Konco-konco ku

Friday, June 22, 2012

MASJID ADALAH TEMPAT BERPOLITIK BAGI PAS!! PUNAH MASJID KERANA PAS!!

Isu tentang pemilihan AJK Masjid di Selangor yang menampakkan campur tangan kerajaan negeri di dalam MAIS telah lama berlaku. Bukan baru sekarang perkara ini terjadi. Boleh dikatakan semua masjid yang berdaftar di bawah MAIS adalah tertakluk kepada bidang kuasa exco agama negeri iaitu Khalid Gagap semenjak menerima watikah itu dari Hasan Ali yang telah dihalau dari SUK.

Bukan hendak menidakkan bidang kuasa pegawai MAIS yang JB percaya ada lagi sebilangan pegawai di dalamnya masih bersama kepimpinan UMNO malah masih ada lagi yang memberi maklumat secara senyap kepada Hasan Ali. Kuasa MAIS sekarang adalah di bawah Khalid Gagap yang menjadi Exco Agama Islam Negeri Selangor. Dan supaya negeri Selangor ini tidak terlepas totally dari genggaman selepas PRU-13, maka diletakkannya kroni masing-masing di dalam pengurusan masjid supaya jika mereka kalah sekalipun, pemimpin PAS dan pakatan masih ada lagi tempat untuk mereka berceramah dan menyebarkan dakyah kurafat mereka.

Ini adalah strategi mereka. Mengambil contoh di kawasan JB, Sabak Bernam, pemimpin malah ahli UMNO waima orang yang tidak berkepentingan dalam politik bangsat pakatan tidak berani masuk ke dalam masjid dan berimamkan penyokong tegar PAS yang kebanyakannya menjadi imam di masjid. Bukan kerana tidak selesa mereka menjadi imam tetapi dek kerana setiap kali selepas solat fardhu mereka akan susulkan sekali tazkirah atau ceramah politik yang terang-terangan mencaci dan memaki UMNO dan Barisan Nasional sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya di keluarkan dari mulut penceramah di dalam masjid. Sampai bila kita boleh bersabar?

Control damage yang dilakukan oleh kerajaan negeri pakatan ini sungguh mengaibkan orang Islam dan yang lebih teruk mengotorkan kesucian masjid dengan kemasukan penceramah jemputan yang selalunya bukan terdiri dari orang Islam. Dimana jiwa Islam yang selalu dicanang PAS? Harap PRU-13 rakyat sedar.

No comments:

Post a Comment

comment please.....