Konco-konco ku

Wednesday, May 8, 2024

Petugas Pas risau, PN tunggang mereka dalam PRK KKB

 

Petugas Pas risau apabila menganggap mereka hanya kena tunggang dengan Perikatan Nasional (PN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Hal ini dapat dilihat dalam satu tangkap layar WhatsApp melibatkan ahli Pas Hulu Selangor yang tular di media sosial.


Menerusi perbualan itu, mereka membincangkan masalah calon PN, Khairul Azhari Saut yang berkeras untuk tidak menjelaskan isu hutang yang dikaitkan dengan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor berkenaan.

Antaranya disebut tentang Khairul Azhari yang tidak mahu berdepan dengan media walaupun jentera pilihan raya Pas telah mengemukakan pelbagai cadangan kepada calon.

“Terus terang saya cakap haji. Bersatu nak harap jentera kita saja bantu naikkan imej calon pun susah. Dah jadi macam biawak hidup. Maaf cakaplah haji,” komen salah seorang petugas Pas terbabit.

“Kalau tak betul semua tu, buatlah siding media jelaskan apa yang tak betul. Ini nak harapkan kita je. Letih macam ni,” komen salah seorang petugas Pas terbabit.

Pendapat individu berkenaan turut diakui oleh ‘haji’ tersebut.


“Ana (Saya) faham. Ada juga orang kita cakap benda yang sama. Imej calon jadi tak berapa cantik lepas isu-isu dia keluar media,” jawabnya.

Kepincangan kerjasama PN terutamanya sepanjang kempen PRK KKB turut diakui pemerhati politik, Norman Radzuan yang berpendapat Bersatu dilihat hanya menumpang Pas.

Beliau menyifatkan PN akan berpecah dan bibit-bibit awal sudah bermula berdasarkan maklumat dari sumber dalaman PN dan luar bahawa hubungan Pas dan Bersatu tidak seperti dulu.

“Puncanya pelbagai sebab dan kerana itu PRK KKB dilihat pimpinan Pas tidak bersungguh-sungguh turun padang seperti lazimnya,” tulis Norman.


Untuk rekod, Khairul Azhari memang mengelak untuk memberi respon kepada media yang ‘mengejarnya’ dengan alasan perlu bergerak segera ke lokasi lain.

Terdahulu, heboh di media sosial tentang persoalan bagaimana Khairul Azhari memiliki hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat kredit komuniti.

Kredibiliti calon PN dari Bersatu itu juga dipertikai untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kuala Kubu Bharu, sedangkan gagal membayar hutang.

Malah, awal lagi latar belakang Pendidikan calon PN itu diragui kesahihannya apabila memaklumkan memiliki Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan tanpa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

1 comment:

  1. Anonymous said...
    Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    ReplyDelete

comment please.....