Konco-konco ku

Thursday, December 8, 2011

SANTAI POLITIK: BETUL KE RAMAI ANAK MUDA BERMAZHABKAN PEMBANGKANG?

Betul ke yang ramai anak muda zaman millenium sekarang ini menyokong pembangkang? Mungkin ia dan mungkin tidak. Yong pun bukanlah terlalu muda untuk memikirkan itu semua tetapi Yong beranggapan bahawa anak muda zaman ini bukanlah lebih cenderung kepada pembangkang dan bukanlah cenderung kepada kerajaan sekalipun. Mereka ini semua adalah pengundi yang jika boleh kita klasifikasikan sebagai pengundi atas pagar atau non-partisan voter. Jika mereka melihat isu-isu yang dibangkitkan relevan dengan keadaan semasa dan perlukan perubahan maka mereka akan menentang kerajaan dan mengundi pembangkang. Jika kerajaan dapat comes out dengan beberapa solution yang bagus untuk mereka, maka sudah pasti undi mereka akan pergi ke kerajaan walaupun masih tidak ramai anak muda Melayu yang mendaftar sebagai pengundi.

So, jangalah pihak kerajaan berasa terlalu gusar dengan helah pembangkang yang menggembar-gemburkan bahawa undi orang muda berpihak pada mereka. Dusta semua itu. Yong dahulu pun sama seperti mereka tidak menghiraukan kisah politik Malaysia yang agak merimaskan dari semasa ke semasa. Tidak mahu ambil tahu tentang 'membela nasib rakyat', 'kembalikan kuasa rakyat' dan macam-macam lagi. Anak muda bersama Pakatan Rakyat?? Agak lucu jika Yong sendiri lihat ditempat Yong, anak muda yang mereka maksudkan adalah budak-budak sekolah, anak muda keciciran pelajaran, yang suka melepak tak tentu pasal, suka cari gaduh yang konon-konon punya kuasa. Itu yang Pakatan Rakyat banggakan?

Kesedaran anak muda untuk bergiat dalam politik masih dalam nisbah yang agak rendah sebenarnya. Mereka mungkin tidak tertarik dan berminat langsung dengan politik kerana mereka yakin yang Barisan Nasional akan tetap berkuasa dan membela nasib mereka untuk meneruskan kehidupan. Jika politik stabil maka ekonomi negara sudah tentu stabil. Apa yang penting parti politik yang memerintah harus menjaga keamanan negara supaya Malaysia tidak menjadi seperti negara yang bergolak kerana kekacauan politik. Jika Barisan Nasional bekerja keras untuk menawan hati anak muda tidak mustahil yang BN akan tetap terus mentadbir kerajaan yang sedia ada dan yang penting buanglah tabiat corruption and scandal yang merupakan kudis terbesar dalam Barisan Nasional.
 Pemuda dan Puteri perlu memainkan peranan untuk memberi penerangan dan menyampaikan amanat Presiden kepada anak muda supaya terus bersama BN. Jangan dibiarkan anak muda hilang arah tuju. Bantulah mereka jika tidak dengan wang, berilah mereka latihan yang bersesuaian untuk kelangsungan hidup masa hadapan. Wujudkan satu wadah untuk diberi peluang pekerjaan dan juga latihan asas dalam segala bidang kepada mereka supaya mereka tidak membuat perkara yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment

comment please.....