Konco-konco ku

Saturday, February 9, 2013

PAS LEBIH DIHORMATI JIKA KELUAR DARI PAKATAN - ZAHID HAMIDI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO Malaysia

Pas mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam politik, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, katanya bukan sesuatu yang mustahil jika suatu masa nanti Pas akan meninggalkan pakatan pembangkang.

"Sejarah telah memperlihatkan bahawa mereka (Pas) menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972 dan atas ketidakpersetujuan mereka telah pun meninggalkan BN.

"Jadi tidak mustahil pada kali ini mereka juga meninggalkan pakatan pembangkang kerana bagi saya kekuatan Pas adalah kekuatan tersendiri dan saya tidak fikir mereka memerlukan kekuatan daripada DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 1,405 nelayan di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang berikutan campur tangan DAP terhadap dasar parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata desakan itu dibuat selepas Nasharudin mendapati Pas telah terkeluar daripada landasan perjuangan asal parti itu iaitu menegakkan daulah Islamiah.

"Jelas daripada apa yang berlaku mutakhir ini ialah bahawa kepimpinan Pas tidak sanggup untuk menyanggah apa yang diputuskan DAP," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. Islam lebih dihormati jika tidak wujudnya parti pas dan pkr - saya

    ReplyDelete

comment please.....