lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam di Selangor.

Dilihat dari rentetan isu-isu yang sering ditimbulkan oleh pakatan yang begitu anti dengan ke-Islam-an Hassan Ali yang sanggup membelakangkan kerjasama PKR dan DAP maka besar kemungkinan UMNO akan turut membantu Hassan Ali dalam meneruskan pelaksanaan Islam di Selangor.

'Agen katak tua UMNO'. Itulah gelaran yang diberikan oleh pencacai pakatan kepada Hassan Ali. Walaupun media di sebelah kiri begitu mengkritik dan menghentam Hassan Ali namun media di pihak kanan ini akan terus memberikan laporan yang positif kepada beliau kerana pihak kanan memang memerlukan pemimpin yang berani ke depan seperti beliau. 

Blogger Gelombang Rakyat melalui entri terbarunya mengatakan yang ada perjumpaan sulit dibuat antara PAS dan UMNO Selangor tanpa melibatkan Khalid Samad yang mana dilihat berbentuk positif untuk kemenangan PRU13 di Selangor. Mungkin kedua-dua parti Islam-Melayu ini akan bergabung bagi membentu kerajaan Islam di bawah naungan Sultan Selangor. Kita nantikan.


8 comments:

  1. saya mendoakan ianya jadi nyata, insya-Allah... sudah2lah kita bagi pkr dan dap ni melacurkan islam... jika pas pusat terlalu bacul utk menyanggah pkr dan dap, saya harap pas selangor mulakan langkah. walau siapapun kita, kita tetap sesama islam. hanya bila kita bersatu dalam perkara2 wajib sebegini maka bangsa dan penganut agama lain akan berfikir 44x utk memperlekehkan bangsa dan agama kita.

    ReplyDelete
  2. disokong...
    tiada apa yg mustahil dalam menegakkan Islam..
    berdoa semoga harapan kita dimakbulkan...
    Islam itu hebat..

    ReplyDelete
  3. Penulisan bro ni mantap
    bagus keep it on
    cuma keluarkan artikel pada waktu puncak
    barulah blog bro cepat naik.
    ~ freetips.

    ReplyDelete
  4. tinggi cite2 umngok nih.
    khekhekhekhek

    ReplyDelete
  5. kulo nyuon sangkeng pengeran eng kuoso mugo mugo sempurno

    ReplyDelete
  6. SALAM 1MALAYSIA...INSYAALAH PRU13 BN KEMBALI DPT MERAMPAS SELANGOR DENGAAN ADANYA BANTUAN DRI YB HASSAN ALI.INSYAALAH... APA YG PENTING KITA HARUS BEKERJA LEBIH KUAT UTK SINGKIRKAN PAKATAN HARAM.

    ReplyDelete
  7. SEBELUM MELANGKAH MASUK KE DALAM KANDANG, PERHATI-PERHATIKAN JUGA ISU DANA HARAM DI DALAM PARTI YANG KAYA-RAYA. BILA KETIKA YANG SESUAI UNTUK MEMBERHENTIKAN SUMBANGAN DARIPADA RAJA JUDI. JIKA MAHU MENGHIDUPKAN PERJUANGAN, DUIT DARIPADA SUMBER HARAM TIDAK PUNYA KEBERKATAN. BIAR APA NIAT MURNI DIHATI, HASIL JUDI AKAN MEMAKAN DIRI DAN BANGSA.

    ReplyDelete
  8. Salam Bro ...... semoga Allah memberkati kerjasama untuk memartabatkan agama Islam dan umat Melayu yang menjunjung Islam sebagai agama mulia. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jauhi dari ketaksuban memuja pemimpin. Jangan melampau-lampau memuja pemimpin sehingga merobohkan akidah seperti ostad budak yang menyamakan ulama adalah nabi yang nyata sesat dan kufur.

    ReplyDelete

comment please.....